BAB 37

Romance Completed 29336

"Mirul jangan risaulah. Bukannya Mama tak bagi langsung Mirul datang sini. Kalau nak tidur sini pun, Mama bagi. " ujar Mama cuba memujuk Amirul.

"Betul tu, Rauf. Kalau Nuriez tinggal dekat sini, Mamanya boleh lah tolong tengok-tengokkan. " tambah Umi.

Amirul mengeluh panjang. Tanganku yang digenggam dari tadi tak mahu dilepaskan. Ya lah, orang gila mana mahu berpisah dengan isteri kali kedua?

"Ya lah.. Mama, Umi. "

Mama tersenyum nipis. Bahu Amirul ditepuk perlahan. "Seminggu je, Mirul. "

Amirul mengangguk akur. "Mirul bawa beg Nuriez naik atas dulu ya? "

"Hmm, "

Mataku tak lepas memandang Amirul yang sedang mengangkat beg pakaianku ke tingkat. Beg itu pun boleh tahan beratnya juga. Larat pula Amirul angkat ya? Hey, Ija. Memang lah, dia kan lelaki.

"Naem, tolong Ija naik atas. "

Naem yang dari tadi sibuk tersenyum-senyum memandang skrin telefon tersentak. Hampir bertaut keningnya memandang Mama.

"Naem pula kena? " jari dituding ke wajah sendiri.

Mama mencekak pinggang. "Dah tu, Naem nak suruh tetamu kita yang tolong? " sindir Mama.

Naem mengherot bibir. "Ya lah, ya lah. Jom, Ija. "

Aku tahan ketawa. Boleh tahan kelakar juga muka cemberut abangku seorang ni.

"Haa, gelak gelak. "

Pantas aku mengemam bibir. Laju aku menggeleng. "Tak gelak, "

***

Shuda mengeluh panjang. Bosan sungguh sahabat baiknya tidak datang bekerja hari ini. Bukan saja hari ini, malah seminggu. Silap-silap kemaruk rindu dia dengan Nuriez. Aisehh!

"Bosan kan Ija tak ada? " tegur Nina.

Shuda mengangguk laju. Dia menongkat dagu sambil tangannya bermain-main dengan kotak cincin Ezwan. Malu pula bila terkenangkan kejadian tempoh hari.

.
. .

"Apa maksud awak? "

Ezwan ketawa kecil. "Itu kakak saya. Kakak saya isteri Danish. Danish abang ipar saya. "

What?! Mahu jatuh rahang Shuda mendengar. Matanya tak berkelip memandang Ezwan.

"Maknanya..."

Ezwan mengangguk. "Erina kakak saya. Isteri Danish. Ada lagi yang tak jelas? Dah tiga kali saya ulang ni, Shu. "

Shuda tersenyum kelat. Wajahnya ditoleh ke belakang. Bibir diketap kuat. Malunya!

"Shu? "

Pantas Shuda menoleh ke hadapan. "Haa ya saya? "

"Jadi, awak boleh terima cincin saya? "

Shuda menarik nafas dalam-dalam. "Kahwin ni bukan sehari dua, Ezwan. Saya kalau boleh nak kahwin sekali aje. I need time. Time to think, time to calm myself. "

Ezwan mengangguk akur. "Ambil lah seberapa lama masa awak nak, "

.
. .

Shuda tersenyum. Spontan dia membuka kotak baldu petak di tangannya. Cincin emas dengan berlian biru dikeluarkan.

Makin lebar senyumannya. Muat ke tidak? Macam mana kalau tak muat? Macam mana kalau muat?

"Okay... kalau muat maknanya, aku kahwin dengan dia. Kalau tak muat, aku tak kahwin dengan dia. "

Shuda memejam mata. Jari tangan kiri mula menyarungkan cincin ke kari manis tangan kanannya. Dia mengetap bibir. Harap-harap muat.. amin.

Aish.. kenapa rasa ketat ni? Takkan tak muat?

Perlahan-lahan Shuda membuka kelopak mata. Tak sampai beberapa saat matanya terbeliak besar. Automatik dia berdiri tegak.

"Muat! "

***

Dari tadi mataku tidak lepas memandang Muizah yang sedang berdiri di tingkap bilikku dengan wajah seakan sugul. Langsung tiada bebelan panjang seperti kebiasaan. Gelak tawa jangan kata lah. Langsung tiada.

"Zah? "

"Hmm, "

"Kau okay? "

Muizah menggeleng.

"Tak nak share dengan aku? "

Pantas Muizah menoleh. Laju saja dia duduk bersila di atas katilku.

"Abang kau tu memang batu eh? "

Aku kerut dahi. "Maksud kau? "

Muizah mengeluh panjang. "Ya lah.. tengok couple lain. Kalau dah lama bercinta, mesti boyfriend propose. Tapi, aku? Jangankan bunga ros, bunga tahi ayam pun belum tentu dapat! " luah Muizah.

Serta-merta aku ketawa. "Pasal tu je ke? Alaa.. Abang memang macam tu. Kalau tak gertak, sampai bila pun tak jalan. Tapi, dia memang betul sayangkan kau, Zah. "

Muizah herot bibir. "Sayang? "

Aku mengangguk. "Dulu aku pernah ikut abang pergi kedai cincin. Aku tanya dia, nak beli cincin dekat siapa. Dia kata dia nak tempah cincin. "

Muizah mencebik. "Mesti bukan untuk aku, "

"Eh, aku tak habis cerita lagi lah. Aku tanya dia lagi, tahu ke ukuran jari orang tu. Abang kata tak tahu tapi dia kata dia pernah baca satu artikel ni.. cincin kalau muat dekat jari kelingking lelaki dan muat dekat jari kelingking perempuan maknanya dua orang tu soulmate. "

Muizah jongket kening. "Mana cincin tu sekarang? "

Aku menepuk dahi. Ya Tuhan.. bengap sungguh lah minah seorang ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hamba-Mu ini.

"Mana? " soal Muizah.

Laju saja tanganku menampar bahu Muizah dengan perasaan geram yang tak tertahan-tahan. Tahu ke buat-buat tak tahu ni?

"Dekat jari kau tu lah! "

***

"Baby macam mana hari ni? Okay? "

Aku mengangguk. "Okay je. Muntah-muntah pun dah kurang, "

Tangan Amirul mengusap lembut perutku. "Wah.. bagusnya baby. Behave sangat. Mesti baby pun sayang Mama, kan? "

Aku mencebik. "Ibu lah, bukan Mama. "

Amirul kerut dahi. "Mama lagi okay. "

"Tak nak. Saya nak Ibu. "

Amirul menggeleng. "Nope. Mama and Papa, " tegas Amirul.

Aku menjegilkan mata. "No... Ibu and Abah. " tegasku pula.

Amirul pula menjegilkan mata. "Nope.. Mama and Papa, "

Aku menarik muncung. "Susah lah cakap dengan Abang ni... "

"Eh, eh.. merajuk ke? " giat Amirul.

Aku silang tangan. Aku menjauhkan sedikit jarak antara aku dan Amirul. Wajah aku kalihkan ke kanan.

"Tak baik tahu buat kat suami macam ni, " tegur Amirul.

"Habis tu, isteri je kena hormat suami? Suami tak payah hormat isteri? Tak adil, "

Amirul tergamam. Langsung tidak terdetik akal untuk berfikiran sebegitu. Wah.. isterinya ni sudah mula berfikiran negatif.

"Ya lah, ya lah. Ibu and Abah. Puas hati? "

Aku mencebik. Sudah merajuk baru mahu pujuk. Hati aku ni bukannya cuba mahu faham.

"Siapa aje lah Sayang ni kan? Kena taat dengan suami, dengar cakap suami. Perasaan Sayang ni tak payah peduli. Kan bagus maca... "

Laju saja Amirul mencium bibirku sekilas. Aku tergamam. Mataku sudah terbeliak besar.

"Abang! "

Amirul ketawa. "Geram tengok bibir tu muncung, "

pasal mama papa ibu abah pun boleh jadi isu.. haihhhahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience