BAB 5

Romance Completed 29369

Amirul melangkah keluar dari biliknya. Tangannya pula sibuk mengikat tali leher di kolar baju. Dia memerhati sekeliling. Tidak semena-mena dahinya berkerut.

"Nuriez? " panggilnya.

Suasana rumah bertukar sunyi. Langsung tiada sahutan. Malah kelibat gadis yang kini bergelar isterinya itu juga tidak kelihatan.

"Nuriez? "

Dia menapak ke ruang tamu. Tiada. Kemudian dia menyelak langsir balkoni rumah. Tiada juga.

Dadanya mula turun naik menahan amarah. Dia melangkah ke arah bilik gadis itu. Pintu ditolak kasar.

"Nuriez! "

Amirul tergamam. Bilik itu kosong. Langsung tiada kelibat Nuriez di situ melainkan sehelai tuala yang disangkut pada penyidai sebelah pintu.

"Menyusahkan! "

Terus Amirul mendengus kasar. Pintu bilik yang tidak bersalah menjadi mangsa tamparannya. Dia melangkah ke dapur. Niatnya mahu mengambil cawan atas meja makan terbantut tatkala matanya tertancap pada tudung saji atas meja makan.

Dahinya berkerut. Lantas dia membuka tudung saji yang menutupi sepinggan nasi goreng. Makin berkerut dahinya melihat sekeping sticky note di tepi pinggan itu. Sticky note itu diambil lalu dibaca.

'Sorry saya keluar tak minta izin awak. Saya nak cepat tadi sebab dah lambat nak jumpa client. Saya buatkan awak breakfast. Makan eh? Happy working : )'

Amirul melepaskan keluhan. Lama dia memandang pinggan berisi nasi goreng itu dan secawan nescafe di sebelahnya. Entah mengapa api kemarahannya terpadam begitu saja. Lantas dia menarik kerusi lalu duduk.

***

Paket perencah mee Maggie Cup tomyam itu aku buka lalu aku taburkan serbuk rona kekuningan itu ke atas mee yang sudah kembang. Garpu plastik berwarna kuning di sebelah telefon aku ambil lalu tanganku menggaul mee dan serbuk perencah sehingga sebati.

Tiba-tiba aku mengeluh. Sakit pula hati bila memikirkan Amirul di rumah yang sedang berselera menikmati nasi goreng sedangkan aku hanya makan Maggie Cup saja sebagai sarapan. Kalau tidak kerana klien yang cerewet tahap giga itu, pasti aku sempat menjamah nasi goreng.

Sungguh menyebalkan!

Sedang aku asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefonku berdering. Aku memandang sekilas nama si pemanggil pada skrin telefon. Garpu plastik yang dari tadi aku pegang terus aku letak ke dalam cup Maggie.

"Assalamu'alaikum. Ija baru nak call Abang. Abang si... "

"Ija! Explain dekat Abang, apa semua ni?! "

Aku mengeluh panjang. Mujur aku sempat menjarakkan sedikit skrin telefon dari telinga. Jikalau tidak, tentu-tentu saraf auditoriku rosak kerana pekikan abangku. Belum sempat lagi aku menghabiskan ayat, Naem lebih dahulu memintas.

"Cepat, sekarang! "

"Kut iya pun, jawab lah dulu salam. "

Naem berdehem. "Wa'alaikumussalam. Haa, sekarang... cerita. Apa jadi sebenarnya? Tahu tak Abang sikit lagi nak kena heart attack sebab terkejut sangat? Abang risau, " Nadanya bertukar rendah.

"Panjang ceritanya... "

"Pendekkan, "

Aduh... Abang Naem ni!

Aku menarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku menghela nafas. Dari gaya percakapan Naem, aku pasti Mama sudah menceritakannya segalanya.

"Ija terlanggar orang masa nak pergi lif. Kebetulan orang yang Ija langgar tu sebilik dengan Amirul. Ija terambil kad dia, dia pulak terambil kad Ija. Masuk-masuk aje Ija nampak Amirul tengah tidur. Lepas tu tiba-tiba ada orang ketuk bilik. Begitu lah ceritanya... "

"Habis tu sekarang, Ija macam mana? Okay? Suami Ija tu ada buat apa-apa tak elok ke dekat Ija? "

"Ish, Abang ni. Cuba bersangka baik sikit? Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dia bagi Ija tinggal rumah dia walaupun Ija tahu dia tak suka situasi ni. "

"Hmm... kalau macam tu, bagus lah. Ija sekarang dah jadi isteri orang tau. Besar tanggungjawab. Ingat, apa-apa hal jangan lupa call Abang. "

"Ya lah. Take care kat sana, "

"Ija pun. Hujung minggu nanti kita jumpa, ya? Abang letak dulu. Bye, "

"Bye, "

Aku mengeluh panjang. Ya, aku kini sudah punya tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab sebagai seorang isteri.

***

Amirul menarik nafas dalam-dalam. Beg komputer riba diletak di sisi kaki meja. Belum sempat dia mahu duduk, tiba-tiba dirinya dipeluk. Terbeliak besar matanya.

"Wan! "

"Aku rasa berdosa sangat dengan kau, Mirul. "

Amirul sekadar beriak selamba. Naik rimas pula mendengar Ezwan yang tidak henti-henti meminta maaf. Empat hari-hari berturut-turut!

"Kalau kau nak cakap pasal kad tu, tak apa lah. Aku tak nak dah fikir pasal kad tu. Benda dah jadi, "

Ezwan meleraikan pelukannya. Wajah Amirul ditatap dalam-dalam. Rasa bersalahnya pada sahabat baiknya itu tinggi seperi gunung. Sukar untuk dicantas.

"Sorry sangat-sangat, bro. Aku betul-betul rasa bersalah. "

Amirul tersenyum nipis. "Aku yakin semua ni ada hikmah. Mungkin ni takdir aku, "

"Bro... jangan cakap macam tu. Aku makin rasa bersalah ni, "

"Kalau macam tu, apa kata kau tolong cari bukti? " cadang Amirul.

Dahi Ezwan berkerut. "Bukti? "

Amirul mengangguk. "Bukti yang aku dan Nuriez tak salah, "

Ezwan mengangguk lalu menepuk lembut bahu Amirul. "Boleh, bro. "

Amirul tersenyum nipis memandang Ezwan sebelum dia duduk di atas kerusinya. Ezwan mengerling sekilas sahabat baiknya itu. Dia mengetap bibir.

Patut cakap atau tak? Ah, cakap saja lah.

"Anyway, Wardah ada call aku semalam. "

Terbeliak mata Amirul. Pantas dia menoleh. "Wardah call?! "

***

"Kau sekarang macam mana? Okay? Amirul tu ada buli kau? " soal Shuda.

"Okay. Dia tak ada buli pun. Nak buat macam mana? Dah takdir. Redha aje lah, "

Muizah mengherot bibir. "Kau tak cuba explain dekat Papa kau? "

Aku hanya mengangkat bahu. Sepanjang dua hari ini, aku berulang kali sudah cuba menelefon Mama. Telefon Mama, Papa
yang angkat. Telefon rumah, Papa juga yang angkat. Kata-kata Papa masih melekat kuat dalam gegendang telingaku.

"Kau berani lagi call kami, kami takkan teragak-agak untuk buat laporan polis! "

Shida mengenggam tanganku. "Sabar lah eh? Papa kau marah lagi rasanya tu, "

Aku sekadar tersenyum hambar. Mungkin Papa masih marahkan aku.

***

"Umi macam mana? Okay? " soal Amirul.

Dahinya terus berkerut sementelah mendengar keluhan berat adiknya. Dia pasti ada sesuatu terjadi pada Uminya.

"Umi tak habis-habis suruh aku mesej kau sebab nak suruh kau balik rumah hujung minggu bawa Kak Nuriez sekali. Nak tercabut telinga aku ni haa. "

"Pula? "

"Haa... sebelum aku lupa. Umi nak buat kenduri kesyukuran. Umi suruh tanya kau dulu. Kalau kau okay, baru proceed. "

Amirul mengeluh perlahan. "Aku bukan tak nak, Raid. Tapi itulah... sibuk. "

"Kau ingat ni zaman air batu Holosen ke? Alasan kau tu dah expired. Cari alasan lain, "

"Ingat aku menipu ke? Aku betul-betul sibuk ni, "

"Apa-apa je lah, Encik Amirul. Aku nak gerak dah ni. Apa-apa hal call. Ingat, balik. Nanti kecil hati Umi, "

"Ya, tahu. "

"Bagus, bagus. Jangan lupa fikir alasan baru. Bye! "

Amirul mengetap bibir. Tak guna punya adik. Sempat pula dia mengenakan aku.

Amirul melangkah keluar dari lif. Dia mengurut tengkuk yang terasa sengal. Seharian menghadap komputer membuatkan satu badannya sakit-sakit.

Kunci rumah dikeluarkan dari dalam poket seluar. Dia melangkah mendekati pintu rumahnya. Langkahnya tiba-tiba terhenti.

Tak terkelip matanya memandang aku yang sedang lena di muka pintu. Amirul lantas mencangkung di sebelahku.

"Hoi... "

"Hoi... bangun... "

Tangannya menampar lembut pipiku. Dahiku berkerut sebelum aku membuka kelopak mata. Alangkah terkejut aku melihat wajah Amirul yang begitu dekat dengan wajahku. Spontan aku menolak tubuhnya jatuh.

"Nuriez! "

Good morning sekalian.... Have a nice Monday ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience