BAB 39

Romance Completed 29369

"Assalamu'alaikum, "

Pintu rumah aku tolak perlahan. Tanganku membawa masuk beg bagasi ke dalam rumah. Mataku mula melilau sekeliling.

"Abang? " panggilku.

Suasana sunyi. Langsung tiada sahutan dari Amirul sekaligus menyebabkan dahiku berkerut. Ke mana agaknya Amirul pergi?

"Abang? "

Aku menapak ke ruang tamu. Hampir luruh jantungku melihat Amirul yang sedang duduk seorang diri di ruang tamu dalam keadaan gelap. Tanganku menekan suis lampu. Lantas ruang tamu yang kelam bertukar cerah dengan disirami cahaya lampu.

"Abang buat apa dalam gelap ni? "

Aku tenung lama wajah Amirul. Kelat, masam, dingin, tegang dan bengis. Hatiku mula rasa resah.

"Kenapa ni? "

"Stay away from me, "

Belum sempat aku mahu duduk, Amirul sudah menghalang. Makin berkerut dahiku.

"Abang, kena... "

Pap!

Amirul hempas telefonnya atas meja ruang tamu. Bahuku terhenjut. Agak lama aku merenung skrin telefon Amirul itu. Aku memandang Amirul aneh.

"Apa ni? "

"I'm the one who should ask you that question. What is this? " soal Amirul dengan nada kasar.

Terketar-ketar tanganku mengambil telefon Amirul. Butang 'play' pada satu video aku tekan. Terbeliak besar mataku saat video ini mula dimainkan.

Pantas aku memandang Amirul yang sedang merenung aku tajam. "So, who's that? " soal Amirul lagi.

"Ab.. ab.. Abang.. "

"Tell me, Nuriez! Siapa tu?! " tengking Amirul.

"A... A... Aniq.. "

"Then, perempuan dalam video tu? "

Air mataku bergenang. "Abang.. Abang salah faham.. "

"Apa yang salah faham?! Ini video, Nuriez! Video! Gambar mungkin boleh edit, tapi ini video! "

"Abang... ini semua salah faham. Aniq masa tu tak sihat.. "

"Oh? So betul lah itu Aniq? How could you do this to me, Nuriez! " marah Amirul.

Drastik Amirul bangkit dari sofa. Beg aku di tepi sofa dia ambil lalu bawa keluar. Pantas aku mengejar Amirul.

"Abang nak buat apa ni? "

"Buat apa? You're asking me?! "

Amirul mendengus. "Kau buat aku jatuh cinta dengan kau, kau buat aku percaya dengan kau, ini kau balas aku?! Aku tak sangka kau macam ni! "

Beg aku dicampak keluar. Mulutku sudah terlopong. Pantas aku memandang Amirul.

"Abang... "

"Keluar! " Amirul menuding jari ke arah pintu.

"Abang... Nuriez boleh explain.. "

"Kau keluar sekarang! "

Lantas Amirul mengheret kasar tubuhku keluar dari rumah hingga aku tersungkur atas lantai. Aku terkedu. Perlahan-lahan aku mendongak.

"Ab... Abang... "

"Kau nak sangat pergi kat jantan tu, kan? Now, go! " halau Amirul. Dadanya turun naik menahan marah.

"Tak nak... " Aku menggeleng laju. Air mataku terus-terusan mengalir.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi! "

"Abang... ini anak Abang.. "

Amirul mendengus. "Entah ya, entah tak tu anak aku. Entah-entah itu anak jantan bangsat tu. Dan kau... jangan kau berani tunjuk muka lagi dekat sini! "

Pang!

Amirul berpaling lalu dia menghempas kuat pintu rumah. Aku mengetap bibir.

"Nuriez minta maaf, "

***

"Haih.. siapa pula datang malam-malam ni? " keluh Shuda.

Kunci rumah yang tergantung di kotak pada dinding tepi pintu dicapai. Lekas-lekas dia membuka kunci rumah lalu memulas tombol pintu.

"Laa.. Ija? "

Dahi Shuda berkerut. "Kenapa ni? "

"Shu.... "

Pantas Shuda memelukku erat. Dia mengusap bahuku lembut.

"Dah.. jangan nangis. Kenapa ni? "

Tersedu-sedan aku menangis. "Ami... Mi... Mirul... "

"Kenapa dengan dia? " soal Shuda.

Shuda mengerling beg bagasi di belakangku. Dia mengeluh panjang.

"Kita masuk dulu. Nanti kau cerita, "

***

Aniq merenung lama Wardah yang dari tadi leka menyuap puding ke dalam mulut. Sesekali gadis itu memejam mata. Dia menongkat kepala atas meja.

"Sayang, "

"Hmm? "

"I nak tanya you satu soalan, "

Wardah kerut dahi. Dia memandang Aniq yang sedang merenungnya. "Tanya lah, "

"Macam mana you boleh move on eh dari Amirul? "

Wardah tersenyum. "Kenapa tanya? "

"Saja, " Aniq pura-pura selamba.

"You nak lupakan Nuriez eh? " giat Wardah.

Aniq tersenyum kelat. "Something like that, "

Wardah menarik nafas dalam-dalam. "That's simple, Aniq. Saat I mengaku yang I fall in love with you, saat itu lah I secara tak langsung dah melepaskan Amirul pada yang layak. I'm the one who choose to curang, "

Aniq terkesima. "Ma.. maksudnya? "

"Maksud I, I dah lama putus tunang dengan Amirul sebelum dia declare kita orang putus lagi, masa I lebih pilih you dari dia. "

Wardah merenung Aniq. "Any questions? "

Aniq tersenyum kelat. Laju dia menggeleng. Kata-kata Wardah buat dia akan termangu. Buat dia sedar.

Sedar yang sebenarnya dia sudah lama melepaskan Nuriez. Cuma egonya saja yang menghalang.

***

"Maksud kau.. Aniq... dia.. Ya Allah.. "

Shuda menekup mulut. Sungguh dia tidak percaya. Muizah di sebelah sudah mengurut dahi.

"Melampau betul lah Aniq ni! " getus Muizah.

Shuda memandang aku. Tanganku digenggam lembut. "Ija.. "

"Aku boleh besarkan baby ni sendiri kalau Amirul dah tak nak lagi hidup dengan aku, "

"Ija, kita boleh betulkan semua salah faham ni. Aku boleh jumpa Aniq dan suruh dia explain semua ni, " ujar Shuda cuba memujuk.

Aku menggeleng. "Tak guna aku merayu pada yang tak sudi. Dia dah buang aku, dia dah buang anak kami. "

Muizah menggeleng laju. "Jangan cakap macam tu, Ija. Tak apa, kalau kau tak nak tinggal dekat sini lagi kau boleh tinggal dekat rumah Opah aku, " cadang Muizah.

Aku mengerling Muizah. "Boleh ke? "

Muizah mengangguk. "Kita boleh gerak sekarang kalau kau nak, "

chapter memang sedih ke atau aisya je yang rasa macam tu.. huhuuuu (╥_╥)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience