BAB 27

Romance Completed 29336

"Kalau suami orang lain, bukan main melompat gembira lagi bila tahu isteri dia mengandung. Tapi.. suami Akak ni, pengsan lah pula. " seloroh pekerja restoran itu sambil menggaru kepala.

"Tu lah. Terkejut sangat agaknya, "

Tanganku masih mengipas wajah Amirul yang sedang baring di atas sofa ruang rehat pekerja. Mujur saja pekerja restoran ini baik hati mahu tumpangkan Amirul di sini. Amirul yang pengsan, aku pula yang malu. Aish!

"Terima kasih eh sebab bagi suami Akak baring kat sini. " ucapku.

"No problem, Akak. Saya keluar dulu eh? Nak hantar order. "

Aku mengangguk faham. "Okay, "

Pekerja wanita itu melangkah keluar dari ruang rehat. Aku merenung wajah Amirul yang masih lagi tidak sedarkan diri. Aku mengeluh perlahan.

"Lama lagi ke nak pengsan ni, Encik Amirul? "

Aku mengeluh lagi. Kemudian aku melangkah mendekati beg tangan yang aku letak di atas meja. Telefon aku keluarkan dari dalam beg tangan.

"Nuriez! "

Pantas aku menoleh ke belakang memandang Amirul yang sudah berdiri tegak. Automatik aku mendekati Amirul.

"Kenapa? Kenapa? Kenapa ni? "

"Nuriez, "

"Ya? Apa dia? "

Amirul mengerutkan dahi. Matanya melilau memandang sekeliling dengan wajah terpinga-pinga.

"Kenapa kita ada dekat sini? "

"Awak pengsan tadi, " jawabku.

"Pengsan? Sebab? " Dahi Amirul makin berkerut.

Aku pula mengerutkan dahi. "Awak tak ingat? "

Amirul terdiam. Mindanya cuba menjana semula perkara yang berlaku sebelum dia pengsan tadi. Ambil Nuriez dari tempat kerja, pergi restoran, order makanan.. lepas tu...

"Awak mengandung? "

Aku mengangguk. "Saya baru nak celebrate dengan awak. Tak pasal pasal awak pula pengsan. Terpaksa lah saya bungkus semua makanan. Nak papah awak masuk kereta, saya pula tak larat. "

Amirul tersenyum lebar. "Serius awak mengandung? "

Aku meraup wajah. "Ya Allah, Amirul. Serius lah. Ingat saya main-main? "

Senyuman Amirul makin lebar. "Betul awak tak main-main? "

"Awak ni... "

"Okay.. okay.. Saya peluk awak, boleh? "

Aku mengangguk lalu aku mendepakan tangan. Lantas Amirul memelukku aku erat. Kepalaku diusap lembut.

"Thanks, Sayang. Thank you so much. Terima kasih sangat sangat sangat sangat sangat! "
"Kita bagitahu Mama, Papa, Ayah, Umi, Abang Naem, Raid, Ezwan, Danish, Muizah, Shuhaida, jiran sebelah.. semua orang! Yes, semua orang! "

Aku mengangguk laju. "Yeay! Semua orang! "

***

Aku mengerling Amirul yang masih lagi berdiri tegak di tengah-tengah ruang tamu. Sejak tadi lelaki ini hanya diam tanpa sepatah kata. Aku mengerling pula ke arah Mama, Papa, Ayah, Umi, Abang Naem dan Raid yang seakan menanti kata-kata Amirul.

Masak macam ni Mirul oi. Menyesal pula aku tidak menegah sungguh-sungguh ketika Amirul bercadang mahu mempercepatkan majlis. Tinggal sebulan dua minggu saja lagi.

Mahu berterus terang, Amirul lah yang paling teruk kena hambat nanti. Aduh.. kasihannya!

"Mirul nak cakap apa sampai nak kumpulkan semua orang kat sini? " soal Ayah.

"Mirul nak cakap sesuatu, "

Aku tersentak tatkala Amirul mengenggam kuat tanganku. Aku kerling Amirul sekilas. Aku tahu dia gemuruh.

"Apa dia? " soal Papa pula.

"Mirul nak cepatkan majlis, "

"Mirul, sebulan lebih aje lagi. Takkan tak boleh tunggu? " lembut suara Mama berbicara.

Amirul mengetap bibir. Aduh.. macam mana nak terangkan ni?

"Nuriez mengandung. Sebab tu Mirul nak cepatkan majlis, "

"Hah?! "

"Apa dia? "

"Mengandung?! "

"Bila masa...? "

Aku dan Amirul sama-sama menunduk memandang lantai. Faham jikalau ibu bapa kami kecewa. Andai ada yang mahu menghambur amarah pun, kami sudah sedia mahu menadah telinga.

"Kamu ni memang nak bersanding bertiga ke apa? " sindir Umi.

"Umi! Kenapa cakap macam tu?! " bentak Amirul.

Aku mengetap bibir. Sedikit sebanyak hatiku terluka mendengar kata-kata Umi. Air mataku bergenang tiba-tiba. Lantas bahuku diusap lembut oleh Amirul.

"Kalau Umi nak marah, marah Mirul. Ni semua salah Mirul. Mirul yang tak dapat tahan diri. Nuriez tak salah. Nuriez cuma ikut kemahuan Mirul, " ujar Amirul mempertahankan diriku.

Aku mengerling Amirul sambil tersenyum hambar. Aku benar-benar rasa terharu.

Umi mengeluh perlahan. "Umi faham. Tapi, kenapa sekarang? Dulu boleh aje Mirul tahan diri. "

"Raudah, kenapa cakap macam tu? Ini semua kan rezeki Allah? Awak ni, " Ayah bersuara tegas.

"Betul tu. Bukan ke ini yang kita nak? Untuk menimang cucu macam orang lain? " celah Papa.

Lambat-laun Umi mengangguk. "Ya.. Umi minta maaf. Umi sepatutnya happy Nuriez mengandung. Umi dah kecilkan hati Nuriez. Maaf ya? " Umi memandang aku sambil tersenyum.

Aku mengangguk laju. "Tak apa. Nuriez faham, "

"Haih laa... budak berdua ni. Ada-ada aje. " Mama tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"Wah... tak sabarnya Naem nak jadi pakcik! " ujar Naem teruja.

Papa mengangguk. "Tu lah. Pandai betul Amirul cari kesempatan. Macam ni lah menantu Papa, " usik Papa sambil membuat isyarat ibu jari.

Lantas suasana ruang tamu bertukar meriah dengan gelak tawa. Aku dan Amirul pula terpaksa menadah telinga mendengar nasihat Mama dan Umi.

***

"Banyakkan rupanya benda tak settle lagi? "

Aku mencebik. Amirul yang sedang memeluk bahuku aku kerling sekilas. Tahu pun mahu mengeluh.

"Awak juga yang kata dua minggu cukup untuk settlekan semua preparation, "

Amirul menggaru kepala. "Mana saya tahu banyak benda nak buat. Pelamin lah, baju lah, door gift lah, kad lah. Aduh... "

Aku tersenyum nipis. Tu lah. Ingat sempat dua minggu saja?

"Sayang, "

"Hmm, "

"Tu Shu dengan Ezwan, kan? " Amirul menuding jari ke satu arah.

"Shu? "

Aku memandang ke arah yang ditunjuk Amirul. Mataku memincing cuba mengamati dua figura yang sedang duduk di cafe Secret Recipe tidak jauh dari tempat aku dan Amirul berdiri.

Betul lah. Tapi.. kenapa Shuda dekat situ dengan Ezwan?

"Ezwan tak pernah cakap pun dia kenal Shu. " ujar Amirul.

"Tu lah. Shu pun tak pernah cakap dia kenal Ezwan. "

Kami sama-sama memandang Ezwan dan Shuda sebelum tiba-tiba muncul senyuman jahat. Aku dan Amirul berpandangan sambil kedua tapak tangan digosok antara satu sama lain.

"Hehehehe... "

***

"Cik Shuhaida memang suka donut blueberry eh? "

Shuda jongket kening. "Kalau saya suka pun.. kenapa? Ada masalah? "

"Eh, bukan. Cumanya saya pelik, " jawab Ezwan sambil tersengih.

Shuda kerut dahi. Pelik? Eh, suka hati aku lah nak makan apa pun. Kalau aku makan donut ke roti, ada ke tayar kereta di tiba-tiba meletup? Sekejap.. tak ada kaitan.

"Pelik sebab? "

"Ya lah.. yang saya tahu perempuan suka makan coklat. Jadinya.. pelik kalau Cik Shuhaida suka donut blueberry, "

Makin berkerut dahi Shuda. Dari mana pula dia belajar perempuan suka coklat. Ehem.. memanglah perempuan suka coklat tapi tak adalah sampai semua pun mesti ada coklat.

"Encik Ezwan merepek apa ni? Ingat semua perempuan ni semua nak kena ada coklat ke? Banyak sangat makan coklat boleh jadi hyper active lah, "

Ezwan menggaru kepala sambil tersenyum kekok. "Oh.. ya eh? Habis tu, Cik suka apa? "
Shuda berdehem. "Saya suka donut blueberry. "

"Lagi? "

"Saya tak suka benda manis macam coklat. Nanti sakit gigi, "

"Lagi? "

"Saya tak suka awak tanya saya soalan macam ni, "

"Sebab? "

"Sebab saya tak suka, "

"Sebab? "

Shuda mendengus. "Sebab saya tak suka lah! "

"Eh..? Ada pasangan musim bunga lah dekat sini, "

Serentak Ezwan dan Shuda menoleh. Mata mereka masing-masing terbeliak melihat aku dan Amirul. Selamba Amirul menarik kerusi lalu menyuruh aku duduk. Kemudian dia pula duduk sambil memeluk tubuh.

"Tak tahu pula Ezwan kenal Shuhaida, kan? " usik Amirul. Dia mengerling aku sambil tersenyum.

"Itu lah. Tak tahu pula Shu kenal Ezwan, " usikku pula.

"Eh.. bukan kenal lah. Terserempak aje, " dalih Ezwan.

"Ya ke? " giat Amirul.

"Ya! " tegas Ezwan. Matanya terjegil memandang Amirul.

"Shu, betul ke terserempak? " soalku.

Shuda mengangguk laju.

"Maknanya kau tak kenal Ezwan? "

"Tak, tak kenal. " jawab Shuda laju.

Pantas Ezwan memandang Shuda dengan dahi berkerut. Macam marah saja wajahnya. Shuda yang sedar akan pandangan tajam Ezwan itu segera menoleh ke arah lelaki itu. Matanya sengaja dijegilkan.

"Awak tak kenal saya? " bisik Ezwan.

"Eh, memang saya tak kenal awak pun. " bisik Shuda.

"Habis, pasal donut tu apa? Mesej semua tu apa? "

"Awak yang salah sangka. Saya cuma mesej sebab berterima kasih aje! "

"Whoa.. whoa.. apa bisik-bisik ni? Calm down, " tegur Amirul.

Aku tahan ketawa mendengar kata-kata usikan Amirul. Besar juga tangkapan hari ini. Tak perlu susah susah mencari umpan.

"Alang-alang kita orang dekat sini, apa kata kita makan sama-sama? " cadang Amirul.

Shuda dan Ezwan sudah tergamam. Tidak mampu lagi untuk bersuara. Masing-masing pasrah.

"Boleh juga. Baby pun dah lapar. " aku mengerling Amirul sambil tersenyum.

"Lapar eh? Hmm... Baby nak makan apa? " soal Amirul. Bahuku dipeluk erat.

Aku mengherot bibir. "Hmm, baby rasa macam nak makan spagetti lah, Papa. "

Amirul mengerling sekilas Ezwan yang sedang memandangnya tajam. Benar-benar seperti sedang marah. Amirul tersengih sambil menayang gigi. Sengaja.

"Siapa nak bayar ni eh? " giat Amirul.

"Entah lah. Kita dah banyak keluar duit hari ni beli barang, " sengaja aku merengek.

"Tak apa! Aku bayar! " celah Ezwan.

"Tak! Aku bayar! " celah Shuda pula.

Aku dan Amirul saling berpandangan sambil tersenyum. Mahu suruh orang tutup mulut, mestilah kena ada 'duit kopi'.

Amirul membelek buku menu. "Okay... kita tengok macam mana, "

maaflah yer lama hilang.. sibuk sikit awal tahun ni.. apa-apa pun thank you sebab bersabar.. heheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience