BAB 31

Romance Completed 29370

"Wah..! "

Tak terkelip mataku memandang ladang teh yang terbentang luas di depan mata. Penuh kehijauan dan menenangkan.

Aku menoleh. "Kita boleh petik ke daun teh ni? "

Amirul menggeleng. "Tengok boleh, petik jangan. "

Aku mencebik. Asyik-asyik tengok boleh, petik jangan. Penat saja jalan jauh. Petik tak dapat, tangkap gambar tak dapat. Penat saja lebih. Dari pagi sampai petang asyik berjalan saja. Silap-silap sudah satu Cameron Highlands ni aku pusing.

"Baik tak payah datang sini, " gumamku.

"Apa dia, Sayang? Tak dengar lah.. "

"Tak ada apa. "

"Ya ke tak ada apa? " giat Amirul.

"Betul.. "

"Ya ke? "

"Ya.. "

Amirul tersenyum. "Kalau dah Sayang cakap macam tu, kita pergi satu tempat.. nak? "

Aku kerut dahi. "Pergi mana? "

"Adalah, rahsia. Jom, jom.. "

"Ya lah.. "

Aku membiarkan saja Amirul menarik tanganku. Entah ke mana sajalah dia mahu bawa aku berjalan. Jangan jauh-jauh, sudah.

***

"Saya suka Encik Ezwan, "

"Saya serius. Tak main-main, "

Ezwan menggigit bibir. Rambut dicengkam kuat. Tatkala suara lunak itu terngiang di telinga, dia menggeleng laju.

"Aishh susah betul nak hilang suara dia ni! "

Ezwan berkalih ke kanan. Kemudian ke kiri. Masih juga tidak mampu melelapkan mata. Sudah bermacam cara dia cuba.

Tutup lampu? Sudah. Selimu? Sudah. Bantal? Sudah. Air cond? Sudah. Apa lagi yang kurang hinggakan dia tidak mampu lelapkan mata?

Ewan cuba menutup mata. Tiba-tiba wajah Shuda muncul. Automatik matanya terbeliak luas.

"Aku ni.. dah kena sampuk ke? " soalnya sendiri.

Ezwan mengeluh perlahan. Lantas dia bangkit lalu menghidupkan lampu bilik. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Satu lagi keluhan dilepaskan.

Seketika dia menarik nafas dalam-dalam. Mata dipejam raat-rapat. Tiba-tiba dia membuka mata lantas mendengus kasar.

"Ish, tak boleh jadi ni. "

Telefon di hujung katil dicapai. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Yes! Kau boleh, Ezwan. "

Nombor telefon Shuda didail. Kemudian dia menekapkan skrin telefon ke telinga.

"Hello? "

Tidak semena-mena Ezwan tersenyum lebar. "Maaf ganggu, "

"Eh, tak apa. Kenapa Encik Ezwan call ni? "

"I need to see you. Penting, "

***

Aku menyarung sandal pada kaki. Kemudian aku menutup pintu bilik hotel. Jam di telefon aku kerling sekilas. Pasti Amirul sedang menanti aku.

Suamiku itu awal lagi sudah hilang. Katanya ada hal mahu diuruskan. Hal apa? Aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, aku perlu pergi restoran di sebelah hotel ini sekarang.

Telefon yang berdering aku keluarkan dari dalam beg tangan. Automatik aku tersenyum.

'Mana sayang ni? Jangan melaram lama-lama sangat. Nanti abang rindu..' -Abang Sayang.

Laju saja jariku menaip mesej balas. Ikon send aku tekan.

'Tak sempat rindu pun.. tengah otw ni.'

Belum sempat aku mahu memasukkan telefon ke dalam beg, ia berdering lagi. Dahiku berkerut membaca mesej dari Naem. Beberapa saat kemudian aku mencebik.

'Senyap aje?' -Abang Naem.

'Tahulah tengah honeymoon.. kot ya pun jangalah sampai lupa abang kat rumah ni..' -Abang Naem.

'Mentang-mentang lah abang single lagi.. ~T_T~ ' -Abang Naem.

Mesej terakhir dari Naem itu membuatkan aku ketawa kecil. Naem memang begitu. Ada saja yang mahu dengki.

'Merepek lah abang ni.. ngada ngada..'

'Dah tu kahwin lah cepat'

Tak sampai beberapa minit, mesej dari Naem muncul. Aku mencebik lagi.

'Ija cakap lah dekat kawan ija tu.. kenapa dia jual mahal sangat?? (?_?)' -Abang Naem.

Aku ketawa kecil. Siapa suruh tak reti mengurat? Baru jual mahal sikit sudah mahu mengalah.

'Try harder, abang'

'Ye la.. jaga diri kat sana. Kirim salam sayang dekat Mirul tu..' -Abang Naem.

'Insha Allah..'

Akhirnya masuk juga telefonku ini ke dalam beg. Sweater biru cerah yang aku padankan bersama seluar palazzo hitam aku betulkan sedikit kedudukannya yang senget. Aku melangkah mendekati lif. Butang turun aku tekan.

"Ija, "

"Ya, saya? "

Aku menoleh. Saat mataku tertancap pada wajah figura yang menegurku tadi, serta-merta aku terkedu. Hatiku mula berlagu aneh.

another short chapter.. dan dijangka aisya akan busy sikit nanti.. so kalau lambat update atau tak update langsung tu.. erm.. faham2 lah yerr

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience