BAB 10

Romance Completed 29369

Aku meneliti senarai barangan dapur yang perlu dibeli. Kemudian aku menoleh ke arah troli di belakangku. Aku merengus geram.

Amirul sengaja mahu membuli aku!

Bukannya barang dalam almari dapur benar-benar kosong hinggakan tiada apa yang tinggal. Malah masih penuh dan cukup sebagai bekalan hingga hujung bulan ini. Tidaklah sampai tahap kebulur pun.

"Garam? "

Dahiku berkerut tatkala melihat perkataan garam dalam senarai. Garam betul-betul habis atau Amirul yang main tulis? Dua paket garam dalam almari ke mana perginya? Dibuat mandi?

"Serabut lah aku si Amirul ni, "

"Ei.. tak baik mengeluh. Kalau dia dengar, kecil hati dia. " tegur Muizah.

Aku mencebik. "Biar dia dengar. Ada aku kisah? "

Tergeleng-geleng kepala Muizah sambil tersenyum. "Kau ni... dapat pahala tahu tak tolong suami? Cuba kau fikir, kenapa dia suruh kau beli barang dapur? Sebab dia tahu kau kalau lepas kerja suka melencong, "

"Eh, mana ada melencong. Kalau kau dengan Shu tak ajak aku jalan, mana aku nak ikut. "

Muizah mencekak pinggang. "Eleh... Boleh aje kan kalau kau cakap tak nak pergi? "

"Ya lah. Memang lah boleh. Tapi... "

"Haa.. dah terbukti kau yang ikut kita orang. Kita orang tak halang pun kalau kau tak nak ikut. "

Aku mencebik. "Ya lah, ya lah. Aku salah. Kau betul. "

Muizah tersenyum. "Alaa... jangan lah merajuk. Meh sini aku tengok list tu. Banyak lagi ke? "

Aku mendengus geram. "Banyaklah. Dia sengaja nak buli aku, "

"Eh.. mana ada buli. Dia memanfaatkan bontot bisul kau yang tak reti duduk diam tu. " kutuk Muizah.

Aku menjegilkan mata memandang Muizah. "Mana ada bisul! "

***

Aku menekan suis lampu ruang tamu. Kemudian aku melangkah ke bahagian ruang makan lalu aku letakkan beg berisi barangan dapur di tepi meja makan.

Aku melangkah pula ke ruang tamu. Lantas aku merebahkan diri sambil merehatkan badan di atas sofa. Mata aku pejam rapat. Aku mengeluh perlahan.

Sudah dua hari Amirul tiada di rumah atas urusan kerja. Sunyi pula rasanya. Kebiasaannya rumah ini pasti riuh dengan suara aku dan Amirul yang saling berperang mulut.

Aku tersenyum sendiri. Tiba-tiba pula aku terasa rindu pada Amirul. Aku mula merindukan wajahnya yang tanpa ekspresi itu. Tidak lupa juga pada suaranya yang mampu menggegar segenap ruang rumah ini.

Tiba-tiba telefon berbunyi. Ada mesej masuk barangkali. Tanganku perlahan-lahan mencapai telefon di atas meja kopi.

'Dah beli barang?' -Khmer Rauf.

Makin lebar senyumanku tatkala membaca mesej dari Amirul. Sudah membeli barang atau sudah sampai di rumah? Jari-jemariku kemudian mula menaip mesej balas.

'Dah.'

'Jangan lupa masak. Nanti tak habis pula barang-barang tu.' -Khmer Rauf.

Aku mencebik. Jangan lupa untuk memasak atau jangan lupa untuk makan? Lagipun, untuk apa aku memasak seperti orang mahu membuat kenduri besar jika aku seorang saja yang akan makan?

'Baik, Encik Amirul.'

'Tak payah nak berencik sangat. Pagi esok aku dah sampai.' -Khmer Rauf.

Aku mengerdipkan mata. Mesej dari Amirul itu aku baca beberapa kali. Sah, ini bukan mimpi. Amirul akan pulang esok hari. Entah mengapa aku rasa teruja.

'Kalau macam tu, drive elok-elok.'

'Hmm..' -Khmer Rauf.

Telefon aku letak di atas meja kopi. Terus aku bangkit lalu melangkah ke ruang makan. Entah apa yang merasuk badan hingga aku jadi teruja tiba-tiba.

***

Amirul melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah longlai. Seluruh badan terasa sakit akibat memandu terlalu lama tanpa singgah di mana-mana. Dia duduk sebentar di atas sofa sebelum melangkah mendekati sebuah pintu.

Tombol pintu berwarna krim itu dipulas perlahan. Terbuka. Terus bibirnya mengukir senyuman. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati aku yang sudah terlena.

Dia duduk di birai katil sambil matanya ralit merenung wajahku. Tangan perlahan-lahan naik mengelus lembut pipiku. Amirul tersenyum.

"Nuriez... "

Spontan tanganku naik menggaru pipi yang terasa gatal. Aku mendengus perlahan. Makin lebar senyuman Amirul. Kemudian dia mencuit pula hidungku.

"Nuriez... "

"Hmm... "

"Nuriez... "

"Ish... apa? Serabut lah nyamuk ni! " marahku.

Amirul tahan ketawa. Dia mengemam bibir. Tangannya kemudian menampar-nampar pipiku lembut.

"Nuriez... "

Tangan yang dari tadi sibuk menampar pipiku itu aku tepis kasar. Serta-merta aku membuka mata lalu duduk tegak. Terbeliak mataku melihat Amirul yang sedang duduk di birai katil. Terus aku memisat mata tidak percaya.

Entitikah ini?

"A.. a... ni betul-betul awak ke? " soalku.

Terkejut pula aku jadinya melihat Amirul tiba-tiba ada di depan mata. Setahu aku, dia pulang keesokan harinya. Jangan-jangan aku saja yang bermimpi.

Lantas aku menampar pipi. Sakit, maknanya aku tidak bermimpi. Memang benar Amirul ada di depan mataku.

"Eh, eh. Main tampar muka pula dia. Baru dua hari tak jumpa. Takkan lah dah lupa muka aku? Kejam sangat kau ni, "

"Tapi... bukan awak kata esok pagi ke? "

"Memang lah. Cuba kau tengok jam tu, "

Aku mengerling jam telefon. Pukul satu pagi. Dahiku berkerut. Terus aku memandang Amirul.

"Satu pagi? Tapi awak kata esok.. "

"Satu pagi pun tetap pagi. Dah lepas pukul dua belas tengah malam. Dah esok lah ni, "

"Tapi.. tapi... "

"Dah, dah. Aku lapar ni. Lauk semalam kau masak ada lagi? "

Aku menggigit bibir. Lambat-lambat aku menggeleng. "Tak ada, "

"Laa.. bukan aku suruh kau masak banyak ke? Habis tu malam tadi kau makan apa? "

"Maggie, "

"Maggie?! Ish, kalau aku tahu macam ni baik aku balik rumah minggu depan je. "

Amirul lantas bangkit meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku kaku sebentar melihat Amirul yang sudah melangkah keluar dari bilik tidurku itu. Lantas aku bangkit dari katil lalu mengejar dia yang mahu melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Alaa... mana saya tahu awak balik pukul satu. Kalau awak cakap awal-awal, dah lama saya masak banyak macam kenduri. "

Amirul mengerling sekilas. "Perli aku lah tu? "

"Eh, mana ada. Jom, jom. Saya masakkan awak maggie. "

Lantas aku menarik Amirul ke ruang makan. Amirul mendengus perlahan. Mahu tidak mahu dia turutkan saja.

***

Dari tadi mataku tidak lepas-lepas dari merenung Amirul yang sedang menjamah maggie. Amirul senyap saja sedari tadi. Kekok pula suasana sunyi begini.

"Kenapa pandang macam tu? "

"Eh, mana ada saya pandang awak. Perasan, " aku mencebik.

"Ya lah tu.. "

Amirul menghirup sedikit kuah maggie dengan sudu. Buat seketika dia terpanar. Wah, minah ni masak maggie pun sedap.

"Nuriez, "

"Ya? "

"Hujung minggu nanti balik rumah Umi. Tidur kat sana, "

Dahiku berkerut. "Awak tak penat ke? "

"Esok aku cuti. Alang-alang lusa hari Jumaat, baik malam Sabtu gerak pergi rumah Umi. Minggu lepas mana sempat nak balik. Maklumlah, ada orang tu senggugut. "

Aku mengetap bibir. Tangan aku genggam membentuk penumbuk. Sempat pula dia menyelitkan sindiran.

Sengaja cari masalah lah tu!

"Nak kutuk, tak payah dalam hati. Kutuk aje depan-depan, "

Ya Allah... Sabar, Ija. Sabar.

"Mana ada saya kutuk! "

"Haa... haa... jerit jerit! "

"Ei... awak ni! "

Aku merengus geram. Lantas aku bangkit lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat tanda protes. Amirul menggeleng perlahan.

"Macam budak kecil. Nasib baik maggie kau ni sedap, "

ija merajuk hahahahah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience