BAB 15

Romance Completed 29369

"Abang! "

Naem menoleh. Serta-merta dia melangkah laju mendekatiku. Wajahnya tampak cemas.

"Papa macam mana? "

"Sabar.. kita duduk dulu.. "

Aku menggeleng. "No! Papa mana?! "

"Ija, Papa okay. Relax... Papa okay, "

"Dah tu, kenapa sampai masuk hospital? " soalku tidak puas hati.

"Nuriez, kan Naem kata Papa okay? Calm down.. " pujuk Amirul.

Aku memejam mata. Aku cuba mengatur nafas. Ya, aku perlu bertenang. Tiada guna pun jika aku cemas dan panik.

"Okay... Papa is fine. Cuma low blood pressure aje. " ujar Naem.

Dahiku berkerut. "Low blood pressure? Kenapa pula? "

Naem menggigit bibir. Serba salah dia mahu menceritakan hal sebenar. Dia tersenyum kelat.

"Abang...? "

"Yeah, yeah. Fine. Abang gaduh dengan Papa. Lepas tu, Papa pitam. "

Terbeliak besar mataku. Automatik tanganku menampar bahu Naem. Sanggupnya Naem bergaduh dengan Papa?

"Abang ni! "

Naem sekadar beriak selamba. Dia mengerling Amirul. Sempat dia membuat isyarat mata.

"Papa mana? " soal Amirul.

"Ada dekat dalam wad dengan Mama. Kalau kau dengan Ija nak jumpa Papa, pergi lah. Takut pula aku dekat-dekat dengan gunung berapi bergerak ni. " seloroh Naem.

Aku menjeling tajam ke arah Naem. Gunung berapi bergerak? Wah, memang tidak sayang nyawa nampaknya.

"Eh, eh... tajamnya mata tu. Nak minta kena cungkil ke? Jom, jom. Kita jumpa Papa. Relax.. jangan marah-marah. "

Lantas Amirul menolak tubuhku menghala ke bilik wad tempat Papa dirawat. Aku mencebik. Selamat Naem hari ini.

***

"One, two, three! "

"Okay, one more! "

"One, two, three! "

Shuda tersenyum memandang skrin kamera DSLR miliknya. Dia berpuas hati dengan penggambaran hari ini. Semua pihak memberikan kerjasama yang baik.

"Shu, "

Shuda memandang sekilas Nina yang sedang berdiri di belakangnya. "Ada apa? "

"Mana gambar wedding client yang Encik Razak minta kau edit tu? " soal Nina.

"Ada je dekat meja aku. Dah siap pun. Kenapa? "

"Dia nak jumpa kau, "

"Siapa? " dahi Shuda berkerut.

"Alah... kau ni buat-buat lupa pula. Encik Danish tu lah. "

Shuda jongket kening. "Gambar wedding tu? "

Nina ketawa kecil. "Iya.. Tak payah nak jongket kening sangat. Baik kau pergi sebelum gaji kau kena tolak, "

Serta-merta Shuda bangkit. Sempat dia menjelirkan lidah pada Nina. Apa punya orang lah Nina ni. Sengaja nak takutkan aku!

Shuda melangkah keluar dari set penggambaran. Kemudian dia melangkah ke ruang santai di tepi pantry. Satu ruang khas untuk klien duduk dan menikmati kopi sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur melalui tingkap kaca besar.

"Encik Danish eh? " tegur Shuda.

Lelaki yang sedang duduk membelakangi Shuda itu bangkit lalu menoleh. Tidak menjawab dan tidak pula berkata apa-apa. Hanya diam seolah tugu.

"Gambar wedding Encik hari tu kami dah siap edit dan bingkaikan. Payment hari tu dah settle semua. Jadi tinggal nak ambil aje. " ujar Shuda sambil matanya ralit meneliti tablet yang merekodkan butiran pesanan pelanggan.

"So, Encik boleh tengok lah dulu. Kalau ada apa-apa yang kurang berpuas hati, Encik boleh inform saya. "

Shuda tersenyum. Beberapa saat saja senyumannya mati. Tiba-tiba dahinya berkerut. Apa masalah mamat ni? Dari tadi diam.

"Encik? "

"Bidadari kayangan, "

Makin berkerut dahi Shuda. "Apa dia? "

***

"Betul ke nak masuk ni? "

Amirul jongket kening. "Ai, tadi beriya nak datang sini. Dah lah baru sampai rumah. Tak sempat salin baju pun. Ini dah sampai tak nak masuk pula? "

Aku menundukkan kepala. "Tapi.. Papa mesti marahkan saya lagi... "

"Nuriez.. "

Tangan Amirul mencengkam lembut kedua bahuku. Seraya itu aku mendongak. Amirul merenung wajahku dalam-dalam.

"Listen. Papa marahkan awak atau tak, itu tak penting. Yang penting kita datang sini nak melawat dia. Okay? "

Aku tersenyum hambar. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Kata-kata Amirul ada benarnya juga.

"Jom, "

Aku memerhati saja Amirul menolak pintu wad. Tidak semena-mena jantungku berdegup kencang. Entah mengapa rasa gemuruh tiba-tiba.

Sebaik saja pintu dibuka, mataku dijamu dengan Papa yang sedang baring di atas katil. Barangkali sedang tidur. Mama pula duduk di atas kerusi di sisi katil.

"Ma... "

Mama menoleh. Matanya terbeliak besar. Seraya itu dia bangkit lalu menerpa ke arahku. Mama memelukku erat. Air mataku mula mengalir.

"Ya Allah... rindunya Mama dengan Ija. Ija sihat, Sayang? "

Aku mengangguk laju. "Mama sihat? "

Mama tersenyum sambil tangannya menyeka air mataku. Perlahan-lahan dia mengangguk. "Sihat, "

"Ma, Ija tak boleh lama. Nanti Papa bangun, Ija kena marah pula. "

"Ija.. jangan balik dulu. Mama rindu Ija sangat-sangat. Peduli lah Papa nak marah ke apa pun. Ija duduk sini ya, Sayang? "

Aku tersenyum hambar. Lambat-lambat aku menggeleng. "Tak boleh, Ma. Nanti ada masa kita jumpa lagi, "

Mama menggeleng. "Ija.. "

Aku mengenggam tangan Mama erat. "Ma, Ija okay. Nanti Ija datang lagi. "

Berat hatiku mahu meninggalkan Mama sendirian. Namun aku tiada pilihan lain. Risau jika aku mengeruhkan lagi keadaan.

"Ija balik dulu ya? "

Aku menyalami tangan Mama. Kemudian Amirul pula menyalami tangan Mama. Aku tersenyum nipis.

"Take care tau, Ma. Nanti kalau ada masa, Ija call Mama. "

Aku berpaling lalu melangkah longlai mendekati pintu wad. Aku menghela nafas yang terasa berat.

"Ija, "

Pantas aku menoleh. "Papa.. "

***

"Papa nak minta maaf dekat Ija dengan Amirul. Papa silap sebab tak selidik dulu. Kalau Papa tahu yang Ija tak kenal pun Amirul malam tu, Papa takkan paksa Ija kahwin dengan Amirul. "

Aku tersenyum. "Tak apa, Pa. Dah jodoh Ija dengan Mirul. "

"Ija okay dengan Amirul? " soal Papa.

Aku mengangguk dengan senyuman masih tidak lekang di bibir.

"Lega hati Papa dengar. Ija tinggal dekat rumah siapa sekarang? " soal Papa lagi.

"Rumah Amirul, Pa. " jawabku.

Hatiku lega. Tidak terkata betapa syukurnya aku rasa kini. Allah sudah memakbulkan doaku sejak sekian lama. Kini hanya aku dan Papa saja yang berbual di dalam wad. Amirul pula ke kafetaria bersama abangku.

"Ija.. kalau Ija nak, Papa nak buat majlis sanding untuk Ija. Ija satu-satunya anak perempuan Papa. Jadi, kalau boleh Papa nak raikan anak Papa yang cantik ni. "

Aku mengangguk setuju. "Boleh, Pa. "

Papa menguntum senyum. "Oh, ya. Nanti kalau Papa dah discharge, Ija balik rumah ya? "

Aku tersenyum. "Insha Allah, Pa. "

yeayyyy... papa dan ija dah berbaik.. wah nak bersanding pulak ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience