BAB 23

Romance Completed 29369

"Awak jangan main-main! "

"Eh, betul lah! Tengok muka saya ada main-main? "

Aku menggigit bibir. Perasaan resah mula merajai hati. Sekejap-sekejap aku mengerling Amirul.

Bala apa pula yang datang ni?

Bibirku terkumat-kamit menyebut kalimah istighfar dengan mata terpejam. Harapnya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Dah sampai, "

Kereta yang dipandu Amirul tiba-tiba berhenti. Aku membuka mata. Kemudian aku memandang rumah Papa di depan mata sebelum memandang Amirul yang tersenyum sumbing.

"Awak ni... main-main lah! "

Pantas aku menampar bahu Amirul. Mahu bergurau pun perkara sebegini. Kalau betul-betul tadi macam mana? Sudahlah melibatkan nyawa. Aku banyak lagi perkara yang belum dilangsaikan.

"Alaa.. nak gurau pun tak boleh ke? " rengek Amirul.

Aku menjegilkan mata. Satu tamparan hinggap di bahu Amirul. "Gurau apanya macam tu?! Kalau betul-betul tak boleh brek tadi macam mana? Kalau mati macam mana? Hah? Hah? "

Amirul mencebik. "Jangan lah cakap macm tu. Kata-kata tu doa, "

"Tahu pun doa. Awak ni, nak gurau pun agak agak lah. Bayangkan kalau betul-betul tak boleh brek tadi. Macam mana? Sia-sia je hi.. "

Aku terkedu. Amirul selamba saja mencium bibirku tanpa aku sangka-sangka. Dia tersenyum miang.

"Awak kalau bebel boleh cair tahi telinga saya, tahu tak? Kenapa lah Sayang saya ni suka sangat membebel? Nanti kalau ada anak, mesti anak tu pun muak nak dengar. "

Aku mengetap bibir geram. Ikutkan hati yang panas tidak terperi ini, mahu saja aku tendang Amirul hingga ke kutub Utara sekalipun. Suka hati dia saja mahu bercakap.

"Dah, dah. Jangan buat muka cemberut tu. Nanti saya kiss lagi, baru tahu. "

Amirul tersenyum. Selamba saja dia melangkah keluar lalu menyapa Naem yang sedang membantu Mama berkebun.

"Geramnya! "

***

"Cik Shuhaida, ikhlas.. bukan zahir di bibir. Tapi, terlintas dalam hati. Kalau ikhlas, tak perlu canang satu dunia. Biar Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati. Sama ada ikhlas atau tidak, "

Shuda mengeluh perlahan. Agak lama dia termenung memandang kotak kecil di atas meja kopi ruang tamunya. Kotak itu kotak donut yang diberi Ezwan tempoh hari. Sayang pula mahu dibuang.

Eh... Sayang?!

"Nama dia.. Ez. Wan. Khai. Rul. Ez. Wan. Khairul Ezwan. "

Penutup kotak dengan logo Dunkin Donut itu sekejap-sekejap dibuka dan ditutup. Isinya sudah habis dimakan tempoh hari. Walaupun separuh, hilang juga kempunan. Namun, separuh donut itu membuatkan ada satu perasaan aneh yang sukar dia tafsirkan.

"Pertama, nama saya bukan Danish. Encik Danish kawan saya. " ujar Ezwan.

"Nama saya Ezwan. Nama penuh.. Khairul Ezwan. Cik? "

"Kedua, saya tak kahwin lagi. Single and available, "

Shuda tersenyum. Tiba-tiba dahinya berkerut.

"Eh?! Apa hal aku senyum ni? "

Shuda mengeluh lagi. Dia menggeleng perlahan. Lantas dia bersandar di sofa dengan mata terpejam rapat.

"Mainan perasaan, "

***

"Ija semalam pergi mana? " soal Papa.

Aku mengerling sekilas Papa yang sedang menyisip kopi sambil membaca surat khabar. Kemudian aku mengerling Naem yang seperti sedang menanti jawapan.

"Ija pergi rumah Shu, "

"Ya ke? Kalau pergi rumah Shu kenapa Mirul pula hantar Ija balik? " soal Naem.

Aku terdiam. Lantas aku mengemam bibir. Aku memerhati sekeliling. Tiada sesiapa yang mampu menyelamatkan aku. Soalan Naem telah berjaya memerangkap aku.

Encik Suami Bertuah itu awal-awal lagi angkat kaki pulang ke rumah. Macam tahu-tahu saja ada soal siasat. Sudah tu pandai pula berdalih dengan Papa.

"Memang... lah. Tapi Ija minta Amirul datang ambil sebab Shu ada hal. "

Naem yang sedang membaca buku itu jongket kening. "Habis, Shu tak boleh singgah kejap hantar Ija? Ke.. Ija dengan Mirul buat sesuatu yang Abang dengan Papa tak tahu? " giat Naem.

"Hah? Eh, mana ada. " dalihku.

Naem silang tangan. "Ya ke? "

Aku mengangguk. "Betul lah. Ija ingat apa Mama Papa pesan. Jangan nakal nakal, "

"Bagus lah Ija ingat. Lega hati Papa. "

Aku mengerling Papa yang tersenyum lebar sambil melipat akhbarnya lalu diletak atas meja kopi. Lantas lelaki separuh abad itu bangkit dari sofa malas tempat dia melabuhkan duduk tadi.

"Papa nak naik rehat dulu lah eh? "

Aku mengangguk laju. Papa sekadar tersenyum nipis lalu melangkah naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan aku menarik nafas lega.

"Ija, Ija mesti ada sorok something kan dari Abang? "

Aku menoleh. Bibirku mengukir senyuman kelat. Lupa pula aku pada Naem yang masih berada di sini.

Soal siasat belum habis!

***

"Sorry lambat. Ada hal sikit, "

Danish dan Ezwan pantas menoleh memandang Amirul yang tersengih-sengih. Danish menggeleng perlahan.

"Hang ni janji Melayu betui lah. Hang pi mana semalam? Sendiri ajak lepak, sendiri tak dak. "

Amirul menggaru kepala. "Aish, aku tak sempat nak mesej. "

Danish tiba-tiba senyum lebar. "Awat tak sempat? Hang dengan bini hang buat apa semalam? " giatnya.

"Eh! Mana ada buat apa-apa! Kau ni, aku datang sini nak lepak bukan nak jawab soalan pelik kau tu. "

Danish mencebik. Teh tarik diteguk perlahan. "Suka hati hang lah, Mirul. "

Amirul tersenyum nipis. Lantas dia mengangkat tangan untuk membuat pesanan minuman. Selesai membuat pesanan, dia mengerling Ezwan yang dari tadi hanya diam. Sibuk pula bermain dengan sudu garpu.

"Nish, "

"Hmm, "

"Ezwan tu apa hal? " soalnya dengan dahi berkerut.

"Hmm... tu lah hang tak tau. Semalam ajak lepak, tak mai. Terlepaih cerita best. "

"Cerita apa? "

"Ezwan tu dah tangkap cintan dengan minah donut, "

Makin berkerut dahi Amirul mendengar kata-kata Danish. "Minah donut? "

Danish mengangguk. "Marka lawa, "

***

Aku melangkah mendekati sebuah meja di hujung restoran. Dari jauh aku sudah menangkap figura Muizah sedang melambai tinggi. Aku tersenyum.

"Lama ke tunggu? "

"Tak juga. Aku pun baru sampai, "

Aku mengangguk faham. Kerusi setentang dengan Muizah aku tarik lalu duduk. Penat berjalan masih tidak hilang.

"Shu mana? " soalku.

Muizah angkat bahu. "Entah lah. Aku call sibuk gelak gelak. Macam tak betul, "

Automatik dahiku berkerut. "Gelak? "

Muizah mengangguk. "Kau tak percaya? " giatnya.

"Eh.. bukan aku tak percaya. Tapi aku pelik. Ya lah, Shu tu kan macam peti ais. Tak ada perasaan. Meremang bulu roma aku dengar kau kata dia gelak, "

Lantas Muizah ketawa. "Aduh.. kau ni, Ija. Sehari tak buat aku gelak, tak sah. "

"Ish, aku cakap benda betul lah. "

Muizah angkat kedua tangan separas bahu tanda mengalah. "Okay, aku tak gelak dah. "

"Tahu pun. So, ada apa bakal kakak ipar nak jumpa ni? " soalku.

Muizah menarik nafas dalam-dalam. Tanganku digenggam erat. Dia merenung wajahku.

"Ke.. ke.. kenapa ni? "

"Ija, aku harap kau sedia untuk dengar apa aku nak bagitahu kau ni. Dan aku harap kau jangan marahkan Amirul. "

Dahiku berkerut. Apa sebenarnya yang cuba Muizah sampaikan? Dan kenapa pula Amirul ada kaitan dengan hal ini?

jeng jeng jeng.. kita kasi suspend sikit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience