BAB 28

Romance Completed 29336

"Cantik gila! "

Tangan Shuda dari tadi tidak henti-henti membelek-belek aku yang sudah siap bersolek dan anggun menyarung sepersalinan gaun labuh merah ros. Dua minggu sememangnya tempoh yang singkat untuk menyiapkan segala persiapan sesempurna mungkin.

Gaun yang aku sarung ini pun sudah cukup longgar. Mama yang menyuruh aku supaya melonggarkan gaun ini sedikit. Sudahnya nanti aku pula yang tidak selesa.

Sepanjang dua minggu ini, Amirul tinggal di rumah Papa. Cuma malam semalam saja tidur di rumah Ayah. Kalau tidak patuh, alamatnya cair telinga dibebel Mama dan Umi.

"Kalau nak pakai cantik macam ni, haa.. kahwin lah cepat-cepat! " Muizah menepuk bahu Shuda.

"Ish, kau ni! Buat apa nak kahwin cepat-cepat? Muka macam ni ada ke yang nak? " Shuda merengus.

Muizah mengerdipkan mata beberapa kali. Kemudian dia memandang aku. Aku sekadar angkat bahu saja.

"Yang dia mesej Ezwan tersengih-sengih tu apa benda? " soal Muizah berbisik.

"Entahnya. Kalau dekat studio, asyik-asyik mata menempek dekat telefon. " aku pula berbisik.

Shuda mencekak pinggang. "Haa, haa! Mengumpat! Mengumpat! "

"Eh, mana ada. Kau ni, tak elok lah buruk sangka. Tu lah sebabnya lambat kahwin. Suka sangat prejudis, " Muizah mencebik.

Shuda mencebik jengkel. "Mana ada, "

Aku mengerling sekilas Kak Ayu, jurusolek yang sedang mengemas peralatannya. Perlahan-lahan aku melangkah mendekati wanita yang anggun berbaju kurung itu.

"Terima kasih Kak Ayu sebab tolong makeup-kan Nuriez. Saya mana lah reti nak make up segala ni, "

Kak Ayu tersenyum. "Sama-sama. Lagipun, dah memang kerja Akak. Nuriez pun memang dah sedia cantik. Tak payah susah-susah Akak nak make up tebal-tebal, "

"Nanti Akak jangan lupa eh singgah makan sekali? "

Kak Ayu mengangguk. "Akak letak barang dalam kereta dulu ya? "

"Hmm, "

Kak Ayu kemudian melangkah keluar dari bilik persalinan sambil membawa beg besar berisi alat soleknya. Aku mengerling Shuda yang dari tadi tersengih-sengih memandang skrin telefon.

Sasau agaknya.

"Ezwan dengan kau.. ada apa-apa eh? " giatku.

"Mana ada. Kawan aje, " nafi Shuda. Cepat-cepat telefon dimasukkan ke dalam beg tangan.

Muizah jongket kening. Sengaja dia memeluk tubuh. "Ya ke? "

"Ya. "

"Aku tak percaya, "

"Suka hati kau, "

"Betul tak ada apa-apa? " giat Muizah.

Shuda mencebik. "Kau ni, aku cakap tak ada tu.. tak ada lah. Aku memang tak ada apa-apa dengan dia. "

"Macam mana kalau kau sebenarnya ada apa-apa dengan dia? " soal Muizah.

Shuda terdiam. Automatik dia mengemam bibir. Matanya dialihkan memandang ke tempat lain.

"Kau tipu eh...? " Muizah tersengih-sengih.

Aku mengeluh perlahan. Kasihan melihat Shuda terkulat-kulat seorang diri. Bahu Muizah aku tepuk perlahan.

"Dia kata tak ada tu, tak ada lah. Kau ni, Zah. Kita kena faham.. sesetengah orang lebih suka ada privasi sendiri, " selorohku.

Muizah mengangguk-angguk. "Oh.. faham faham, "

***

Amirul membetulkan kedudukan songkok di kepalanya. Kemudian dia mengerling sekilas Ezwan di sebelahnya. Matanya tertancap kembali pada satu sudut dewan.

"Wan, " bahu Ezwan digoncang sedikit.

"Apa dia? "

Tangan Ezwan sibuk mengepil butang baju Melayunya. Almaklum orang bujang, tak isteri mahu tolong pasangkan. Kalau ada calon pun, dia saja yang memilih.

"Tu bini aku ke? " soal Amirul.

Ezwan kerut dahi. Dia memandang ke arah sama yang dipandang Amirul. Dia mengerling sekilas Amirul dengan dahi yang makin berkerut.

"Kau ni rabun ke apa, Mirul? Sah-sah lah tu bini kau. Ke.. kau tak kenal dah bini kau? " sindirnya.

"Bukan.. tapi.. lain sangat lah, " Amirul tersenyum-senyum.

"Lain sangat macam? "

"Cantik, "

Ezwan mencebik. Sengaja mahu sakitkan hati aku! Tahulah aku bujang. Tak guna kau, Mirul!

"Untunglah ada bini cantik. "

Danish jongket kening. "Hang nak emo ni pasai apa? "

"Biasa lah, Nish. Orang kena reject, "

"Wah..! Kena reject? Awat aku tak tau cerita best lagu ni? Uish, muka handsome lagu ni pun kena reject naa? " Danish menggeleng perlahan sambil menuding jari ke wajah Ezwan.

Ezwan mengetap bibir. "Kau ni kan, Nish. Jangan sampai tumbuk muka kau nanti, "

Danish menepuk bahu Ezwan. "Ei.. jangan lah lagu tu. Kita kan sahabat? Hang ni, ingat elok ka marah-marah? Satgi hang dak kahwin sampai tua kerepot, padan muka hang. "

Automatik dahi Ezwan berkerut marah. "Mulut kau ni sehari tak bagi aku panas tak boleh ke, mangkuk? "

Turun naik dada Ezwan menahan marah. Mamat ni.. dah aku tengah bad mood Shuhaida tak reply mesej aku. Dia tambah lagi bad mood aku!

"Siapa yang jadi pengapit aku ni? " soal Amirul.

"Biaq Ezwan ja lah jadi pengapit hang. Aku mana boleh, dah kahwin. Ezwan lagi sesuai. Mana tau kut-kut pengapit Nuriez tu pun bujang lagi. Boleh lah hang nak usha-usha, " usik Danish.

Amirul mengangguk laju. "Haa.. bagus bagus! "

***

"Awak cantik sangat hari ni, "

Serta-merta bibirku tersenyum lebar. Pipi sudah terasa berbahang mendengar pujian Amirul.

"Awak ni... "

"Betul lah. Awak cantik sangat sangat sangat. Sikit lagi saya ingat orang lain, "

Aku menarik muncung. "Awak tak rasa kita ber'saya-awak' ni bunyi dia macam pelik? "

Amirul mengherot bibir. "Betul juga. Kenapa? "

"Tak ada lah.. cumanya.. tengok macam Danish dengan isteri dia. D lah.. Honey lah. Kita.. saya-awak aje, "

"Kalau saya suruh awak panggil saya.. Abang, awak nak? Lagipun, saya jealous lah awak panggil Naem Abang. "

Terbeliak mataku mendengar kata-kata Amirul. "Eh, dah kenapa nak jealous? Tu kan abang saya. Memang lah kena panggil abang, "

Amirul menyilang tangan. Bahunya dikalihkan ke arah lain. Serta-merta aku mengigit bibir.

Merajuk pula!

"Haish.. ya lah ya lah.. saya panggil awak Abang. Okay eh? Abang Amirul? " pujukku.

Amirul mencebik. Abang Amirul? Ingat aku abang dia ke?

Tanganku laju saja menggaru kepala yang tidak gatal. Dia ni pun, di tengah majlis mahu melayan tetamu ramai ni juga lah mahu merajuk macam kanak-kanak.

"Alah... jangan lah merajuk.. eh, eh? Abang? "

Amirul masih diam. Masih merajuk.

"Abang... "

"Abang... "

"Oh.. Abang... "

"Alaa.. jangan lah macam ni.. "

Amirul masih juga begitu. Sedikit sebanyak tidak memandang wajahku. Tidak semena-mena air mataku mengalir keluar.

"Jangan lah macam ni.. "

Amirul tersentak. Perasan suaraku tiba-tiba bergetar. Pantas dia menoleh. Terkejut melihat aku yang sedang menangis, automatik dia memelukku erat.

"Laa.. kenapa nangis? Okay.. okay.. Awak panggil saya Abang, saya panggil awak Sayang. Eh? Dah, dah. Jangan nangis dah.. " pujuknya.

Makin rasa bersalah melihat aku yang semakin galak menangis. Dia mengetap bibir. Tidak jadi mahu merajuk.

Aku mendongak. "Betul ni? "

Amirul mengangguk. "Ya, Sayang. "

Perlahan-lahan bibir merekahku mengukur senyum. Jari-jemari Amirul menyeka air mataku lembut.

"Dah lah tu.. jangan nangis.. "

Aku menggeleng. "Tak, tak nangis dah. "

"Hai.. selamat pengantin baru! "

Pantas aku dan Amirul menoleh. Tak terkelip mata kami melihat dua figura yang sedang berdiri di hadapan kami sambil tersenyum lebar ini.

***

"Lawa juga kan pengapit Nuriez tu? Hang tak mau try ka? "

Ezwan mengeluh perlahan. Nasi minyak bersama gulai daging disuap masuk ke dalam mulut sebelum dia menyisip sedikit sirap limau.

"Hmm.. buat apa nak try? Hati keraih macam batu, "

Danish jongket kening. "Oh, hang kenai marka lawa tu? Sat, sat.. bukan ka.. "

Danish mengerutkan dahi. Mindanya cuba mengingat semula wajah Shuhaida. Rasanya dia pernah lihat wajah Shuhaida.

"Donut blueberry yang hang beli sekotak besaq tu hang bagi kat marka tu, kan? "

"Hmm, "

"Oh, maknanya tu lah marka hat reject hang tu? " soal Danish.

Ezwan mendengus perlahan. "Tanya lagi buat apa? "

"Hang ni, cuba lah jadi cerdik sikit. Perempuan ni.. kalau hang nak bagi dia cayaq, mesti kena dengan cara dia. Setakat bagi donut.. hmm.. hampeh betui hang ni. Kalau lagu tu, sampai sudah pun hang dak kahwin. "

Sempat Danish mengerling sekilas isterinya yang sedang berbual bersama dua orang wanita. Yang berbaju biru sama seperti Ezwan itu pastu Shuhaida. Dan seorang lagi pastinya tunang abang Nuriez.

"Suka hati aku lah. Aku tak kisah kalau aku membujang sampai tua pun, "

"Betul awak tak kisah? "

Ezwan tersentak. Pantas dia menoleh belakang memandang empunya suara yang menegurnya tadi.

"Cik.. Shu.. hai.. da... "

***

"Eh, tak makan ke? " soal Amirul sengaja memerli.

"Dah makan tadi.. tapi itulah.. tak lah sesedap yang aku sangkakan, " bidas Aniq.

Amirul tersenyum sinis. "Oh.. kalau tak sedap baik kau balik rumah masak sendiri, kan? "

Terbeliak mataku mendengar kata-kata Amirul. Pantas aku menggoncang lengannya.

"Apa? " bisik Amirul.

"Kenapa cakap macam tu? "

"Salah ke? "

"Memang salah! Dia tu bukan boleh jangka, "

"Bagus lah macam tu, " jawab Amirul selamba.

Mataku membulat dua kali ganda lebih besar. Aku mati kata. Tidak tahu macam mana lagi mahu nasihatkan Amirul. Amirul kan sejenis yang suka mengajak orang bergaduh. Aniq pula panas baran. Aduh.. memang perang dunia ketiga lah nanti.

"So.. bila lah rasanya boleh makan nasi minyak kau pula? " soal Amirul.

"Kau rasa.. patut ke aku jemput kau? " soal Aniq pula.

Amirul mengetap gigi. Sengaja dia mengukir senyum.

"Suka hati kau. Lagipun rasanya aku dengan Nuriez kena lah juga rasa nasi minyak kau tu. " Amirul mengerling Wardah yang dari tadi hanya menunduk.

"Jom lah, Sayang. Tadi mesti baby tak kenyang lagi, kan? "

Aku tersenyum kelat. Sempat mataku menangkap riak wajah terkejut Aniq.

"Ba.. baby? "

Amirul memetik jari. "Oh, yes! Aku lupa nak bagitahu kau. Tak lama lagi kita orang akan ada anak sendiri. Jangan risau, kenduri kesyukuran anak aku nanti, aku jemput kau dengan Wardah eh? Jom, Sayang. "

Aku mengekori langkah Amirul ke meja Mama Papa. Harapnya Aniq tidak lah buat perkara bukan-bukan memandangkan hatiku tiba-tiba saja rasa aneh.

Harap-harap lah.

***

"Sial! "

"Tak guna! "

Tangannya mencapai pasu kaca di atas meja ruang tamu lalu dilempar ke lantai. Pasu kaca yang sudah pecah berderai itu masih belum cukup menyurutkan kemarahannya.

Lantas meja ruang tamu berbentuk bujur itu diterbalikkan kuat sehingga terbelah dua. Kakinya pantas menendang lampu tinggi di sudut rumah. Tangannya yang tidak terkawal itu menolak segala buku yang tersusun di almari.

"Argh...! "

Akhirnya dia terduduk di atas lantai. Rambut dicengkam kuat. Hatinya benar-benar rasa tercabar.

Mata dipejam rapat. Namun tidak bertahan lama. Adegan Nuriez dan Amirul yang saling berpelukan bermain-main di benak fikiran. Makin panas hatinya tatkala mengetahui Nuriez sedang mengandung.

"Aku akan pastikan kau sengsara, Amirul! "

orang rugi macam tu lah.. dah buat baru nak menyesal.. haihh banyak-banyak lah berzikir..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience