BAB 9

Romance Completed 29369

"Wardah? Buat apa kat sini? " soal Amirul.

Aku pantas menoleh. Aku sendiri mendengar nada suara Amirul agak tinggi. Wajahnya juga tampak tegang seolah menahan amarah yang berkecamuk dalam diri.

"Wardah ternampak Mirul dekat sini. Jadi, Wardah masuk nak tegur Mirul. "

Amirul ketawa sinis. Tangan kanannya naik menggaru kening. Entah mengapa kata-kata Wardah kedengaran sungguh melucukan.

"Ternampak atau memang Wardah ikut Mirul? Ingat Mirul tak nampak kereta Wardah masa Mirul nak datang sini? "

Aku tergamam. Aku sendiri mati akal memikirkan mengapa dinginnya Amirul melayan wanita itu. Sudahlah aku terkandas di tengah-tengah suasana tegang ini.

"Memang Wardah ikut Mirul. Tapi, percaya lah. Wardah nak jumpa Mirul sebab Wardah nak explain semua benda dekat Mirul. "

Amirul merengus. Serta-merta dia berdiri. "Explain apa lagi?! Tak cukup Wardah dah buat Mirul macam ni?! " tengkingnya.

Aku terus menoleh memandang wanita yang dipanggil Wardah itu. Seperti mana aku, wanita itu juga tampak terkejut dengan Amirul yang menengkingnya tadi.

"Mi... Mirul... "

"Sudah lah. Tak payah nak tunjuk baik depan Mirul. Selama ni, Mirul percaya Wardah. Tapi, apa Wardah buat? Wardah tipu Mirul hidup-hidup. Mirul rasa bodoh sangat sebab percaya Wardah! "

Entah mengapa, aku berasa kasihan melihat Amirul yang sedaya-upaya menahan perasaan biarpun aku sendiri tidak tahu perkara yang terjadi antara mereka. Matanya jelas memancarkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan.

"Nuriez, kita balik. "

Amirul terus menarik tangan aku lalu melangkah keluar dari restoran makanan segera itu. Aku terpinga-pinga. Sempat aku mengerling Wardah yang kelihatan sudah mengalirkan air mata.

"Awak... Wardah.. dia... "

"Tak payah peduli pasal dia! "

Aku menelan air liur. Jikalau sudah keluar arahan Khmer Rouge ini, aku tidak mampu membantah hatta berkata apa-apa. Hanya mampu turutkan saja.

***

Sejak tadi aku asyik memikirkan Amirul. Risau pula aku jadinya. Sepanjang perjalanan dia menghantar aku kembali ke tempat kerja, dia hanya mendiamkan diri.

Memang kebiasaannya Amirul mendiamkan diri. Namun, tengah hari tadi diamnya Amirul tidak sama seperti selalu. Seolah Amirul memendam sesuatu yang berat.

"Kau lap ke termenung? " tegur Shuda.

Aku mengeluh panjang. Kain mikrofiber yang aku gunakan untuk mengelap lensa kamera tadi aku letak atas meja. Aku mengalihkan pandangan memandang Shuda yang sudah duduk di kerusi kosong sebelahku.

"Ada masalah, cerita. Jangan diam aje. Berbuih dah mulut aku dengan Muizah ni asyik cakap benda sama. Masalah ni, kita kena luah. Kalau kita pendam, nanti masalah tu yang akan makan kita balik. "

"Aku tahu lah. Tapi ni bukan masalah aku. Masalah Amirul, "

Dahi Shuda berkerut. "Masalah Amirul? Masalah apa? "

Terus aku meletakkan lensa kamera tadi ke atas meja. Aku memusing kerusi menghadap Shuda. Lantas aku berdehem beberapa kali.

"Kau... kenal tak Wardah? "

"Wardah? "

Aku mengangguk laju. "Wardah lah. Kau dengar aku sebut apa? "

Shuda mencebik. "Dengar lah. Wardah. Aku macam pernah dengar nama Wardah tu. Siapa dia? "

"Tadi masa aku lunch dengan Mirul, ada seorang perempuan ni. Nama dia Wardah. Tapi Amirul macam tak suka dia, "

"Memang dia tak suka kalau orang nak mengurat dia. Dia dah kahwin, kan? Kau ni pun... "

Aku menggeleng. "Wardah tu bukan mengurat Amirul. Tapi dia asyik cakap nak explain something kat Amirul. Amirul pula tak nak dengar. Sudahnya Amirul tarik aku keluar, "

Shuda menyilang tangan. "Dah tu, tanya lah si Amirul tu siapa Wardah. Takkan lah dia tak nak bagitahu kau kut? "

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Bukan tak nak... tapi.. "

"Macam ni lah, Ija. Kau berhak untuk tahu masa silam dia seperti mana dia berhak untuk tahu masa silam kau. Tu aje aku mampu nasihatkan kau. Selebihnya, pada diri kau sendiri. "

Kata-kata Shuda ada betulnya. Namun aku keliru, bagaimana aku mahu menghilangkan rasa ingin tahu ini jika Amirul sendiri pun bertegas mahu memendam?

***

Aku mengerling Amirul yang sedang menjamah nasi bersama ikan bakar. Hatiku berbelah bahagi untuk membangkitkan isu tengah hari tadi. Risau kalau-kalau dia mengamuk seperti tempoh hari.

"Perempuan yang kau nampak tengah hari tadi tu nama dia Wardah, "

Terus aku memandang Amirul mahu menunduk merenung pinggan. Terkejut juga mendengar dia tiba-tiba bersuara.

"Oh... "

"Wardah bekas tunang aku, "

Kali ini aku benar-benar terkejut. Terasa seperti baru saja dipanah petir. Aku sendiri tidak sangka yang Wardah rupanya bekas tunangan Amirul. Sungguh mengejutkan.

"Oh.. Bekas tunang... "

Amirul akhirnya memberitahu juga hubungan dia dan Wardah. Aku tidak marahkan dia sama sekali jika dia mahu berahsia. Kalau dipendam sekali pun, untuk apa? Sengaja menambah luka dalam hati?

Jikalau Wardah bekas tunang Amirul, mengapa lelaki itu tidak berkahwin saja dengan Wardah? Mereka sama padan dan secocok. Malah jika dibandingkan, Wardah jauh lebih cantik berbanding aku. Entah mengapa aku terasa kerdil. Terasa seperti aku tidak layak di samping Amirul.

Tiba-tiba Amirul bangkit. Terus aku mendongak memandang Amirul dengan dahi berkerut.

"Dah habis makan? "

Amirul mengangguk. Kemudian dia berjalan ke sinki membawa pinggan di tangan. Pili air dibuka perlahan.

"Awak tinggal je dekat situ. Nanti saya tolong cucikan, "

Amirul mengangguk lagi. Lelaki itu kemudian membasuh tangan dengan gel pencuci tangan kemudian menutup pili air. Tangan dikeringkan dengan tuala kecil yang tergantung di almari kecil bawah sinki.

Mataku ralit memandang Amirul yang melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Aku mengeluh perlahan. Kata-kata Amirul tengah hari tadi bermain di fikiran.

"Selama ni, Mirul percaya Wardah. Tapi, apa Wardah buat? Wardah tipu Mirul hidup-hidup. Mirul rasa bodoh sangat sebab percaya Wardah! "

Tipu. Perkara apa agaknya yang menyebabkan Amirul begitu marah dengan Wardah? Apa yang pasti, dia sedang berperang dengan perasaan sendiri.

***

Masa berganti masa. Hari yang ditunggu-tunggu sudah menjelma. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengungkap rasa syukurku. Tidak cukup dengan hanya berkata-kata.

Alhamdulilah, perbicaraan siang tadi berjalan lancar. Aku dan Amirul berjalan mengemukan bukti dan garis masa aktiviti pada hari tersebut. Kehadiran Naem juga sedikit sebanyak meniupkan semangat buatku. Tidaklah jelas kelihatan yang aku dibuang keluarga.

Ibu bapa Amirul juga turut sama memberika semangat. Bertuah sungguh Amirul kerana dikurniakan ibu bapa yang begitu baik dan memahami.

"Nuriez, hujung minggu nanti balik lah rumah Umi dengan Ayah. Bermalam sekali. Lepas tu boleh berkenalan dengan adik Rauf. " ujar Umi.

Aku mengangguk faham. "Insha Allah, Umi. "

Aku pada mulanya terkejut setelah mengetahui bahawa Amirul mempunyai seorang adik. Mungkin disebabkan gayanya seperti seorang anak tunggal. Padanlah dia seorang yang tegas. Anak sulung rupanya.

"Eh, dah lewat ni. Ayah dengan Umi balik dulu lah ya? Jaga diri elok-elok, " pesan Ayah.

Aku mengangguk faham. Lantas aku bersalaman dengan ibu bapa mertuaku setelah Amirul menyalami ibu bapanya.

"Ingat ya, Rauf. Jaga isteri kamu ni baik-baik, "

Amirul mengangguk faham. "Baik, Umi. Pesan kat Ayah, hati-hati drive. "

"Ya lah, "

Amirul tersenyum. Buat seketika aku terkesima. Pertama kali aku melihat senyumannya yang tampak begitu ikhlas.

"Haa...! "

Bahu Amirul terhenjut tatkala abangku tiba-tiba menepuk bahunya begitu kuat. Aku sendiri pun turut sama terkejut. Amirul menoleh memandang Naem yang sedang tersengih padanya.

"Abang dah nak balik ni. Jangan lupa, jaga-jaga adik Abang ni elok-elok. Kalau tak... " terus Naem membuat isyarat sembelih leher pada Amirul.

Aku mengerling Amirul yang sudah ketakutan. Lantas aku menampar bahu Naem. "Abang ni... "

"Alaa Ija ni. Abang gurau aje. Takkan dengan adik ipar sendiri tak boleh bergurau kut? " giat Naem.

"Memang lah boleh. Tapi tak payah lah kasar sangat, "

Naem tersengih. "Ceh. Bukan main lagi protect suami, "

Mendegar kata-kata Naem membuatkan mulutku automatik terkunci. Abangku itu jika sudah mula menyakat, sesiapa saja jadi mangsanya.

"Amirul, sini kejap. " panggil Naem.

Dahiku berkerut memandang Amirul dan Naem. Mahu berbual pun sembunyi-sembunyi. Entah apa yang dibualkan aku pun tidak dapat meneka.

"Ada apa, bang? " soal Amirul.

Wajah Naem terus berubah kelat. Senyuman yang tadi menghiasi bibir mati begitu saja. Sempat dia mengerling memandang aku yang sedang duduk di bangku.

"Kau dengar apa aku nak cakap ni baik-baik, "

Amirul menelan air yang terasa pahit. Laju dia mengangguk. Wajah tegang Naem benar-benar membuatkan dia kecut perut.

"Aku nak kau jaga adik aku elok-elok. Kalau aku tahu kau sakitkan walau sedikit pun, aku takkan teragak-agak untuk... " Naem membuat isyarat sembelih leher.

Amirul tersenyum kelat. "Baik, bang. "

"Kau ingat aku main-main? Aku cakap, aku buat. "

"Ta... tak. Mirul tak main-main. Mirul dengar.. "

"Bagus, "

Naem berpaling lalu melangkah menghampiriku yang sedang duduk di bangku taman. Amirul terus menghela nafas lega. Kata-kata berbaur amaran Naem melekat kuat dalam fikiran.

"Ija, Abang balik dulu lah eh? Nanti ada masa kita jumpa. Makan dekat kedai favourite Ija. Ajak Amirul sekali, "

Aku mengangguk. "Insha Allah, "

Naem tersenyum sambil mengusap kepalaku. "Take care, "

"Abang pun, "

Aku melambai kecil kepada Naem yang sudah masuk ke dalam keretanya. Kereta kepunyaan abangku itu beransur-ansur keluar ke jalan besar. Aku menoleh memandang Amirul.

Melihatkan dia yang dari tadi hanya mendiamkan diri mengundang tanda tanya. Dahiku berkerut.

"Awak... tak sihat ke? " soalku.

Amirul laju menggeleng. "Mana ada. Sihat je. Jom, balik. "

Aku hanya mengangguk akur. Lantas aku mengekori langkahnya menuju ke arah kereta Amirul. Entah apa yang dibualkan Naem dan Amirul tadi. Hingga membuatkan aku rasa tertanya-tanya.

sentap amirul.... hahahah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience