BAB 4

Romance Completed 29336

Pang!

Kepalaku terus terteleng ke kiri. Aku benar-benar terkesima. Perlahan-lahan tangan kananku naik menyentuh pipi yang baru saja ditampar ibuku sendiri. Tubir mataku terasa panas.

"Aku besarkan kau dengan kasih sayang. Aku didik kau dengan agama. Aku belai kau tanpa kongkongan. Ini kau balas aku? Ini ke balasan atas segala pengorbanan aku?! "

"Patut lah selama ni Aniq asyik mengelak bila sebut pasal hal kahwin. Rupanya, ini sebabnya! Kalau tak nak kahwin dengan Aniq, cakap! "

Aku menggeleng laju. "Tak, Mama... Bukan... "

"Bukan apa?! Sukakan malukan aku macam ni?! "

Air mataku dari tadi tidak berhenti mengalir. Aku hanya mampu menundukkan wajah. Belum sempat Mama mahu menampar aku sekali lagi, pantas Amirul menolak aku ke belakang lalu menyebabkan dia menjadi mangsa tamparan Mama. Aku menekup mulut dengan mata terbeliak.

"Tepi! Kau jangan nak halang aku! "

Mama menolak Amirul sekuat tenaga lalu Mama mula memukul tubuhku dengan beg tangannya. Perit dan sakit yang tidak terkata.

"Puan, sudah lah tu. " tegah Amirul.

"Ah! Kau tak payah nak ajar aku! Tepi! "

Amirul menggeleng laju. Seteruk mana pun keadaan, aku dan dia tetap tidak bersalah. Dia harus menegakkan kebenaran. Tiada pilihan lain selain menegakkan benang yang basah. Dia mendepakan tangan agar menghalang Mama dari terus memukul aku.

"Tepi aku kata! "

Amirul masih tidak berganjak. Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Amirul pula menjadi mangsa pukulan Mama. Mataku terbeliak terkejut. Terus aku menolak Amirul ke tepi.

"Amirul tak salah, Ma. Ija yang salah! "

"Aini... dah lah tu, " Papa cuba menenangkan Mama.

"Saya malu, Abang. Saya malu! Apa kita cakap dekat keluarga Aniq pasal semua ni? Mana saya nak letak muka? "

Aku hanya menundukkan kepala. Sudah semestinya apa yang berlaku hari ini sudah menconteng arang ke wajah Mama dan Papa.

Amirul menoleh kemudian dia memanggil Ezwan. "Wan, Umi dengan Ayah aku dah sampai? "

Ezwan mengangguk. "Dah nak sampai, "

"Encik, Puan. Kita duduk dulu sementara tunggu Umi dengan Ayah saya datang, " ujar Amirul.

Mama mencebik jengkel. "Pura-pura baik konon. "

***

"Assalamu'alaikum, "

Terus aku menoleh. Kelihatan sepasang suamu isteri sedang melangkah masuk ke dalam pejabat agama negeri itu. Mereka bersalaman dengan Mama dan Papa.

"Saya Akbar, ayahnya Amirul. Ini isteri saya, Raudah. "

"Nazmie. Isteri saya, Aini. " jawab Papa ringkas.

"Saya nak berbincang dulu dengan Amirul. "

Papa menganggukkan kepalanya. Langsung tiada walau secalit pun senyuman di wajah tuanya. Aku pula yang malu melihatkan dinginnya layanan Papa pada Ayah Amirul.

"Rauf. Sini kejap, "

Amirul menoleh sebelum mengikut Ayah dan Uminya berbual di satu sudut ruang pejabat itu. Amirul hanya menundukkan wajah. Tidak sanggup menatap wajah Ayahnya. Dia sedar dia sudah memalukan Ayahnya.

"Cakap dengan Ayah, Rauf. Apa semua ni? "

"Ayah.. Rauf boleh explain. Semua ni salah faham. Demi Allah, Rauf dengan Nuriez tak salah. Nuriez tersalah ambil kad hotel sebab tu dia boleh masuk dalam bilik Rauf. Ayah boleh tanya Ezwan. Dia saksi. "

Akbar menoleh memandang Ezwan di sebelah anaknya itu. Ezwan mengangguk laju tanda mengiakan.

"Betul, Pak Cik. Nuriez terlanggar saya lepas tu kami tertukar kad. "

Akbar melepaskan satu keluhan berat. Kemudian dia mengerling sekilas isterinya.

"Mana Nuriez? " soal Akbar.

Amirul menjuih bibir ke satu arah. Seraya itu Akbar dan Raudah melangkah mendekati sepasang suami isteri yang sebaya mereka itu.

"Encik, Puan. "

"Saya dah bercakap dengan Amirul pasal hal ni. Saya rasa, tak sepatutnya kita terus menghukum tanpa usul periksa. Kita kena tanya mereka hal yang sebenarnya, "

Papa tersenyum sinis. "Hal yang sebenar? Dah terbukti mereka salah. "

Aku tergamam. Terus aku memandang Papa. "Papa... "

"Ija bukan lagi anak yang Papa kenal. Papa tak ada anak yang menconteng arang ke muka ibu bapa sendiri macam Ija. "

"Ya Allah, Abang! "

Mama juga terkedu. Seteruk mana pun kesalahan anaknya, dia tidak sanggup untuk membuang anak yang dia kandung sembilan bulan sepuluh hari itu. Dia tidak sanggup.

"Ija dah kecewakan Papa. Papa betul-betul kecewa. Apa Papa nak jawab dekat keluarga Aniq? Hah?! " jerkah Papa.

Aku hanya menunduk memandang lantai. Mahu menatap wajah Papa, aku tidak punya keberanian. Papa lebih mementingkan maruah keluarga Aniq lebih dari maruah aku. Aku terkilan.

"Papa, Ija minta maaf. Ija sanggup buat apa saja asalkan Papa maafkan Ija. " rayuku.

"Baik. Kalau itu yang Ija nak, "

Terus aku mengangkat wajah. Terkebil-kebil aku memandang Papa. "A.. apa dia? "

"Kahwin dengan lelaki tu. Jangan muncul lagi depan mata Papa. Papa hanya akan jalankan tanggungjawab Papa sebagai wali. Lepas tu, Ija akan jadi tanggungjawab lelaki tu. Papa dah tak nak masuk campur lagi, " tegas Papa.

Aku tergamam. "Pa... "

"Abang, fikir dulu. Kita tak tahu Ija salah atau tak. Kasihankan Ija, bang. " celah Mama.

Papa mendengus. "Ini jalan yang dia pilih, kan? Jadi, biarlah dia ikut jalan ni. Abang hanya akan jadi wali saja. Lepas tu, nak jadi apa pun jadi lah. "

Amirul turut terkedu. Sungguh dia tidak menginginkan semua ini berlaku. Jauh di sudut hati, dia berasa simpati. Sekurang-kurangnya ibu bapanya masih mahu bertolak ansur. Tidak seperti ibu bapaku yang terus menghukum.

"Saya akan kahwin dengan Nuriez, " tiba-tiba Amirul bersuara.

Kau dah gila, Amirul! Wardah macam mana? Ah, pedulikan!

Terbeliak besar mataku mendengar kata-kata Amirul. Terus aku menoleh memandang lelaki itu. Kahwin?!

"Baik. Kalau itu yang kau mahu. Aku takkan halang, " ujar Papa.

"Papa! "

"Ini yang Ija nak, bukan? Sekarang kahwin lah lelaki tak guna tu. Papa tak perlukan anak yang dah memalukan keluarga macam Ija. "

"Encik, bawa bersabar. Saya setuju untuk kahwinkan mereka. Tapi, kalau boleh biarlah beradat Melayu. " celah Akbar.

Dahi Mama berkerut. "Maksudnya? "

"Kami akan ke rumah Encik Nazmie untuk meminang Nuriez. Bertunang tiga hari dan kemudian bernikah. " Raudah tersenyum.

***

"Aku terima nikahnya Nuriez Zulhijjah binti Nazmie dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai, "

"Sah? "

"Sah, "

"Alhamdulillah, "

Terketar-ketar tanganku mahu menadah tangan. Segalanya berlaku dengan pantas. Hinggakan aku tiada ruang untuk bernafas biarpun sejenak.

Kini aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidupku. Hanya berjumpa tiga kali dalam masa beberapa minit dan tiba-tiba bernikah dengan cara begini.

Aku mengerling Mama yang sedang menyeka air matanya. Tangannya aku genggam lembut.

"Mama... "

"Mama tahu anak Mama tak salah. Mama... tahu, "

Aku tersenyum hambar. "Tak apa, Ma. Ija nak minta maaf sebab Ija dah malukan keluarga kita. Ija minta maaf sangat-sangat, "

Mama lantas memelukku erat. "Mama yang patut minta maaf sebab dah paksa Ija buat semua ni. "

"Sekarang, kau bukan lagi tanggungjawab aku. Kemas barang kau dan berambus dari sini. "

Mama terus meleraikan pelukannya. Dia menoleh ke belakang. Serta-merta tangannya naik menyeka air mata.

"Apa Abang cakap ni? "

"Kita dah bincang benda ni empat hari lepas, Aini. Buat apa nak simpan lagi anak tak guna macam dia ni? " cemuh Papa.

Hatiku terhiris mendengar kata-kata Papa. Sungguh aku rasa terhina. Papa benar-benar sudah tidak menganggap aku anaknya lagi.

"Ija... pergi kemas barang ya? Nanti Mama tunggu, " Mama tersenyum.

Aku mengangguk laju.

***

Aku meletakkan beg pakaianku ke dalam bonet kereta milik Amirul. Semua pakaian aku bawa tanpa tinggalkan walau sedikitpun. Papa sudah memberi amaran padaku agar jangan meninggalkan jejak bahawa aku pernah tinggal di rumah ini.

Pernikahan aku dan Amirul ala kadar saja. Tiga hari sudah cukup membuat persiapan ringkas. Baju pengantin yang aku sarung ini pun dibeli di saat-saat akhir. Duit simpananku juga lah yang terpaksa keluar.
Nikah koboi lah katakan.

Tiada berbalas dulang hantaran. Jujur, aku terkilan. Selama ini aku mengharapkan hari paling penting dalam hidupku akan menjadi hari yang paling menggembirakan. Sudahnya begini pula jadinya.

Teringat pula aku pada Abang Naem. Abangku tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri kursus di Perlis. Aku tidak mahu menyebabkan fokusnya terganggu dengan masalah yang aku timbulkan.

"Ija, "

Tubuhku terus menjadi kaku. Aku tidak berani mahu berpaling. Aku cukup kenal suara itu.

"Ija, "

Aku mendengus. Seraya itu aku berpaling. "Awak nak apa? "

"Awak sengaja kan buat macam ni sebab tak kahwin dengan saya? Cara terkutuk ni juga awak gunakan. "

Aku menjegilkan mata memandang Aniq. "Apa masalah awak ni? "

"Masalah saya? Awak yang bermasalah. Awak sedar tak awak dah malukan keluarga awak? "

Aku tersenyum sinis. Kata-kata Aniq kedengaran sungguh melucukan. Tiba-tiba saja aku terasa mahu ketawa.

"Saya yang memalukan ke awak yang memalukan? Awak nak saya bagitahu Ibu Ayah awak pasal perangai sebenar awak? "

Raut wajah Aniq berubah. Seraya itu tangan diangkat separas bahu ingin menampar.

"Hoi! "

Aniq menoleh. Terus dia mendengus. Lelaki ni lagi!

"Kau buat apa ni? Nak pukul dia lagi? " giat Amirul.

"Itu bukan hal kau. Tak ada kena mengena dengan kau, "

"Dia isteri aku. Mestilah ada kena mengena dengan aku. " tegas Amirul.

"Kau tak malu jadi lelaki dayus? Kau tahu tak kau ni memalukan kaum lelaki? " sambung Amirul lagi.

Aku terlopong mendengar kata-kata Amirul. Terus aku memandang Aniq yang sudah berwajah kelat. Aku menelan air liur. Habislah jika Aniq rasa tercabar.

"Okay, fine. Kita tengok, sejauh mana kau boleh bahagia. "

Aniq mendengus kasar sebelum berlalu pergi. Hatiku tiba-tiba diserang resah mendengar kata-kata Aniq.

***

Amirul mengerling aku yang sudah terlena. Kemudian dia melepaskan satu keluhan berat. Dia perlukan masa untuk menerima hakikat yang kini dia sudah bergelar seorang suami.

Tapi, sampai bila?

Dia perlukan sesuatu untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Dia harus mencari bukti itu dengan segera. Fikirannya benar-benar bercelaru. Sudahlah dia tiba-tiba menjadi seorang suami.

"Kalau betul Mirul dah tak cintakan Wardah, bagitahu Wardah. Bukan buat Wardah macam ni. Hati Wardah sakit, Mirul. Sakit sangat-sangat, "

Kata-kata Wardah semasa di majlis pernikahan tadi masih berlegar-legar di ingatan. Wajah sugul itu benar-benar membuatkan dia serba salah. Amirul meraup wajahnya.

Ah, serabutnya!

Amirul kemudian menggosok tengkuknya pula. Dia mendengus kasar. Kemudian dia mengerling aku yang masih lena.

"Apa sebenarnya hikmah sebalik semua ni? "

***

"Masuk lah cepat! Tercegat apa lagi?! "

Terhenjut bahuku dek suara Amirul melengking tinggi. Terus aku menarik masuk beg pakaianku masuk ke dalam rumahnya. Mataku melilau memandang sekeliling rumah.

"Kalau dah puas scan, pergi masuk bilik kau kat hujung sana. " Amirul menuding jari ke satu arah.

Serta-merta dahiku berkerut. "Bilik saya? "

Amirul tiba-tiba melangkah mendekati aku. Perlahan-lahan aku mengundur hingga akhirnya tersandar pada dinding. Mata Amirul memandang tajam tepat ke wajahku. Aku menelan air liur.

Pahit.

"Kau dengar sini baik-baik, "

Jantung semakin lama semakin laju mengepam darah. Pandangan tajam Amirul membuatkan aku kecut perut. Tangannya mendarat mencengkam kedua bahuku.

"Kau hanya isteri yang aku ikat dengan lafaz akad dan satu hari nanti aku ceraikan dengan lafaz talak. Takkan lebih dari tu dan takkan kurang dari tu. Ingat tu, "

Aku tergamam. Otakku mula mencerna kata-kata Amirul. Lelaki itu pasti bencikan aku. Kalau tidak kerana aku, semua ini pasti takkan terjadi.

Amirul mendengus kasar sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat sehingga terdengar di segenap ruang rumah. Bahuku terhenjut lagi.

Aku masih tergamam. Kata-kata Amirul benar-benar menikam hatiku. Rasa terhiris.

Tu dia... hmm.. lepas ni era kekejaman Amirul bakal bermula. Haih... runsing!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience