BAB 35

Romance Completed 29336

"Isteri Encik dalam keadaan baik. Anak Encik pun dalam keadaan yang baik. Pendarahan macam ni memang kadang-kadang berlaku disebabkan rahim yang lemah. "

"Ha.. habis tu, macam mana, doktor? "

"Encik jangan risau. Buat masa ni isteri Encik harus dipantau di wad untuk saya buat pemeriksaan lanjut. Saya sangat sarankan supaya isteri Encik jangan buat kerja-kerja berat. Memang bahaya, "

Amirul mengeluh panjang. Wajahku yang sedang lena ditatap dalam-dalam. Tanganku digenggam erat lalu dikucup lembut.

"A.. Abang? "

Perlahan-lahan aku membuka mata. Tak sampai sesaat aku menutup mata kembali dek sakit kepala yang menyerang.

"Kita dekat mana ni? "

"Kita dekat hospital. Don't worry. Abang dah call Mama dan Papa, "

"Ba.. baby kita macam mana? "

Amirul tersenyum. "Sayang, don't worry. Baby kita okay. Cuma Sayang kena tinggal dekat di sini dua tiga hari, "

"Kasihan Abang. Tak sempat pun makan, "

Makin lebar senyuman Amirul. Tanganku yang digenggam dia usap lembut. "Sempat lah.. Sayang tu yang tak sempat makan, "

"Sorry sebab buat Abang risau, "

Air mataku yang mengalir di pipi diseka Amirul. "Laa.. kenapa nangis ni? "

Aku mengetap bibir "Sayang banyak menyusahkan Abang..."

"Ya Allah, kenapa cakap macam tu? Ini semua dugaan. Dah, dah. Sayang rehat dulu eh? "

Aku mengangguk perlahan. Lantas Amirul menarik selimut sehingga ke paras leherku. Kepalaku diusap lembut.

Sungguh Amirul rasa bersalah. Wanita kesayangannya terlantar begini demi mahu mengandungkan zuriatnya.

"Sayang rest tau? Tidur aje. Nanti Abang kejutkan, "

"Hmm, "

***

"Ija! "

Amirul pantas menoleh ke belakang. Wajah risau Mama menjamu pandangan. Seraya itu Mama melangkah ke arahku.

"Ya Allah, Ija. Ija okay, Sayang? " soal Mama.

Lambat-lambat aku mengangguk.

Mama mengeluh perlahan. Kemudian Mama mengerling Amirul. "Doktor kata apa, Mirul? "

"Ija kena rest. Tak boleh buat kerja-kerja berat, "

Mama mengetap bibir. Aku tahu Mama sedih. Dari raut wajahnya saja sudah cukup menggambarkan segalanya.

"Umi mana, Amirul? "

"Umi teman Ayah pergi sarapan, "

Mama mengangguk faham. "Oh.. Amirul dah solat Subuh? "

Amirul tersenyum kelat. Lambat-lambat dia menggeleng.

"Amirul pergi solat dulu. Ija biar Mama jagakan. Kasihan Amirul dari semalam lagi jaga Ija, "

Pantas Amirul memandangku. Aku hanya tersenyum nipis sebagai isyarat. Aku tahu dia berat hati mahu meninggalkan aku sendirian.

Amirul lantas melangkah longlai keluar dari wad. Rambutnya kusut setelah semalaman menemaniku.

***

Shuda pantas berpatah balik. Dari jauh dia sudah lihat kelibat Ezwan sedang melangkah. Sudah semestinya ingin melawat Nuriez.

Shuda mengetap bibir. "Aish... kenapa dia ada kat sini?! "

"Hoi, hoi. Kau apa hal ni? " Muizah menepuk bahu Shuda.

Shuda menggeleng laju. Tangannya yang mahu memulas tombol pintu wad dihalang Muizah.

"Aik, kata tadi nak pergi kedai? Ni tak jadi pula? "

"Ah, kedai tu tak lari mana lah! "

Tangan Muizah ditepis. Laju saja Shuda memulas tombol pintu lalu meluru masuk ke dalam tandas sekaligus mengundang kerutan di dahi Muizah.

"Meroyan ke apa? Macam nampak hantu, "

Muizah memandang sekeliling. Ya lah, mana tahu kalau ada hantu betul. Namun senyuman tiba-tiba muncul tatkala matanya tertancap pada kelibat Ezwan yang sedang melangkah.

"Oh.. itu lah 'hantu'nya ya? "

***

"Kau cari siapa? " soal Amirul dengan dahi berkerut.

Pelik melihat Ezwan dari tadi menjengulkan kepala melihat sekeliling. Seolah mencari sesuatu.

"Tak ada. Just.. cantik wad ni, " ujar Ezwan coverline.

Aku dan Amirul berpandangan. Masing-masing tahan ketawa. Geli hati melihat Ezwan yang terang-terang tidak pandai menipu.

"Shuda tak ada. Hari ni dia ada outdoor photoshoot, "

Pantas Ezwan menoleh. "Dekat mana? "

"Uish, sabar, Wan. Jangan gelojoh sangat, " usik Amirul.

Ezwan mencebik. "Mana ada. Memandai je kau. By the way, Danish dengan wife dia datang esok. Hari ni ada hal, "

"Ohoi.. muka cemberut ke tu? " usik Amirul.

Pantas aku menyiku Amirul. Sengaja aku menjegilkan mata padanya. Namun Amirul buat derk saja. Suka sangat mengusik orang!

"Dah lah, Mirul. Aku balik dulu lah. Ada hal kat office. Er... get well soon, Nuriez. Bye, "

"Thanks, " ucapku.

Ezwan tersenyum nipis. Lekas-lekas dia memulas tombol pintu. Lantas dia melangkah keluar dari wad.

"Itulah solusi terakhir orang kalau tak pandai menipu, lari. " seloroh Amirul.

Aku tahan ketawa. "Ish, tak baik lah. "

***

Aniq memerhati sekeliling. Kemudian dia mengerling jam tangannya. Dia mendengus geram.

"Mana pula dia orang ni? "

Sudah hampir 20 minit dia menunggu. Jam pun sudah menunjukkan angka 9. Mana pula Ija dan Amirul ni?

"Ke.. dia orang cuti? Haish..! "

Stereng kereta menjadi mangsa pukulannya. Aniq bersandar di kerusi kereta. Wajahnya diraup lantas dia mengurut pelipis.

Pintu kereta dia buka lalu dia melangkag keluar. Matanya melilau lagi memerhati sekeliling.

"Biar betul? Dah pukul 9 ni kut? "

"Kau buat apa kat sini? "

Suara garau yang menengur Aniq dengan nada yang sedikit tinggi itu membuatkan Aniq mula tidak senang duduk. Dia berkira-kira mahu menoleh atau tidak.

"Hoi, aku tanya ni. Kau buat apa dekat sini? "

Aniq mengetap bibir. Tiada pilihan lain selain bersemuka sendiri dengan empunya suara itu.

"Actually.. "

Aniq ni kan, jangan sampai ada juga kena baling dengan lesung nanti.. tak habis-habis.. hahahha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience