BAB 16

Romance Completed 29336

Masuk saja ke dalam rumah, telefonku terus berdering. Lantas aku mengeluarkan telefon dari dalam beg tangan. Ada panggilan telefon dari Shuda.

"Eh, Shu. Assalamu... "

"Geramnya aku! "

Serta-merta aku menjauhkan skrin telefon dari telinga. Lekas-lekas aku menggosok telinga yang berdesing mendengar jeritan Shuda tadi. Apa kena Shuda ni?

"Kau kenapa? "

"Ya Allah Ya Tuhanku, Ija. Geramnya aku dengan Encik Danish tu! "

Dahiku berkerut. "Dah kenapa pula? "

"Dia kan nak datang ambil dia punya gambar wedding, so tengah hari tadi dia datang lah. "

"Habis tu? Dah kenapa kau marah-marah ni? " soalku.

"Mana aku tak marahnya. Sempat lagi dia nak mengurat aku. Dah kahwin tu, buat ajelah cara dah kahwin! " bebel Shuda.

Aku ketawa. "Shuda.. Shuda.. Orang tu nak gurau pun kau marah. Padan lah sampai sekarang kau tak ada boyfriend. Garang sangat, "

"Ewah, ewah. Nak peli peli pulak dia. Kau jangan sampai penamar aku ni tembus pergi skrin telefon kau nanti, " ugut Shuda.

Aku mencebik. Tembus skrin telefon konon. Macam lah boleh.

"Ija, Muizah ada bagitahu yang Papa kau masuk hospital. Kau... ada pergi melawat ke? "

"Ada. And the good news is.. Papa dah tak marahkan aku lagi. "

"Ya Allah... Alhamdulillah. Aku dah cakap dah dekat kau dulu. Satu hari nanti Papa kau akan sedar juga yang kau dengan Amirul tak salah. "

"Hmm, aku rasa bersyukur sangat. Oh, ya. Papa nak buat majlis sanding untuk aku dengan Amirul. Kalau boleh aku nak kau jadi pengapit aku. "

"Aku? Muizah? " soal Shuda.

"Ei.. mana boleh. Jadi pengapit kena orang single and available. Mana boleh yang dah berpunya. Ya lah, mana tahu kut-kut kau jadi pengapit nanti, ramai lah jejaka single nak try. " selorohku.

"Eh, eh! Kau jangan macam-macam. Aku block number kau nanti. "

"Tengok tu, gurau sikit nak marah. Mana taknya tak ada boyfriend. "

"Ija! Kau ni! " marah Shuda.

"Ya, ya. Aku tak cakap dah. Jangan lupa
tau, jadi pengapit aku. "

"Ya... Puan Nuriez Zulhijjah... "

Aku mencebik. "Puan? "

"Haa lah. Kau kan dah kahwin. "

"Ada-ada je kau. Aku end call dulu. Tak mandi lagi, "

"Patut busuk! "

"Shu! "

Shuda ketawa. "Ya lah, ya lah. Pi mandi sana. Bye, "

"Bye, "

Aku tersenyum nipis lalu aku menggeleng perlahan. Shu.. Shu..

***

"Thanks lah bro tolong aku pi ambil gambaq kahwin aku ni, " ucap Danish.

Ezwan mencebik. "Sama-sama, "

"Awat muka hang lagu tu? " soal Danish.

Ezwan berdehem. Kemudian dia silang tangan memeluk tubuh. Sempat dia mengerling bingkai gambar perkahwinan Danish itu.

"Masa aku nak ambil gambar kau tu, ada benda tak elok jadi. "

Dahi Danish berkerut. "Maksud hang? "

Ezwan mengeluh perlahan. "Aku gaduh dengan seorang minah ni. "

"Pasai apa pula hang berkelahi dengan minah tu? Tak dak kerja ka apa? "

"Siapa suruh minah tu cantik sangat? Tak pasal-pasal aku terpanggil bidadari kayangan. Lepas tu, dia ingat aku ni kau. Bukan main lagi dia cuci otak aku. " bebel Ezwan.

Danish ketawa berdekah mendengar cerita Ezwan. Tragis sungguh!

"Jodoh hang dah sampai agaknya tu, "

"Jodoh apa benda? Mulut bukan main tajam macam pisau. Tu bukan jodoh namanya, tu nahas! " getus Ezwan.

Danish mengerling Ezwan dengan sisa tawanya. "Kalau kena dengan cara, yang nahaih tu boleh jadi ikhlaih. "

Ezwan jongket kening sambil tersengih. "Boleh eh macam tu? "

***

Aku membuka almari bilik mandi. Cuma ada stok ubat gigi, sabun dan syampu. Aku menunduk sedikit memandang ke bawah sinki. Ada pencuci lantai dan pencuci tandas.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Aduh... macam mana ni...? "

Entah apa tidak kena dengan aku hari ini. Selalunya aku sentiasa menbawa pakaian salin. Hari ini terlupa pula.

Aku mengetap bibir. Takkan lah aku mahu keluar berkemban begini? Nanti apa pula kata Amirul?

Ah, peduli lah!

Pintu bilik mandi aku buka. Kepalaku terjengul memandang kanan dan kiri. Risau jika bertembung dengan Amirul.

Aku tersenyum. "Selamat! "

Lantas kakiku melangkah keluar dari bilik mandi sebelah dapur dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Nuriez, awa... "

Langkahku terhenti. Begitu juga langkah Amirul. Aku dan dia sama-sama membeku. Langsung tiada pergerakan. Aku pasti dia terkejut melihat aku berkemban begini.

"Aa... Nuriez... awak pergi lah masuk bilik dulu. Saya ada something nak bincang dengan awak, "

Aku mengangguk laju. Lekas-lekas aku berlari masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku kunci. Lantas aku menarik nafas lega.

"Malunya! "

***

Aku mengerling Amirul yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut. Katanya tadi mahu bincang sesuatu. Sudahnya diam saja tidak berkata sepatah pun.

"Amirul... "

Terus Amirul memandang aku. "Ya? "

"Awak kata tadi nak discuss sesuatu, "

"Oh, ha'ah. Ada, " Amirul mengangguk laju.

Aku kerut dahi. Hairan dengan reaksi Amirul.

"Saya minta maaf kalau apa yang jadi petang tadi tu menganggu fikiran awak, " ucapku.

"Eh, tak tak. Saya yang salah sebab ternampak awak macam tu. "

"Bukan. Saya yang salah sebab biar awak nampak saya macam tu. "

Amirul mengetap bibir. Geram pula melihat aku yang tidak mahu kalah.

"Okay, fine. Tak ada siapa salah, tak ada sesiapa betul. Anggap saj semua ni salah faham. "

Lambat-lambat aku mengangguk setuju. Lantas aku menyuap nasi bersama asam pedas ke dalam mulut. Aku mengerling Amirul sekilas.

"Awak nak bincang apa? "

"Oh.. nyaris nak lupa. Saya... nak awak tidur dekat bilik saya, " Amirul tersenyum.

Mataku terbeliak besar. Tidak semena-mena nasi di dalam mulut tersembur keluar.

"What?! "

krisis! hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience