BAB 38

Romance Completed 29369

Telefon yang tiba-tiba berdering menghentikan pergerakan Amirul. Lantas tangannya mengeluarkan telefon dari dalam saku seluarnya. Dia mengeluh perlahan.

Sudah dua minggu dia asyik diganggu okeh mesej-mesej dari nombor peribadi. Satu pun dia tidak endahkan. Satu nombor disekat, satu lagi nombor datang. Dia tahu pengirimnya tetap sama.

'Kau rasa kau akan bahagia selama-lamanya?'

'Kau betul-betul yakin dia takkan curang?'

'Kepercayaan masih boleh dikhianati. Ingat tu'

Amirul mendengus geram. Telefon dimasukkan kembali ke dalam saku seluar. Pintu kereta ditutup lalu dia menghidupkan enjin kereta.

Lama dia terjeda sambil termenung. Kadang-kadang mesej-mesej yang dia terima menganggu fikirannya. Namun, dia yakin dengan Nuriez.

"Nuriez takkan buat aku macam ni. "

***

"Jauhnya termenung. Dah sampai Antartika ke? "

Aku menoleh ke belakang. Senyuman nipis terukir di bibir. "Mana ada lah, "

Shuda mencebik. "Ya lah tu. Nasib baik orang lain yang handle photoshoot tadi. Kalau kau yang handle tadi, alamatnya kena buat triple shooting. "

Aku ketawa kecil. Lengan Shuda aku cubit geram. "Suka hati kau je nak kutuk, kan? Kutuk dah lah depan-depan. "

Shuda tersenyum kelat. "Er.. Ija, aku nak cakap something dekat kau ni. "

Automatik dahiku berkerut. "Cakap? Apa dia? Cakap lah, "

"Encik Razak suruh aku discuss dengan kau. Ya lah.. kau kan mengandung, tak boleh jalan jauh sangat. Kita orang pun fi..."

Aku memintas, "Wait, wait. Mengandung, jalan jauh? Apa ni? "

"Encik Razak kata kalau kau okay, dia nak kau join pameran kat batik Pahang tu. Sambil tu tangkap gambar yang menarik then kita boleh masukkan dalam majalah. "

Terus aku tersenyum lebar. "Eh, mestilah nak! Bila? "

"Erm.. Hari Khamis minggu ni? "

"Boleh sangat. Aku tanya Amirul dulu. Kalau dia approve, insha Allah aku pergi. Lamanya tak pergi jalan jauh. Last hari tu pun pergi Seremban, itu pun sekejap. "

Shuda ketawa kecil. "Rezeki, Ija "

***

"Pahang? "

Aku mengangguk. "Kenapa? "

Amirul tersenyum kelat. Lambat-lambat dia menggeleng. Aku tahu jauh di sudut hati dia rasa resah mahu membiarkan aku pergi.

"Berapa hari? " Amirul bertanya lanjut.

"Dua hari, "

"Dengan siapa? "

"Nina, "

Amirul mengherot bibir. "Buat apa? "

"Tangkap gambar lah, Abang. Isteri abang ni kerjanya apa? " selorohku.

Amirul menggaru kepala. "Betul juga tu, "

Tengok tu. Amirul ragu-ragu.

"So.. Abang izinkan? "

Amirul memandang wajahku. Bibirnya mengukir lebar. Dia menganggukkan kepalanya.

"Kalau ada Nina, Abang tak risau. You can go, "

"Serious? " soalku tidak percaya.

Amirul mengangguk lagi. Pantas aku meluru ke arah Amirul lalu aku memeluk dia erat.

"Sayang Abang! "

***

"Kau okay tak? Muka pucat aje. Kalau tak, aku boleh gantikan kau esok, " cadang Nina.

Aku menggeleng. "Tak apa. Aku okay, "

Nina jongket kening. "Serius? " giatnya.

"Serius, "

Perutku yang tiba-tiba rasa memulas memaksa aku untuk berdiri. Nina kerut dahi memandang aku.

"Nak pergi mana? "

"Tandas kejap, "

"Haa, sekejap aje tau? "

Aku mengangguk perlahan. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke tandas restoran. Penat seharian berjalan di ruang pameran sambil mengangkap gambar. Malam ini aku mahu rehat cukup.

***

Aku melangkah keluar dari tandas sambil mengelap tangan yang basah dengan tisu. Tisu yang sudah basah aku buang ke dalam tong sampah. Sedang aku melangkag ke arah Nina, mataku tertancap pada satu figura.

Aku memincingkan mata sambil cuba mengamati figura itu. Saat aku sedar siapa figura itu, pantas aku menerpa ke arahnya.

"Ya Allah, Aniq? Okay tak ni? "

Melihat Aniq yang lemah longlai membuatkan aku cuak. Wajahnya pucat lesi umpama tiada darah. Tubuhnya lemah.

"Ija ada dekat sini? " soalnya.

Aku mendengus perlahan. "Itu semua tak penting. Yang penting sekarang ni, awak. Macam mana boleh jadi macam ni? "

"Saya outstation tiga hari kat sini. Dari pagi tadi lagi rasa tak sedap badan. Tiba-tiba petang ni badan rasa panas, "

"Haih.. tak apa. Saya bawa awak pergi klinik. "

Aniq menggeleng. "Susahkan Ija je, "

"Ija lagi susah hati tahu tak tengok awak macam ni, " tegasku.

Perlahan-lahan aku memapah Aniq keluar dari restoran. Malah lupa pada Nina yang sedang menanti. Aku mengerling Aniq.

"Balik ni ada sesiapa ke? "

Aniq mengangguk. "Jef tengah tunggu dekat kereta, "

Aku menarik nafas dalam-dalam. Kudrat yang sedikit membataskan aku untuk melangkah dengan lebih cepat. Tatkala mataku terlihat kereta Jef yang sedang tersadai di ruang parkir, aku melambai tinggi.

"Jef! "

"Ya Allah, Nuriez! Aniq! Kenapa ni? Kau okay tak? " soal Jef cemas.

"Dia demam rasanya. Elok kau bawa pergi klinik, " cadangku.

Jef mengangguk akur. "Thanks, Nuriez. "

Aku tersenyum nipis. "Balik dulu, "

Aku melangkah kembali ke restoran. Tatkala kelibatku sudah hilang di balik dinding konkrit, Jef mengerling Aniq yang tersandar di kerusi kereta.

"Entah jadi ke tidak plan kau, Niq. "

***

Mata Amirul tak jadi terpejam tatkala telefonnya acap kali berdering. Dia mendengus kasar. Lantas dia mencapai telefon di hujung katil.

"Apa lagi?! "

Mesej dari nombor peribadi itu membuatkan hati Amirul berdebar-debar. Terketar-ketar jarinya mahu menekan butang 'play' pada video yang dihantar sang pengirim.

Saat video itu dimainkan, matanya terbeliak besar. Dia terkedu, terkesima, tergamam. Tiada apa yang mampu menggambarkan betapa terkejutnya dia kini.

Telefonnya berdering lagi. Ada mesej. Banyak mesej.

'Kalau kau rasa ni edit, silakan lah percaya'

'Setahu aku, video tak boleh nak edit sangat. Lain lah macam gambar'

'Terpulang pada kau. Sama ada mahu percaya pada hakikat, ada mahu terus rasa bodoh kerana ditipu oleh perempuan yang selama ni kau rasa ^baik^ sangat'

'Aku bukan nak hasut kau. Tapi aku nak buka mata kau'

'Kau rasa anak dalam perut dia tu.. anak kau? Entah ya entah tak'

'Aku tak paksa kalau kau tak nak percaya. Pilihan di tangan kau'

'It's up to you, Amirul Rauf'

Dadanya Amirul mula berombak. Nafasnya sudah tidak teratur. Tangannya dikepal. Lantas telefon dilemparkan ke dinding.

"Tak guna! "

huuuuu seram.. maaf la lama hilang.. aisya sedang memikirkan jalan cerita yang lain dari yang dirancang.. hahaha.. tak pasal pasal nanti jadi cerita thriller... ; /

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience