BAB 13

Romance Completed 29369

"Ada orang tu kan.. semalam.. dia tidur nyenyak sangat. "

Aku mengetap bibir. Berasap telingaku mendengar kata-kata Amirul. Sengaja mahu memerli aku lah tu. Aku mengerling Amirul yang sedang duduk bersila di atas katil sambil memeluk bantal.

"Terlampau lena sampai berdengkur, "

Suara Amirul kedengaran lagi. Aku mengenggam botol toner di tangan. Aku menghelas nafas dalam-dalam. Mata aku pejam rapat-rapat.

Sabar, Ija. Jangan baling. Suami kau tu. Beringat sikit.

"Semalam bukan main lagi orang tu siap peluk-peluk lagi. "

Pantas aku menoleh. "Kalau bukan sebab awak suruh saya tidur situ, tak adanya saya nak terpeluk awak. Boleh aje kut awak kasi saya tidur bilik tetamu, tapi awak nak juga saya tidur sini. Bila saya terpeluk awak, mula lah nak reka cerita. Huh! " getusku.

Aku bangkit dari kerusi meja solek lalu melangkah keluar dari bilik tidur Amirul. Bibirku terketar-ketar menahan marah.

Amirul menjengulkan kepala sedikit. Dia menahan ketawa. Suka melihat wajah cemberutku.

"Comel, "

***

"Naem nak pergi mana tu? "

Naem hanya mendiamkan diri. Soalan Nazmie dibiarkan tanpa jawapan. Selamba saja dia mengikat tali kasut.

"Naem, Papa tanya tu. " tegur Nuraini.

Naem mengeluh perlahan. "Naem nak pergi jogging dengan kawan. "

Naem bangkit dari bangku di luar rumah. Seluar track yang sedikit berhabuk ditepuk perlahan. Aktiviti biasa untuk memulakan hari Sabtu setiap minggu.

"Naem, "

Naem mengerling sekilas Papanya.

"Naem kenal keluarga Amirul? " soal Nazmie.

Naem menoleh. "Kenapa Papa tanya? "

"Papa nakkan kepastian, "

"Untuk apa? Kepastian apa? Pa, jangan prejudis sangat boleh tak? " sindir Naem.

"Ya Allah, Naem! Kenapa cakap dengan Papa macam tu? " celah Nuraini.

Naem mendengus perlahan. "Sudah lah. Naem tak nak serabutkan fikiran Naem pagi-pagi macam ni. Naem gerak dulu. "

Naem kemudian membuka pintu pagar rumah. Lantas dia memulakan lariannya. Sungguh dia tidak mahu menyerabutkan fikiran sendiri pagi ini.

Dia berharap semoga hati Papanya terbuka untuk menerima adiknya kembali. Itu saja yang dia minta.

***

"Kau datang sini buat apa? "

Aku mengerling Amirul yang sudah mengerutkan dahinya. Aku tersenyum nipis. Mujur Umi menyuruh aku ke pasar malam yang kebetulan dibuka petang ini. Umi berpesan untuk membeli barang masak bersama Amirul. Dengan akal yang dikurniakan Allah, muncul idea mahu mengenakan Amirul.

"Umi suruh beli barang nak masak malam ni, "

"Laa.. bukan dah banyak ke barang kat rumah tu? "

"Memang lah banyak. Tapi yang dekat rumah tu bukan barang masak yang Umi nak, " dalihku.

Amirul mencebik. "Kau sengaja nak kenakan aku, kan? "

"Mana ada, "

Selamba saja aku melangkah masuk ke kawasan pasar malam meninggalkan Amirul terkulat-kulat di belakang. Hari ini aku mahu memberi pengajaran kepadanya. Siapa suruh suka sangat mahu menyakat aku? Padan muka.

"Nuriez, takkan nak beli ikan lagi? Dalam freezer tu ada lagi lah, "

Aku mengerling sekilas Amirul yang sudah seperti cacing kepanasan. Aku tahan senyum. Sengaja aku tidak menjawab soalannya.

Gasaklah anak Umi ni. Kita tengok anak Umi ni tahan ke tidak.

"Akak nak beli ikan apa? Yang kat depan-depan ni semua baru sampai, " tegur seorang penjaja itu.

"Hmm... ada ikan pari tak? " soalku.

"Eh... mesti lah ada. Untuk akak yang manis ni, saya bagi harga murah-murah aje. " seloroh penjaja gerai ikan itu.

Aku tersenyum. Kalau mahu beri harga yang murah, untung lah aku. Tidak perlu berbelanja lebih.

"Suka lah kau kan? Ada orang nak mengurat, " bisik Amirul.

Tangannya selamba saja memeluk pinggangku. Tidakkah dia malu di tempat awam seperti ini? Aku pula yang tidak selesa tatkala ada beberapa mata mencuri pandang ke arahku.

Dasar muka tebal!

"Eh, ni kakak punya abang ya? "

"Haa... ni.. "

"Suami dia, " celah Amirul sambil tersenyum.

"Oh.. suami. Ingatkan abang tadi. Sebab muka sama, "

Aku senyum nipis. Hampir saja aku mahu ketawa mendengar kata-kata penjaja itu tadi. Muka sama? Wah, jenaka apakah itu? Tolong lah.

"Mana ikannya? " soal Amirul.

"Mirul... "

Aku menjegilkan mata memandang Amirul. Langsung tidak sopan. Nanti apa pula kata penjaja di sini.

"Nah, kak. " penjaja itu menghulur sebuah plastik merah berisi ikan pari yang sudah siap disiang.

Aku mengambil plastik yang dihulur penjaja itu lalu aku menghulur sekeping not RM20. Belum sempat tanganku mahu mengambil duit baki, pantas tangan Amirul memintas. Aku terkedu. Apa kena Amirul ni? Masuk air ke apa?

"Nak beli ikan aje kan? Jom, balik. "

"Eh, banyak lagi lah nak kena beli. Awak ni nak cepat-cepat balik kenapa? " soalku dengan dahi berkerut.

"Kat rumah banyak sayur, banyak rempah apa semua. Kenapa nak beli lagi? "

Aku tersenyum mengejek. "Oh... awak jealous eh? " giatku.

Amirul mendengus geram. "Jealous? Tak ada kerja aku nak jealous, "

"Kalau tak jealous, teman saya pergi beli sayur pula. "

Selamba aku melangkah meninggalkan Amirul yang sudah berwajah cemberut. Peduli apa aku? Kalau cemburu, kata sajalah. Untuk apa mahu menipu?

Amirul mengetap bibir. Dadanya turun naik menahan marah. Minah ni, sengaja nak naikkan darah aku!

***

"Ai, Rauf. Dah kenapa muka macam
tertelan kapur ni? " tegur Umi.

"Mana ada, "

Aku mengerling Amirul yang kebetulan sedang memandang aku. Pantas aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Bukan main lagi masam wajahnya. Betul-betul macam tertelan kapur.

"Rauf bila nak gerak KL? Petang ni ke pagi esok? " soal Ayah sebelum menyisip kopi bancuhan Umi.

"Hmm.. esok lah, Ayah. Nak tidur sini satu malam lagi. Boleh lah nak rehat, "

Amirul sengaja mengerling aku. Lantas aku menjegilkan mata memandang dia. Macam lah aku tidak mengerti makna tersirat kata-katanya tadi. Sengaja mahu mencari pasal!

"Kak Nuriez dengan Abang Rauf ni, kalau iya pun nak sweet sweet, jangan lah masa tengah makan. Nak termuntah Raid ni, " Raid yang sedari diam tiba-tiba bersuara.

Aku menggeleng laju. "Mana ada sweet sweet. Raid salah nampak kut, "

"Eh, mana ada. Sampai hati cakap macam tu? "

Tiba-tiba tangan Amirul yang duduk di sebelahku mengenggam kuat tanganku di atas paha. Pakej urut bersama balas dendam namanya tu.

"Kan, Sayang? "

Aku menoleh memandang Amirul dengan mata terbeliak. Sayang?! Mana pula datangnya skrip baru ni?

"Eh, eh. Kamu ni, Rauf. Dah macam budak remaja bercinta. " tegur Ayah.

Aku menunduk malu. Mahu menyuap nasi ke dalam mulut pun segan sementelah mendengar teguran Ayah. Aku mengetap bibir.

Aku mengerling Amirul. Lelaki itu tersenyum kemenangan. Suka dapat mengenakan aku kembali.

***

"Eh, kau nak pergi mana tu? "

Aku menoleh memandang Amirul yang sudah menarik selimut ke paras dada. Aku mendengus perlahan.

"Tidur kat ruang tamu. "

"Ruang tamu? Tidur aje lah dekat sini. Aku bukan buat apa-apa pun dekat kau. "

Aku mencekak pinggang. "Memang lah awak tak buat apa-apa. Mana lah tahu kut-kut saya terpeluk awak lagi macam semalam ke, nanti awak juga yang bising. " sindirku.

"Kau ni banyak songeh betul lah. Tahu tak, tempat seorang isteri tu di sisi suami? "

Aku mencebik. "Selama ni pernah ke awak anggap saya ni isteri awak? Pernah ke awak anggap diri awak tu suami saya? "

Lantas aku melangkah keluar dari bilik meninggalkan Amirul yang terpinga-pinga. Sakit hatiku memikirkan situasi rumah tangga aku dan Amirul. Entah sampai bila keadaan jadi begini.

"Don't leave me, please? "

Aku terkedu. Langkahku terhenti tatkala ada sepasang tangan memelukku dari belakang. Dagu Amirul mendarat di atas bahu kananku. Hembusan nafasnya terasa dekat di telinga.

"Awak buat apa ni? Lepas lah.. "

"Tak nak. Saya tak nak awak tinggalkan saya. Jangan tinggalkan saya, please? "

Mahu terlopong mulutku mendengar. Rasanya aku tidak pekak lagi. Semuanya
aku dengar dengan jelas. Kalian juga tidak salah baca, bukan?

"Saya tak pergi mana-mana pun lah. Saya nak pergi tidur kat ruang tamu aje, "

Amirul geleng kepala. "Jangan. "

"Laa.. nanti saya terpeluk awak, awak juga yang bising. "

"No. Saya takkan bising. Saya janji. Nuriez, saya nak minta maaf atas apa yang saya dah buat dekat awak. Saya tahu saya bukan suami yang baik. Tapi tolong, saya nak peluang dan ruang supaya awak maafkan saya. Saya tak minta awak gantikan tempat Wardah sebab tempat awak dalam hati saya jauh lebih istimewa berbanding Wardah. "

"Nuriez, say something. Jangan diam macam ni, "

Aku masih terkedu. Kali ini hampir-hampir saja aku terkena serangan jantung. Apa yang aku dengar tadi seolah-olah mimpi. Agaknya aku benar-benar sedang bermimpi.

"Nuriez.. "

"Er... kalau awak lepaskan saya boleh tak? "

"No... Please, don't say that. Saya tak nak lepaskan awak, "

"Ya Allah... bukan lepaskan yang itu. Maksud saya, sampai bila awak nak peluk saya macam ni? Sampai esok? " sindirku.

"Kalau tak boleh peluk awak saya pegang tangan awak, "

Bahuku terhenjut tatkala tanganku bersentuhan dengan tangan Amirul. Seolah terkena renjatan elektrik. Aku mengerling Amirul yang tersenyum panjang.

Entah apa yang merasuk lelaki itu aku sendiri pun tidak tahu. Tidak sangka kata-kataku tadi memberikan impak sebegini rupa. Aku pula yang rasa menyesal.

"No more tidur dekat ruang tamu. Kita tidur kat bilik. Okay? "

Lambat-lambat aku mengangguk sambil tersenyum kelat. "Okay.. "

Amirul tersenyum. "Macam tu lah, "

inilah yang dinamakan.. madah menikam sukma... Amirul dah macam kena sampuk.. hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience