BAB 3

Romance Completed 29370

Sudah hampir satu jam aku merenung siling putih kamar tidurku ini. Aku sendiri tidak tahu apa tujuannya dan apa yang menarik dengan siling putih ini untuk ditenung.

Berharap segala masalah akan hilang seperti meludah air liur. Kendatipun, jika diludah ke atas tetap juga turun ke bawah. Silap-silap datang semula kepada aku.

Aku mendepakan tangan. Satu keluhan berat aku lepaskan. Namun hampa, bebanan yang menghambat jiwa ini masih juga tidak hilang-hilang. Dari tadi fikiranku menerawang memikirkan peristiwa petang tadi.

Buat pertama kali dalam hidup aku menampar wajah Aniq. Perasaanku bercampur baur. Lama aku memandang tapak tanganku yang menampar wajah lelaki itu tadi.

Gembira? Ya kerana aku akhirnya berjaya mempertahankan diri sendiri. Marah? Tersangat lah marah kerana kata-katanya yang memaksa aku untuk berkasar. Takut? Memang aku takut. Takut jikalau Aniq memutarbelitkan cerita lalu mengadu pada Mama dan Papa.

Aku mengeluh lagi lalu meraup wajah. Rambut yang sudah sedia serabai, aku serabaikan lagi. Aku memejam mata. Fikiranku cukup serabut memikirkan kemungkinan yang Aniq akan mengadu kepada Mama dan Papa. Sudahnya nanti
aku juga yang dimarahi.

Perlukah aku memberi peluang lagi kepada Aniq? Perlukah aku teruskan pertunangan ini biarpun akhirnya aku yang menderita? Atau perlukah aku tamatkan semuanya dan mulakan hidup baru?

Sekali. Cuma sekali. Aku hanya mahu sekali sahaja berlaku keajaiban yang mampu mengubah hidupku, yang mampu
membuatkan aku tidak dijodohkan dengan lelaki dayus seperti Aniq Nubhan. Tolong, cuma sekali.

"Argh.... serabutnya...! "

Lantas aku menghidupkan lampu tidur. Selimut aku tarik menutupi tubuh sebelum memejam mata rapat. Aku perlu berehat secukupnya sebelum menempuh perjalanan beratus kilometer jauhnya keesokan hari.

***

Mahu jatuh rahangku melihat pemandangan landskap yang indah ini. Aku akui, sesiapa saja pasti akan terpaku dengan keindahan pemandangan ciptaan Allah ini.

"Macam mana? Nak stay sini satu hari lagi? " giat Shuda.

Aku mengangguk laju. "Mesti lah nak. Dah ada tour guide ni, boleh lah aku jalan-jalan. "

Sehari suntuk aku mengerah keringat melayan karenah klien yang terkadang membuatkan aku bengang. Mana tidaknya, sekejap itu tidak okay, sekejap ini tidak okay. Mujur aku masih waras untuk tidak membaling kamera kepada klien tersebut. Kalau tidak, buang duit aku saja membayar wang saman dan bil hospital.

Shuda tersenyum. "Aku nak bawa kau pergi satu tempat ni. Jom, "

Shuda menarik tanganku agar mengekorinya. Aku ikutkan saja. Kemudian Shuda berhenti melangkah. Dahiku berkerut memandang sebuah perigi besar sebelum aku memandang Shuda.

"Untuk? "

Shuda memetik jari. "Haa... ni aku nak cerita kat kau. Orang Cina cakap, kalau kita baling syiling dalam perigi ni, hajat kita akan tercapai. "

"Oh... "

Bagaikan dipukau, tanganku membuka beg tangan lalu mengeluarkan dompet. Duit syiling dua puluh aku keluarkan sebelum aku melempar duit syiling itu masuk ke dalam perigi.

Aku harap jodoh aku bukan Aniq. Amin.

"Hoi! " Terus Shuda menampar bahuku.

"Apa? "

"Mana boleh! Syirik! "

Aku menekup mulut. Aku langsung tidak sedar dengan tindakanku sendiri. Seolah dipukau. Tahu-tahu saja duit syiling itu sudah masuk ke dalam perigi.

"Ya Allah! Habis tu, macam mana ni? " soalku panik.

Shuda mengurut kepala. "Macam mana apa? Dah selamat masuk dalam tu. Tak apa lah, Ija. Nanti kau jangan lupa pula solat taubat, "

"Tapi... boleh kan aku masuk ambil balik? "

Shuda mencekak pinggang. "Hey! Kau jangan macam-macam. Jangan nak buat gila dekat sini. Apa-apa jadi dekat kau, aku yang kena tadah telinga kena bebel dengan Abang Naem, bukan kau! " bebel Shuda.

"Ya lah, ya lah. "

***

"Kau masuk dulu lah eh? Aku ada hal sikit. Sorry tak dapat teman kau, "

Aku mengangguk akur. Lama juga aku memandang Shuda yang seakan resah sambil menatap skrin telefon. Pasti dia punya urusan penting. Berat juga hatinya untuk membiarkan aku sendirian malam ini sedangkan dia sudah berjanji mahu menemaniku.

Aku menarik beg roda menuju ke arah lif. Tangan kananku sibuk mahu memasukkan kad akses ke dalam beg tangan. Tidak semena-mena aku terlanggar seorang pemuda lalu menyebabkan kad akses bilik hotelku terjatuh ke atas lantai.

"Ya Allah... Sorry, Encik. Saya tak perasan, "

Laju saja tanganku mencapai kad akses di hujung kasut lelaki itu. Lelaki itu pula mencapai kad akses di hujung pintu lif.

"It's okay. Salah saya juga sebab jalan tergopoh-gapah. "

Aku tersenyum lalu menggeleng perlahan. "Saya yang jalan tak tengok depan. "

Tangan kanan lelaki itu naik menggaru kepala yang tidak gatal. "Macam ni lah, apa kata saya belanja Cik sebagai pampasan kecuaian saya? " cadang lelaki itu.

Aku mengangguk. "Boleh, "

Lelaki itu tersenyum lebar sebelum mengeluarkan dompet dari saku seluarnya. Dia menghulurkan sekeping kad kepadaku.

"Kad saya. Apa-apa, call. "

Aku terkedu dengan mata masih tertancap pada kad itu. Lelaki itu hanya tersenyum nipis sebelum melangkah masuk ke dalam lif bersama beg pakaiannya.

"Ezwan... "

***

Ezwan melangkah masuk ke dalam bilik hotel itu sambil menarik beg bagasinya. Serta-merta dahinya berkerut melihatkan keadaan bilik itu yang gelap.

"Mirul? "

Diam.

"Mirul? "

Diam.

Ezwan merengus geram. Macam dia pula yang sudah dipermainkan oleh Amirul. Semalam katanya mahu menempah bilik untuk dua orang. Sekarang ini dia saja di sini.

Atau Amirul ke tempat lain?

Ezwan tiba-tiba tersedar sesuatu. Terus dia bangkit dari duduknya lalu menarik kad akses yang diletak dalam satu soket atas suis lampu kemudian dia mengeluarkan salinan tempahan bilik dalam talian. Terbeliak besar matanya.

"Salah kad! "

***

Pintu aku tolak perlahan dengan bahu sambil tangan sedaya-upaya mahu membawa masuk beg pakaian. Tidaklah berat mana cumanya fizikalku yang sedikit kecil ini membataskan kudrat.

Beg aku letak di sebelah almari kecil berhadapan dengan kaca televisyen. Hairan aku jadinya bila memikirkan masuk saja ke dalam bilik ini pendingin hawa dan lampu sudah sedia terpasang. Barangkali automatik terbuka tatkala aku melangkah masuk tadi.

Sweater aku tanggalkan lalu aku letak di atas beg sandang bersebelahan beg pakaian. Aku merebahkan badan di atas katil bagi menghilangkan segala rasa penat yang menyengat tubuh. Aku kerling jam tangan; 6:15 petang.

Belum sempat aku mahu memejam mata, tiba-tiba ada satu tangan naik ke atas wajahku. Serta-merta aku bangkit dari katil bagaikan baru disampuk. Mataku terbeliak memandang figura yang sedang berselubung dalam selimut tebal itu.

"Argh! "

"Ish, apa bising bising ni? Aku nak rest lah. Penat tahu tak drive sampai sini. " getus suara garau itu.

Mataku memincing memandang figura yang sedang memisat mata itu. Tidak semena-mena mataku terbeliak kembali.

"Awak?! "

Figura itu menepis selimut yang dari tadi melindungi diri dari kedinginan yang mencengkam tubuh. Figura itu kemudian duduk bersandar sambil memisat matanya memandang aku. Tidak sampai beberapa saat, matanya turut terbeliak lalu serta-merta turun dari katil.

"Awak?! Awak buat apa dekat sini? " soal Amirul kaget.

"Ni bilik awak ke? " soalku pula.

"Haa lah, bilik saya. Macam mana awak pula boleh masuk sini? Kawan saya mana? " Amirul mencekak pinggang.

Aku terdiam seketika. Kotak fikiranku mengulang tayang kejadian di hadapan lif tadi. Aku mengetap bibir.

Maknanya... kad yang aku ambil tadi Ezwan yang punya?

Tok! Tok! Tok!

Serentak aku dan Amirul memandang ke arah pintu. Amirul terus melangkah ke muka pintu. Tangan kanannya pantas membuka pintu bilik itu.

"Ya? "

"Assalamu'alaikum, Encik. Maaf ganggu. Kami sedang lakukan tinjuan. Sengaja kami ketuk bilik Encik sebab rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Boleh kami masuk untuk buat pemeriksaan? " soal pegawai pejabat agama itu.

Amirul terlopong. Terus dia menoleh memandang aku yang sedang mengetap bibir dek resah.

Habis lah!

Alamak! rasa rasa apa yang akan jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience