BAB 41

Romance Completed 29369

Aku memandang keluar tingkap. Lantas aku menyelak kain langsir kasar lalu aku mendengus kasar. Aku kembali duduk di atas lantai sambil melipat pakaian.

"Ija.. "

"Kenapa? "

Muizah menggigit bibir. Dia mengerling neneknya yang turut sama kelihatan gelisah. Kemudian Muizah menyelak sedikit langsir tingkap. Dia mengeluh panjang.

Sudah 60 minit Amirul melutut di hadapan rumah neneknya dalam keadaan cahaya matahari panas terik. Sedikitpun tidak berganjak. Bila disuruh masuk, lelaki itu menolak. Katanya selagi dia tidak berjumpa isterinya selagi itu dia tidak akan bangun.

"Ija, dah dekat sejam Amirul dekat luar tu. Kasihan dia bawah panas terik. Langit pun sekarang macam nak hujan, " pujuk Muizah cuba mengambil hatiku.

Aku mencebik. "Ada aku suruh dia melutut dekat situ? "

"Ija, tak baik buat suami kamu macam tu. Kasihan dia, " pujuk Nek Maryam pula.

"Nek, kasihan lagi dekat Ija ni. Dia dah buang Ija, buang anak kami. Sekarang untuk apa lagi dia datang cari kami? " getusku.

"Tapi, Ija. Itu kan suami kau. Kasihan lah dekat dia, dah nak hujan tu. "

Aku mendengus. Lantas aku bangkit lalu melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa bakul baju.

Bakul aku letak di tepi katil. Aku mendengus lagi. Memikirkan Amirul buat hati aku sakit. Tidak cukup lagikah atas apa yang dia sudah lakukan pada aku?

Aku mengeluh panjang. Perutku yang semakin membesar aku usap lembut. Sejak tadi anak dalam rahimku ini asyik menendang. Mungkin tanda protes atas perlakuanku terhadap Amirul.

"Baby tak kasihan ke dekat Ibu? Abah dah tak sayang kita, "

***

Nek Maryam menolak perlahan pintu bilikku. Satu keluhan berat dilepaskan. Perlahan-lahan dia melangkah lalu duduk birai katil. Aku yang sedang melipat kain ditenung lama.

"Ija.. dekat luar dah mula renyai. Jemput lah suami kamu tu masuk. Nenek dengan Muizah penat pujuk Amirul. Dia tak mahu masuk selagi tak berjumpa kamu, "

"Ija tak suruh pun dia tunggu. Kalau dia dah penat, dia balik lah. " jawabku selamba.

"Ya Allah, Ija! Kenapa cakap macam tu? "

Mulut Nek Maryam terkumat-kamit beristighfar sambil mengurut dada. "Ija, nenek mungkin tak rasa apa yang Ija lalui, tapi nenek ni lebih makan garam dulu dari kamu. "

Aku mengeluh panjang. "Nenek, hati Ija ni sakit. Sakit sangat-sangat, " rintihku.

Nek Maryam menyorotku lembut. "Memaafkan ni amalan mulia, Ija. " sangkal Nek Maryam.

"Ija bukan tak maafkan Amirul, Nek. Ija dah lama maafkan dia. Cuma.. "

Nek Maryam mengeluh perlahan. "Itu bermakna maaf dalam hati kamu tu dah berubah menjadi dendam, Ija. "

Aku menggeleng. "Lepas apa dia dah buat dekat Ija, dekat anak kami, bukan semudah tu Ija mampu lupakan. "

Nek Maryam tersenyum hambar. Tanganku digenggam lembut. "Perkahwinan ni masih
muda, Ija. Masih terlalu awal untuk ditamatkan. Kamu tak kasihan ke pada anak kamu? Sanggup kamu biar dia membesar tanpa kasih seorang bapa? " soal Nek Maryam.

Aku terkedu. Aku akui, kata-kata Nek Maryam memang makan dalam. Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakan?

"Nenek tahu nenek tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga kamu. Tapi, walau besar mana pun salah dia, Amirul tetap suami kamu. Tetap ayah kepada anak dalam kandungan kamu, "
Nek Maryam bangkit dari duduknya. Perlahan-lahan wanita 70-an itu menapak ke arah pintu. Wanita tua itu menoleh.

"Ajak lah Amirul masuk, Ija. Dekat luar tu dah basah, "

Nek Maryam melangkah keluar. Pintu bilik ditutup perlahan. Lantas aku mengeluh berat. Kata-kata Nek Maryam buat hati aku terusik.

***

"Macam mana, nek? " soal Muizah sebaik sahaja neneknya keluar dari bilik Nuriez.

Nek Maryam mengurut dahi. "Pening lah si Ija ni. Degil betul, " getusku Nek Maryam.

"Maknanya.. dia tak termakan lah dengan apa nenek cakap tu? " teka Muizah.

Bibir Muizah gigit tanda resah. Bukan dia tidak kenal Nuriez. Cukup kenal. Degilnya bukan boleh dibuat main. Degil tahap gaban!

Nek Maryam angkat bahu. "Mungkin. Tapi, nampak mukanya berubah. "

Muizah kerut dahi. "Nenek kata apa? "

Nek Maryam tersenyum penuh makna. "Ada lah, "

***

Baju di tangan aku lempar ke lantai. Hilang terus angin mahu melipat baju. Kata-kata Nek Maryam berlegar-legar dalam fikiran. Sampai buat aku tidak senang duduk.

Kata-kata nenek benar-benar buat aku rasa terganggu.

Aku turun dari katil. Tudung sarung di atas kerusi aku capai lalu sarung ke kepala. Tombol pintu aku pulas lalu aku melangkah keluar.

Aku menapak ke ruang tamu. Langsir tingkap aku selak sedikit. Aku mendengus perlahan. Payung di tepi pintu keluar rumah aku capai.

"Memang tak faham bahasa. Orang tak nak jumpa tu, balik aje lah! " getusku.

Aku menyarung selipar ke kaki. Perlahan-lahan aku melangkah mendekati Amirul yang masih lagi melutut di halaman rumah Nek Maryam.

"Masuk, "

Pantas Amirul mendongak. Bibirnya sudah tersenyum lebar. "Nu... Nuriez.. "

Aku mendengus. "Cepat lah. Tangan saya kebas ni, "

Perlahan-lahan Amirul bangkit. Tangannya menepuk-nepuk paha yang kebas. Manakan tidak, hampir dua jam dia melutut. Tipu kalau kata tak kebas.

"Sorry, kebas. "

"Tak ada siapa pun suruh awak jadi patung cendana kat sini, " perliku.

Amirul tersenyum kelat. Payung di tangan aku dia rampas. Pantas aku menjelingnya tajam bersama dengusan.

"Awak ambil je lah payung ni, "

Aku melajukan langkah. Menonong aku masuk ke dalam rumah tanpa sedikit pun menoleh ke arah Amirul yang terpinga-pinga.

"Haa.. Ija. Keluar juga kamu, " tegur Nek Maryam.

Teguran Nek Maryam dibiarkan sepi. Malah aku hanya terus masuk ke dalam bilik. Nek Maryam mengeluh panjang. Dia mengerling Amirul.

"Kasihan baju Amirul basah. Mirul tunggu sini sekejap. Nenek ambilkan baju, "

Amirul tersenyum nipis. Lambat-lambat dia mengangguk.

***

"Maaf lah kalau baju ni tak muat. Maklumlah, ni baju sepupu Muizah. "

Nek Maryam menghulur pakaian dan kain pelikat kepada Amirul. Perlahan-lahan Amirul menyambut huluran nenek Muizah itu.

"Tak apa, nek. Ini pun cukup dah, "

Nek Maryam tersenyum nipis. "Mirul salin baju dulu. Baju yang basah tu bagi dekat nenek, nenek cucikan. "

Amirul mengangguk faham. "Amirul pergi tukar dulu eh? "

"Nenek pergi tengok Ija dulu, "

Nek Maryam menolak perlahan pintu bilikku. "Ija, "

Aku mendengus perlahan. "Nek, Ija dah suruh dia masuk. Apa lagi? "

Nek Maryam duduk di birai katil. "Nenek faham susah untuk Ija maafkan Amirul. Tapi, satu je nenek nak cakap. Manusia biasa tak sempurna, takkan terlepas dari membuat salah, takkan terlepas dari meminta kemaafan dan memaafkan. "

"Nek, dia dah buang kami. " tegasku.

Wajah Nek Maryam berubah tegang. "Nenek nak tanya kamu, kamu sanggup bercerai dengan Amirul hanya kerana luka di hati kamu? Kamu sanggup bercerai dengan Amirul dan biarkan anak kamu menderita disebabkan tindakan tak berasas kamu ni? "

Aku terkedu. "Ija.. "

"Suka hati kamu lah. Nenek tak tahu nak cakap apa. Degil, " getus Nek Maryam.

Nek Maryam bangkit lalu melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku termangu sendirian. Aku mengeluh panjang.

Tak lama kemudian, tiba-tiba pintu bilik ditolak dari luar. Pantas mataku menangkap figura Amirul yang berbaju T dan kain pelikat.

"Sayang apa khabar? " tegurnya.

Aku tayang wajah tegang. "Nampak saya hidup lagi kan? " sindirku.

Amirul tersenyum. "Nampak.. baby macam mana? Sihat? " soalnya pula.

Aku mengalihkan badan ke arah lain. "Awak ada mata tengok lah sendiri. Kira okay lagi saya tak gugurkan, "

"Astaghfirullah.. Sayang cakap apa ni? "

Aku memandang tajam. "Awak dah buang saya, buang anak awak sendiri. Untuk apa lagi awak cari kami, yang awak dah buang dua bulan yang lepas? "

Amirul mengeluh panjang. Lantas dia melutut di atas lantai. "Abang minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Abang tahu abang salah. Tolong, bagi abang peluang. "

"Peluang apa? Peluang untuk lukakan hati saya sekali lagi? "

Aku mendengus kasar. "Cukup-cukup lah, Amirul. Hati saya sakit, cukup sakit. "

"Sayang, Abang betul-betul minta maaf.. "

Aku tersenyum sinis. Air mata yang mula mengalir aku seka kasar. "Senang kan jadi awak, Amirul? Buat salah, minta maaf. Buat salah, minta maaf. "

"Sayang.. "

"Awak lebih percayakan orang dari isteri awak sendiri. Pernah ke awak fikir perasaan saya masa tu? Pernah tak awak fikir, Amirul? "

Amirul menarik nafas dalam-dalam. "Abang cintakan Sayang, sangat-sangat. "

"Cinta? Cinta apa kalau awak tak percayakan isteri awak sendiri? Itu awak panggil cinta, Amirul? "

Aku bangkit dari katil lalu melangkah ke arah pintu. Tanganku memulas perlahan tombol lalu menoleh. "Cinta awak tu buat saya menderita, Amirul Rauf. "

Aku melangkah keluar lalu memghempas pintu bilik. Amirul mengeluh panjang. Mata dipejam rapat-rapat.

"Abang betul-betul minta maaf, "

kerasnya hati ija.. tula.. bukan semua boleh forgive and forget..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience