BAB 7

Romance Completed 29336

"Aduh... "

Aku membelek-belek pipi kanan yang sedikit lebam kebiruan. Semalam tidaklah seteruk ini, namun kesan lebamnya semakin jelas kelihatan tatkala langit bertukar siang. Kemudian aku menyentuh pula hujung bibir yang mula mengeluarkan darah.

"Ah... sakit... sakit.. "

Mataku terus terpejam rapat tatkala jariku tanpa sengaja menekan luka di hujung bibir itu. Pedih tidak terkata. Mujurlah semalam Amirul tidak melakukan perkara yang bukan-bukan.

Sejak pagi tadi lagi aku tidak keluar dari bilik. Sempat aku maklumkan Encik Razak yang aku mahu bercuti hari ini. Aku hanya berkurung dalam bilik hinggalah Amirul keluar dari rumah ke tempat kerja. Takut memikirkan amarahnya yang membuak-buak.

Hairan dan aneh. Siapa sebenarnya wanita itu? Siapa dia hinggakan aku bercakap saja tentang wanita itu terus Amirul melenting sebegini? Siapa dia?

Bunyi deringan telefon yang memecah kesunyian sekaligus mematikan persoalan yang bermain di fikiran. Lantas aku melangkah mendekati almari kecil di sisi katil.

Abang Naem.

"Assalamu'alaikum, "

"Wa'alaikumussalam. Ija okay ke tu? " soal Naem.

Terus dahiku berkerut. Wah, Abang Naem ni macam tahu-tahu saja. Benar-benar seperti ahli nujum. Patut mendaftar masuk ke Hogwarts menjadi ahli silap mata bukan ke UiTM menjadi arkitek.

"Ija okay, "

"Betul ni? " giat Naem.

"Betul lah. Kenapa tanya? "

"Shu call Abang. Dia kata Ija cuti. "

"Ya, Ija cuti hari ni. Penat lah semalam shooting bagai nak rak. Lagi-lagi client kepala batu macam tu. " dalihku.

"Hmm, kalau macam tu, tak apa lah. Bagus kalau Ija okay. Abang bukan apa, cuma rasa tak sedap hati je. Anyway, Ija jangan lupa rest betul-betul. Nanti esok lusa melarat pula. " pesan Naem.

Aku mengemam bibir. Tiba-tiba saja hatiku dihimpit sayu. Abang, kalau lah Abang tahu apa sebenarnya yang terjadi...

"Ija, Abang end call dulu eh? Ada banyak kerja nak kena settle. Ingat pesan Abang. Bye, "

"Bye, "

Telefon aku letak di atas katil. Lantas aku melepaskan keluhan berat.

***

Dari tadi dia hanya merenung tapak tangan kanannya. Sesekali kedengaran keluhan perlahan. Matanya masih tepat merenung tapak tangannya.

Tangan ini yang menamoar wajah isterinya malam semalam. Tangan ini yang sudah melukakan isteri yang sudah diamanahkan. Tangan ini adalah tangan seorang suami yang gagal.

Entah apa tanggapan Nuriez pada dia. Tentu-tentu saja dilabel 'kaki pukul'. Bukan dia sengaja mahu menyakiti Nuriez malam semalam, cumanya dia tidak mampu mengawal amarahnya yang memuncak naik. Entah mengapa dia boleh hilang kawalan.

"Mirul, kau okay ke ni? " tegur Ezwan.

Amirul sekadar menggeleng perlahan.

"Tak nak cerita kat aku? "

Dia mengangkat bahu pula.

"Bro, kau betul tak nak cerita? "

Terus Ezwan menarik kerusinya ke sebelah kerusi Amirul lalu dia duduk. Melihat Amirul begini membuatkan dia risau. Dia pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Amirul.

"Wardah cakap apa semalam masa kau jumpa dia? " soal Ezwan.

Terus Amirul memandang Ezwan. "Lelaki tu bukan client dia. Tapi boyfriend, "

Terbeliak besar mata Ezwan. Sumpah dia terkejut. "Habis tu sebelum ni memang... "

Amirul mengangguk. "Ha'ah, "

"Tak baik dia buat kau macam tu. Kau percaya dia bulat-bulat, tapi dia pula tipu kau hidup-hidup. "

Amirul mengeluh panjang. Khilafnya sendiri kerana terlalu mempercayakan yang bukan milik mutlaknya. Akhirnya kepercayaan itu yang memakan dirinya.

"Wan, " panggil Amirul.

"Kau rasa dia anggap aku apa? " soal Amirul dengan matanya masih merenung tapak tangan.

"Anggap? Siapa? " Ezwan mengerutkan dahi.

"Nuriez, "

Ezwan berdehem sekali. "Mestilah dia anggap kau suami dia. Kau kan suami dia? "

"Lepas apa aku dah buat dekat dia, dia masih anggap ke aku suami dia? "

Soalan Amirul menambahkan lagi kerutan di dahi Ezwan. Dia langsung tidak dapat mengenal pasti erti tersirat kata-kata Amirul.

"Maksud kau? "

Hati Ezwan mula diserang resah. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya. Bermacam juga telahan. Dia takut jikalau telahannya itu benar.

"Aku.. pukul... dia.. "

Terus Ezwan meraup wajah. "Ya Allah, Mirul. Apa kena kau ni? "

"Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa aku boleh pukul dia. Aku tak sedar apa aku buat. Semalam aku rasa marah sangat sampai aku tak boleh nak control diri sendiri. Aku bukan sengaja... " luah Amirul.

Ezwan mengeluh perlahan. "Mesti pasal Wardah, kan? " teka Ezwan.

Amirul mengangguk perlahan.

"Mirul, banyak kali dah aku cakap dekat kau. Kau kena kawal perasaan tu. Jangan sampai kau yang kena kawal. "

Amirul menghelas nafas yang terasa berat. Bukan dia tidak cuba mengawal perasaan itu, dia sudah berusaha. Cuma hatinya yang terasa sakit bila mana hal berkaitan Wardah meniti di bibir Nuriez.

"Nuriez isteri kau. Dia berhak tahu. Kau kena cerita semuanya, " sambung Ezwan.

Ezwan bangkit dari duduknya lalu melangkah ke arah pantry. Amirul melepaskan keluhan panjang. Mata dipejam rapat-rapat.

Perlukah dia menceritakan segalanya pada Nuriez?

***

Aku membelek-belek rempah di rak pasaraya. Kehabisan idea mahu memasak apa untuk makan malam. Aku membetulkan sedikit kedudukan pelitup muka berwarna merah jambu yang menutup separuh wajahku.

Mujurlah aku terjumpa pelitup muka di dalam laci yang kebetulan aku bawa untuk persediaan jikalau aku batuk atau selsema. Jika ada yang memandang aku dengan dahi berkerut, senang saja. Buat-buat batuk, faham lah mereka.

"Awak dah explain dekat dia? "

"Dah. Tapi lepas tu dia langsung tak nak angkat call saya. Mesej pun tak nak reply, "

Telingaku jelas mendengar perbualan itu. Suara garau itu seperti pernah aku dengar sebelum ini. Lantas aku mengintai sedikit dari rak sebelah.

Alangkah terkejutnya aku melihat Aniq sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita. Dahiku tiba-tiba berkerut. Bukan saja aku terkejut melihat Aniq, malah aku terkejut melihat wajah wanita itu. Wanita yang sama berbual dengan Amirul di majlis pernikahan dan berjumpa dengan Amirul semalam.

Wah, kejutan apa pula ni?

Aku mengetap bibir. Pantas aku mencapai bakul di tepi rak pasaraya lalu melangkah ke kaunter pembayaran. Lebih lama aku di sini, silap-silap aku yang mengamuk sakan.

***

Dia mengeluh lagi. Sejak tadi dia berperang dengan perasaan sendiri. Segalanya bercampur baur. Stereng kereta dihentak kuat.

"Kau memang bodoh! "

Antara kecewa, marah dan benci. Amirul meraup wajahnya Satu lagi keluhan berat dilepaskan.

Selama ini diri sendiri yang terlalu bodoh. Terlalu bodoh kerana mempercayakan Wardah walaupun sememangnya hatinya sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena sejak awal lagi. Cuma rasa cintanya pada wanita itu yang sudah mengaburi mata hatinya.

Kerana kebodohan itu, dia sanggup menyakiti isterinya sendiri. Bodohnya dia kerana tidak tahu menilai. Bodohnya dia kerana terlalu mudah mempercayai seseorang.

Kotak mindanya mengulang tayang kemesraan Wardah dan Aniq di sebuah restoran yang kebetulan di sebelah sebuah bank tempat Amirul menyinggah tadi. Ternyata apa yang dikatakan oleh Ezwan dan Danish adalah benar. Dia saja yang menafikan hakikatnya.

Dia membuang pandang keluar tingkap kereta. Suasana di taman tasik ini penuh dengan keluarga dan pasangan yang meluangkan masa petang bersama. Mereka ketawa dan bergembira. Langit pula cerah dengan kepulan awan yang meredupkan bumi.

Seolah-olah seluruh alam semesta sedang mentertawakan dirinya yang begitu bodoh dan gagal dalam percintaan. Hanya dia. Seorang lelaki yang terlalu hanyut dalam lautan cinta hinggakan buta dan tidak tahu menilai antara kaca dan permata.

"Ya Allah... apa aku buat ni...? "

Amirul menekup wajahnya. Hatinya dihurung rasa bersalah setinggi langit terhadap Nuriez. Dia sudah menyakiti gadis itu biarpun dia tahu Nuriez yang akan tetap setia di sisinya dan bukannya Wardah.

"Nuriez.. maafkan aku, "

***

Amirul melangkah masuk ke dalam rumah. Kasut kulit berwarna hitam diletakkan di atas rak kasut di dinding sebelah pintu. Matanya melilau sekeliling. Hanya satu lampu di ruang tamu saja yang kelihatan masih memancarkan cahaya.

Seharian dia tidak melihat kelibat Nuriez. Siang tadi semasa dia mahu ke tempat kerja pun pintu bilik isterinya itu terkunci rapat.

Isteri... pernahkah kau anggap dia isteri kau?

Amirul mengeluh panjang. Dia melangkah ke dapur. Matanya tertancap pada sebuah periuk kecil di atas dapur. Penutup kaca itu dibuka.

Gulai.

Periuk ditutup kembali. Selera sudah hilang memikirkan hal siang tadi. Hatinya benar-benar remuk. Rasa ditipu hidup-hidup.

Lantas dia membawa langkah ke bilik tidur. Dia mahu merehatkan badan sebelum menjamah makanan yang sudah disediakan Nuriez.

***

Aku menekapkan telinga pada pintu. Dengar saja pintu utama rumah ditutup, terus aku bersorak gembira. Amirul sudah keluar bekerja, giliran aku pula untuk keluar.

"Yes! "

Sudah hampir seminggu aku sedaya-upaya mengelak dari bertembung dengan Amirul. Dan hasilnya sangat memuaskan. Aku langsung tidak bertembung dengan Amirul.

Awal pagi aku sudah menyiapkan sarapan untuk Amirul yang akan keluar dari rumah tepat pukul 8, maka aku keluar untuk ke pejabat lewat sedikit dari kebiasaan. Mujur Encik Razak tidak bertanya lanjut. Kemudian aku akan pulang ke rumah lebih awal dari waktu kebiasaan Amirul pulang ke rumah.

Jika dahulu aku selalu melencong ke tempat lain bersama Shuda dan Muizah, namun kini aku terus ke rumah tanpa menyinggah ke mana-mana. Siap saja makan malam, terus aku masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

Rutin baru ini juga berjaya mendidik aku untuk menjaga wudhu. Manakan tidaknya, usai saja aku mandi aku mengambil wudhu untuk solat maghrib. Kemudian aku akan duduk mengaji al-quran atau membaca buku sementara menunggu azan isha. Ada juga impak positif.

Aku mencapai beg tangan di hujung katil. Knitted blouse biru cerah yang sedikit komot aku betulkan sedikit memandangkan hari ini tiada penggambaran luar, jikalau ada sekalipun cuma di dalam studio saja.

Aku memulas tombol pintu sebelum melangkah keluar. Aku mengerling jam tangan; 8:10 pagi. Bibirku tersenyum tanpa disuruh.

Aku melangkah penuh perasaan gembira melintasi ruang tamu yang kelam tanpa cahaya lampu. Mulanya aku hairan. Setahu aku, semasa aku menyediakan sarapan pukul 5 pagi tadi, aku sudah membuka lampu ruang tamu.

Mungkin Amirul yang menutupnya. Bersangka baik saja lah, Ija.

"Lewat pergi kerja? "

Langkahku terhenti mendadak-dadak. Tubuhku seakan kaku di tengah-tengah ruang tamu. Aku mengetap bibir.

Sejak bila pula mamat ni ada di rumah? Bukankah tadi dia sudah keluar?

Alamak...

habislah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience