BAB 29

Romance Completed 29336

"Akhirnya dapat juga datang balik ke rumah ni, "

Aku mendepakan tangan sambil memejam mata. Nafas aku hela dalam-dalam. Sudah terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini.

"Tak puas lagi ke hidu aroma rumah ni? " perli satu suara.

Pantas aku menoleh memandang Amirul yang sedang duduk di sofa dengan senyuman mengejeknya itu. Aku mencebik.

Suka buat orang sakit hati!

"Rumah ni tak lari mana pun. Cepat lah kemas baju tu. Nanti malam pula, " Amirul bersuara lagi.

"Aish.. sabarlah. Biar Sayang ambil feel dulu, "

"Eceh, feel konon. "

Amirul bangkit dari duduknya lalu perlahan-lahan menapak ke balkoni rumah. Lantas dia memeluk aku dari belakang.

"Sayang ni nak buat scene Titanic ke? " soalnya.

Aku tersenyum. "Boleh juga. "

Makin lebar sengihan Amirul. Sengaja dia mendaratkan kepalanya di atas bahuku. Hembusan nafasnya tidaklah merimaskan. Malah membuatkan aku tenang.

"Abang tak nak kita bercinta macam Jack dan Rose. Akhirnya tak ada happy ending. Abang nak kita bercinta macam Nabi Muhammad dengan isteri-isteri baginda. Kekal sampai syurga, "

Aku mengemam bibir. Aduh... Amirul ni. Cair meleleh aku dibuatnya. Tak sangka pula Amirul yang nampak beku ni rupanya pandai mengayat!

"Abang ni... "

Amirul tersenyum. "Dah senja ni. Tak elok duduk kat luar. Jom, kita kemas baju lepas tu rest. Esok aje lah eh gerak? "

Aku mengangguk laju. Tunda sehari!

***

Ezwan menyisip sedikit kopi dari cawannya. Sesekali dia mengerling Shuda yang berwajah kelat. Langsung tiada secalit senyuman!

"Ehem.. " dia berdehem perlahan.

"Cik.. Shu.. haida.. actually.. "

Shuda mendengus perlahan. Tangan disilang memeluk tubuh. "Encik tak rasa ke yang Encik ni pelik? "

"Hah? " Ezwan tercengang. Pelik? Maksud?

"Kalau saya jadi Encik lah kan, lama dah saya kahwin. At least ada jga orang jagakan makan saya, minum saya, pakai saya. Tapi, Encik nak membujang pula. Apa sebabnya? Saya sendiri pun nak tercabut saraf otak nak fikir, " keluh Shuda.

"Tap.. tapi... "

"Saya belum habis cakap lagi, Encik Khairul Ezwan. " pintas Shuda. Matanya dijegil memandang Ezwan.

Ezwan tersenyum kelat. Air liur diteguk. Kelat.

"Okay, dengar baik-baik. Saya nak terus terang aje dengan Encik Ezwan. Dan saya takkan ulang dua kali, "

Ezwan mengangguk faham. Shuda lantas menghela nafas dalam-dalam.

"Encik betul ke tak kisah membujang sampai tua? " soal Shuda.

Tidak semena-mena dahi Ezwan berkerut. "Kenapa tanya? "

"Jawab aje lah, " tegas Shuda.

Bahu Ezwan terhenjut mendengar suara Shuda yang naik seoktaf itu. Garangnya!

"Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana, kan? "

"Tapi, semua manusia diciptakan berpasangan. " bidas Shuda.

"Memanglah. Tapi, saya ni sampai sekarang tak nampak bayang pasangan yang awak cakapkan tu. "

Shuda jongket kening. "Kenapa pula tak nampak? "

"Dah memang tak nampak. Saya ni nak kata handsome pun tidak. Ada ke orang nak? "

"Ada. Saya, "

"Hah? " Ezwan tercengang.

"Hah? " Shuda pula tercengang.

Parah!

***

Sekeping biskut aku suap masuk ke dalam mulut. Perlahan-lahan mulutku mengunyah biskut cip coklat sambil mata memandang tepat pada skrin televisyen. Kepala aku sandarkan selesa ke dada Amirul.

Semenjak dua menjak ini mulutku tak henti-henti mengunyah. Asyik-asyik saja tangan ini gatal mencari kudapan. Kalau sehari mulut ini tidak bergerak untuk mengunyah, tak sah agaknya.

"Alaa... dah habis.. " keluhku.

Lama aku merenung balang biskut yang sudah kosong. Bibir sengaja aku muncungkan lalu aku mendongak memandang Amirul.

"Abang... "

"Hmm.. "

"Biskut habis... "

"Hmm... "

"Alaa... biskut habis.. "

Amirul menundukkan kepalanya lalu tersenyum. Gatal saja tangannya mencubit pipiku.

"Aish, Sayang ni.. makin lama makin comel buat Abang geram lah! Tak sengaja ke memang sengaja ni? "

Aku cuba menepis tangannya. "Ish.. sakit lah.. biskut habis ni. Baby nak biskut, " tegasku.

"Ai, pasal biskut pun boleh buat dahi ni berkerut-kerut eh? "

Tangannya naik pula mengurut dahiku. Aku tersenyum.

"Ei... janganlah... "

"Aloo manjanya.. "

"Betul ni, biskut dah habis. Ni yang last, "

Amirul jongket kening. "Aik? Bukan hari tu ada banyak ke? "

"Memang lah. Itu hari tu. Ini hari ni. Abang tu lama sangat duduk rumah sorang-sorang sampai barang dapur pun tak restock lagi. " bebelku.

"Ei.. tengok tu. Dia buat lagi muka comel. Geramnya... " hidungku dicuit lembut.

"Apa kata kita pergi beli barang dapur? " cadangku.

Amirul herot bibir. "Sayang larat ke? " soalnya dengam nada penuh ragu.

"Larat.. Jangan risau lah. Nanti kalau Sayang tak larat, Abang sumbat aje masuk dalam troli. Okay? "

"Sumbat masuk troli eh? " giat Amirul.

"Okay, jom! "

"Yes, biskut! " sorakku.

***

"Haa.. pilih pilih. Nak yang mana? Chipsmore? Oreo? Oreo copy ori? Cepat, cepat. Football match tu break lima minit aje ni, "

Tanganku berhenti membelek paket biskut di rak kedai. Lantas aku memandang Amirul dengan dahi berkerut marah. Dari tadi lelaki itu tidak henti-henti mengerling jam tangannya.

"Kalau macam tu, Abang pergi lah balik. Tengok bola tu sampai lebam. Isteri ni tinggal aje jadi tukun kat sini. Anak dalam perut ni biar aje lapar kat sini. Bola lagi penting, kan? " rajukku.

Amirul tergamam. Dia mengerdipkan mata beberapa kali. Tersalah dengarkah dia?

"Sa.. Sayang.. bukan macam tu. Abang tak bermaksud.. "

"Memang bola lagi penting, kan? " tangan Amirul yang cuba menyentuh bahuku aku tepis kasar.

"Eh.. mana ada. Sayang lagi penting. Kita datang sini nak beli biskut aje kan? "

Aku mencebik lagi. "Tengok tu. Nampak sangat bola lagi penting, kan? Huh! "

Amirul menggaru kepala yang tidak gatal. Dia mengetap bibir. Masa ni juga mahu merajuk Nuriez ni pun!

"Alaa.. Sayang... jangan macam ni. Abang belikan Sayang biskut banyak-banyak. Okay? "

Aku mendengus kasar lalu melangkah keluar dari kedai serbaneka berhampiran rumah kami meninggalkan Amirul terkulat-kulat seorang diri. Bola lagi penting dari isteri, kan? Hah, ambik kau!

"Eh.. Sayang! Tunggu! "

moral of the story, gian nak tengok bola jangan obvious sangat. hahahahha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience