BAB 12

Romance Completed 29336

Masuk kali ini, aku sudah tidak boleh mengira lagi berapa kali aku ke tandas. Perutku sakit memulas. Tekakku rasa loya. Barangkali mabuk perjalanan.

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Semenyih, kami asyik menyinggah ke stesen minyak disebabkan aku berasa mual. Apa saja yang aku telan pasti akan terkeluar semula. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari tandas stesen minyak.

Wajahku pucat lesi serupa mayat mati lemas. Mahu muntah pun sudah tiada daya. Aku memegang perutku berkeroncong.

"Okay tak ni? " soal Amirul. Terus dia menerpa ke arahku.

"Saya lapar, " rengekku.

"Tadi pun kau baru muntah. Takkan nak makan lagi? Kita singgah klinik lah, " pujuk Amirul.

Aku menggeleng. "Tak nak. Susahkan awak je, "

"Ish, apa kau ni? Dah tak larat macam ni pun masih tak nak pergi klinik juga? Tak ada, tak ada. Kita pergi klinik, " tegas Amirul.

Akhirnya aku terpaksa mengalah. Perlahan-lahan Amirul memapah aku menuju ke kereta yang diparkir di ruang parkir depan tandas stesen minyak.

Amirul membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu dia membantu aku duduk. Tali pinggang keledar ditarik lalu picu besi dimasukkan ke dalam soket plastik. Sesudah itu dia masuk ke tempat pemandu.

Aku mengerling Amirul. "Susahkan awak je lah. Saya okay. Tak payah pergi klinik. "

Dahi Amirul berkerut. "Aku tak kira. Pergi klinik juga, kalau tak nak aku tinggal kau dekat sini. "

Lambat-lambat aku mengangguk. Mahu tidak mahu terpaksa aku akur pada arahan Khmer Rauf. Risau juga jika dia benar-benar tinggalkan aku di sini.

***

"Nah, roti. "

Aku mendongak memandang Amirul yang sedang menghulur roti kepada aku. Terkebil-kebil mataku. Amirul mengeluh perlahan. Lantas dia mengoyakkan plastik bungkusan roti lalu dihulur kepada aku.

"Lepas dah habis, makan ubat pula. "

Aku mengangguk perlahan. Roti krim itu aku robek sedikit lalu aku masukkan ke dalam mulut. Perlahan-lahan aku mengunyah roti itu hingga lumat sebelum ditelan masuk ke dalam tekak.

Semasa di klinik tadi, doktor sudah berpesan supaya aku banyakkan berehat. Perkara biasa bagi mereka yang mabuk perjalanan. Aku sudah menjangkakan hal ini. Sewaktu ke Melaka dulu pun, kerap juga aku singgah ke tandas.

Tanganku naik memicit kepala yang berdenyut. Mahu saja aku hentakkan kepala ke dinding supaya rasa sakit ini hilang.

"Kau tidur dulu lah. Nanti dah sampai aku kejut, "

Aku mengangguk perlahan. Aku cuba memejam mata. Namun terbuka kembali. Aku mengerling Amirul yang sedang tekun memandu. Timbul rasa bersalah dalam hati kerana telah menyusahkan lelaki itu.

"Saya banyak susahkah awak, Amirul. Mula-mula awak terpaksa kahwin dengan saya, lepas tu terpaksa tumpangkan saya kat rumah awak, terpaksa hantar saya hari-hari pergi kerja. Sekarang, susahkan awak pula sebab sampai lambat rumah Umi dengan Ayah. "

Amirul sekadar beriak selamba. Wajahnya kosong tanpa reaksi. Matanya hanya memandang ke hadapan.

"Kau cakap lagi macam ni, aku betul-betul tinggal kau tepi jalan. "

Terus aku mengemam bibir. Aku menggeleng perlahan. Memikirkan saja sudah longgar lutut.

***

Tombol pintu rumah dipulas perlahan. Di berhati-hati menutup pintu supaya tiada bunyi yang kedengaran. Sebaik saja pintu dan tanggam bertemu, hatinya terus bersorak gembira.

"Lewat kamu balik, Naem. Banyak sangat projek baru ke? " tegur Nazmie.

Naem mengetap bibir. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Dia tersenyum kelat memandang Nazmie yang sedang merenungnya tajam.

"Papa tak tidur lagi? "

Nazmie berpeluk tubuh. "Yang dekat depan mata Naem ni apa? Bukan Papa? "

Spontan tangan Naem naik menggaru kepala yang tidak gatal. Apa punya soalan lah.

"Naem mesti jumpa adik Naem tu kan? " teka Nazmie.

"Pa.. Ija tak salah. Please.. Dengar dulu Naem nak explain, "

"Explain apa? Naem tak payah nak menangkan sangat adik Naem tu. Dah terang-terang dia salah. Nak explain apa lagi? "

"Pa, Ija tak salah. Bukti semua dah ada. Lagipun, dakwaan tu pihak mahkamah dah gugurkan pun. Ija dengan Amirul memang tak salah. " tegas Naem.

Nazmie mencebik. "Habis tu, kenapa Amirul tu beriya nak kahwin dengan Ija? Mesti dia ada agenda lain, "

Terus Naem meraup wajahnya. Ya Allah, Ya Tuhanku. Mengapa terlalu sukar untuk Papa memahami keadaan adiknya?

"Ija dengan Amirul memang tak pernah kenal. Tapi dia orang pernah berjumpa. Amirul pernah tolong Ija masa Aniq nak tampar muka dia. Haa.. sekarang Papa tahu kan? Selama ni Aniq tu asyik berkasar dengan Ija. Banyak kali Naem pujuk dia supaya bagitahu Papa, tapi dia tak nak besar-besarkan hal ni. Demi persahabatan Papa dengan Uncle Anwar, Papa sanggup korbankan perasaan Ija. "

"Pa, Amirul tu lelaki paling baik yang Naem pernah jumpa. Malah Naem bersyukur sebab Ija kahwin dengan dia bukan dengan Aniq. Dia sanggup kahwin dengan Ija walaupun dia tak kenal Ija. Ija nampak bahagia sangat. Lebih bahagia daripada tinggal dengan keluarga sendiri. Umi dengan Ayah Amirul layan Ija baik sangat. Tapi, kita? Papa buang Ija, salahkan dia seolah-olah dia memang nak semua ni jadi. Papa, pernah kita tanya apa yang Ija nak? Tak pernah. "

Naem mengeluh perlahan. Lantas dia melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan bapanya terkulat-kulat sendirian. Kalau dengan cara ini pun, Papanya masib juga tidak sedar yang mana kaca dan permata, dia sendiri pun tidak tahu mahu kata apa lagi.

***

"Menantu Umi dah sampai! "

Belum sempat aku mahu bersalaman dengan Umi, wanita itu terlebih dahulu memelukku erat. Aku terkedu. Tiba-tiba aku teringat pada Mama. Sudah lama aku tidak berjumpa Mama kerana dihalang oleh Papa.

Ma.. Ija rindu.

"Laa... nangis pula dia. Jangan sedih-sedih. Jom, kita masuk. "

Umi mempelawa aku masuk ke dalam. Buat seketika aku terpanar melihat hiasan dalaman rumah ini. Ringkas namun mampu memukau.

"Rauf bagitahu Nuriez muntah-muntah tadi. Sekarang macam mana? Dah okay? "

Aku tersenyum nipis. "Boleh lah, Umi. Dah pergi klinik tadi. "

"Baguslah macam tu. Risau Umi bila dengar Nuriez muntah-muntah, "

Entah mengapa air mataku bergenang. Sungguh aku rindu pada Mama. Hatiku sayu tiap kali Umi mengelus wajahku lembut.

"Wah, Kak Nuriez dah sampai! "

Pantas aku menoleh. Dahiku berkerutmemandang seorang pemuda yang wajahnya seiras Amirul.

"Uish, Kak Nuriez lagi cantik lah depan-depan daripada dalam gambar. " seloroh Azrul Raid.

Amirul mengetap bibir. Tangannya mencapai bantal kusyen lalu dilempar ke arah Raid. Mataku terbeliak melihat adegan ini di depan mata.

"Aduh... dia ni. Orang gurau pun tak boleh lah, " getus Raid.

"Kau nak exam kan? Pergi lah study. Sibuk aje kat sini, " Amirul mencebik.

"Ya Allah... Rauf, Raid. Sudah sudah lah tu. Bergaduh macam budak kecil. Tak malu ke dekat Nuriez ni? " tegur Ayah.

Aku mengerling Amirul dan adiknya. Kedua-duanya berwajah cemberut. Aku tersenyum nipis.

"Nuriez okay aje lah, Ayah. Nuriez dengan Abang Naem pun selalu juga bergaduh, "

"Eh.. Nuriez mesti tak makan lagi, kan? Jom, jom. Umi dah siap masak tadi, "

Aku mengangguk akur lantas aku mengekori Umi ke ruang makan. Sempat aku mengerling Amirul yang sedang berbual dengan Ayah dan Raid. Bibirku mengukir senyum.

***

"Umi, Nuriez mana? " soal Amirul.

"Umi dah suruh dia masuk tidur. Nampak penat sangat. Tadi makan pun sikit aje. Risau Umi, "

Amirul mengherot bibir. "Rauf pun risau. Rauf naik dulu lah. Umi pun jangan lupa tidur awal juga. Rehat cukup-cukup, "

Umi tersenyum. "Ya.. Umi tahu. "

Amirul menyalami tangan Uminya. Lantas dia mendaki tangga naik ke biliknya. Tombol dipulas lalu daun pintu ditolak perlahan. Dia tersenyum nipis.

Amirul melabuhkan duduknya. Perlahan-lahan tangannya menyelak selimut tebal yang menutupi sebahagian katil.

"Eh? Awak nak tidur ke? Sorry, saya terlelap tadi. "

Aku memisat mata lalu duduk bersandar pada kepala katil. Aku mengerling Amirul yang selamba saja baring di atas katil. Lantas aku bangkit dari katil.

"Nak pergi mana tu? " tegurnya.

Aku menoleh. "Tidur tempat lain lah. Ni kan bilik awak? "

Amirul mengerutkan dahinya. "Kenapa nak tidur tempat lain? Tidur aje lah kat sini, "

Terkebil-kebil aku memandang Amirul tidak percaya. Dia mahu aku tidur di sini? Sekatil dengan Amirul? Wah, pertama kali aku tidur sekatil dengan Amirul.

"Er... tak apa lah. Saya tidur kat bilik tetamu je, "

Belum sempat aku mahu melangkah tiba-tiba Amirul menarik tangan lalu menyebabkan aku terbaring semula di atas katil. Aku terkedu. Pipiku terasa berbahang tatkala wajahku benar-benar dekat dengan wajahnya. Amirul merenung tepat ke dalam mataku.

"Ami... rul... "

"Tidur je dekat sini. Jangan pergi mana-mana. Aku makan nasi, bukan orang. Aku janji aku tak buat apa-apa, " jamin Amirul.

Aku tersenyum kelat. "Tapi.. boleh tak.. kalau awak.. tak peluk saya.. macam ni? Tak selesa lah.. "

Lekas-lekas Amirul meleraikan pelukannya. Dia berdehem beberapa kali. "Sorry, "

"Tak apa, "

Aku menjauhkan diri sedikit dari Amirul. Jantungku sudah berdegup kencang serupa orang berlari 1500 meter. Peluh di dahi sudah mula merintik.

Aku memusing tubuh membelakangi Amirul. Aku memejam mata. Tiba-tiba aku terasa seperti ada tangan kekar yang melingkar di pinggangku. Mataku terbuka kembali.

"A... awak... a.. pa.. ni? "

"Sejuk lah. Comforter ni kecil. Share lah sikit. Kedekut, "

Aku mengetap bibir. Aku cuba menenangkan diri namun gagal. Jantungku seperti sudah bermasalah. Dari tadi tidak berhenti berdegup kencang. Perutku pula memulas tiba-tiba. Nafas jangan dikata, tercungap-cungap seolah dikejar hantu.

Mahu tidak mahu aku membiarkan saja Amirul memeluk pinggangku. Itu adalah haknya. Namun, entah mengapa aku rasa selamat. Selamat dalam pelukan Amirul.

Merepek kau ni, Ija!

"Aku tak pernah bencikan kau, Nuriez. " ujar Amirul dengan nada suara rendah.

Aku terkedu. Mahu berpusing pun tiada ruang. Silap-silap wajahku boleh bertemu dengan wajahnya. Tak pasal-pasal jadi scene lain nanti. Makanya, pura-pura tidur.

"Aku cuma bencikan diri sendiri sebab terlalu cintakan Wardah. Aku benci diri sendiri sebab terlalu percayakan Wardah. "

Amirul mengeluh panjang. Mata dipejam rapat. Tiap kali dia teringat tentang Wardah, hatinya sakit. Rasa bagai disiat-siat.

Masih jelas dalam ingatannya tentang peristiwa dua hari yang lalu. Dia tanpa sengaja bertembung dengan Wardah dan Aniq di pasaraya. Wardah curang di depan matanya sendiri. Curang bersama bekas tunangan isteri sendiri.

Selama ini, dia pekakkan telinga saja mendengar cerita dari Ezwan dan Danish. Namun, hari itu, Allah sudah tunjukkan kebenarannya. Dia benar-benar rasa ditipu.

"Aku silap dalam menilai. Aku terlalu percayakan Wardah sampai akhirnya aku sendiri yang sakit hati. "

Aku tersenyum nipis. "Saya tak tahu apa sebenarnya yang jadi antara awak dan Wardah, tapi apa yang saya tahu, Allah aturkan semuanya dengan sempurna. Semua yang jadi, semua ada hikmah. "

"Thanks, "

"Sama-sama, "

"Rambut kau wangi sangat lah. Mesti guna tiga botol syampu. Saja nak kasi aku pokai, kan? " usik Amirul.

Aku mencebik. Sempat lagi mahu mengusik. "Mana ada, "

alooo so sweet

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience