BAB 6

Romance Completed 29336

"Nuriez! Apa ni?! "

Terjegil mata Amirul memandang aku dengan muka tegangnya. Terus aku menekup mulut. Aku sendiri pun tidak sedar mengapa aku menolaknya begitu.

"Sorry, sorry. Saya tak sengaja. Saya tertidur sebab tunggu awak. "

Amirul mencebik. "Tunggu aku buat apa? "

"Saya tak ada kunci rumah, "

Tangan Amirul yang mahu membuka kunci mangga terus terhenti. Ya tak ya juga. Dia sendiri yang lupa memberikan kunci pendua lepas tu mahu mengamuk pula.

"Ehem... " Amirul berdehem beberapa kali.

Amirul pantas membuka kunci mangga pintu grille lalu membuka pintu utama rumah. Selamba saja dia melangkah masuk meninggalkan aku di luar.

"Kau nak duduk dalam ke duduk luar? " laungnya dari dalam rumah.

"Du... du... duduk dalam! "

Laju saja aku berlari masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu. Risau jika Amirul mengunci aku di luar. Lelaki itu bukan boleh dijangka sikapnya.

Aku melangkah ke arah bilik tidurku. Tombol pintu aku pulas perlahan. Belum sempat aku mahu melangkah masuk, tiba-tiba pergelangan tanganku dicengkam kasar. Pantas aku menoleh.

"Amirul... sakit lah... "

Sekarang apa pula? Amirul sudah terjangkit dengan Aniq? Haih, kenapa lah hidup aku begini? Agaknya memang aku dan 'keganasan' tidak boleh dipisahkan.

"Kau nak pergi mana? " soalnya.

"Ma... ma.. masuk bilik lah. Man... di. " terketar-ketar aku menjawab.

Pandangan matanya begitu tajam bak mata pedang samurai yang menikam tepat ke dalam iris mata. Wajah tegangnya membuatkan aku ketakutan.

"Aku lapar, "

Serentak itu Amirul merentap perlahan tangannya. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam biliknya. Aku masih terkebil-kebil dengan mulut yang sedikit terbuka.

Boleh sesiapa terangkan, situasi apa tu tadi?

***

Tombol pintu bilik aku pulas sebelum melangkah keluar. Tudung bawal yang sudah tersarung di kepala aku rapikan. Hari ini aku hanya menggayakan kemeja putih labuh bersama seluar jeans longgar disebabkan penggambaran hari ini memerlukan aku banyak bergerak.

Aku mengerling jam tangan Aku sudah berkira-kira mahu ke pejabat. Sarapan untuk Amirul aku sudah sediakan awal lagi. Sempat lah juga aku menjamah sedikit sandwich sardin untuk mengalas perut. Beg kamera aku sandang ke bahu.

Hampir saja aku terkena serangan jantung melihat Amirul yang sedang menikmati sarapannya di ruang makan yang gelap tanpa cahaya lampu. Mujurlah aku kadangkala menonton filem seram.

Dah macam conjuring! Buang tabiat ke apa?

"Dah nak pergi kerja? " soalnya tanpa sedikitpun memandang aku.

Aku mengangguk laju. "Pagi ni ada photoshoot, "

"Tak nak makan dulu? "

"Dah makan, "

"Kau pergi kerja naik apa? "

Aku tercengang. Terkebil-kebil aku memandang Amirul. Mahu terlopong aku dibuatnya. Apa kena dengan Amirul ni?

Semalam bukan main lagi macam singa mahu membaham rusa. Hari ini sudah seperti seorang polis pula bertanya itu ini. Dalam badan Amirul ni, angin jenis apa? Angin Monsun Barat Daya atau Angin Monsun Timur Laut? Ke angin kus-kus? Sekejap okay sekejap tidak.

Pening aku!

Aku tersenyum kelat. "Naik grab aje, "

"Selama ni, siapa hantar kau pergi kerja? "

Terus aku menggigit bibir. Dalam banyak-banyak soalan atas muka bumi ini, mengapa harus soalan itu juga yang ditanya oleh Amirul?

"Aku tanya ni, Nuriez. "

"Se... se... selalu... selalu... selalu... "

Haa.. sudah. Jadi minah gagap pula dia. Aku sendiri pun hairan mengapa susah untuk aku menjawab soalan itu. Seolah suara tersekat di kerongkong.

"Siapa? "

Nada suara Amirul semakin naik. Dan aku yakin, itu bukan satu petanda yang baik. Lebih kepada 'malapetaka'.

Laju aku menjawab. "Aniq, "

Terus Amirul memandang aku dengan pandangan tajam. Tidak semena-mena aku menelan air liur. Kadangkala aku benar-benar keliru dengan Amirul.

Bukankah dia juga yang mahu bernikah dengan aku? Sebelum ini lelaki itu tidaklah dingin sebegini. Lepas saja majlis nikah terus bertukar menjadi Khmer Rouge versi Amirul Rauf. Jadi dingin tiba-tiba selepas dia berbual dengan seorang wanita.

Ya, aku sendiri melihat dengan mata kepalaku. Agak lama juga Amirul berbual dengan wanita itu. Namun, dari ekspresi wajah mereka, perbualan itu seolah-olah mempunyai isu yang berat. Kedua-duanya berwajah tegang.

"Lepas aku habis makan, aku hantar kau. Tunggu kejap, "

Aku terkedu. Mulutku sudah terlopong luas memandang Amirul yang selamba saja mengunyah sandwic.

***

"Nah, "

Dahiku terus berkerut. Agak lama juga aku memandang kunci yang dihulur Amirul. Hairan. Mengapa lelaki ini tiba-tiba menghulur kunci?

"Hoi, tangan aku lenguh ni. "

Aku tersenyum kelat. Lekas-lekas aku mengambil kunci yang dihulur Amirul tadi. Kemudian aku membelek-belek gugusan kunci itu.

"Kunci apa ni? "

"Kunci rumah lah. Takkan kunci mall pula, " sindir Amirul. Dia mendengus perlahan.

Nasib kau lah, Ija. Tanya lagi soalan bodoh.

Aku mengerling Amirul. "Terima kasih, "

"Hmm, "

Beg kamera di tepi kaki aku ambil lalu sandang ke bahu. Aku mengerling dia lagi.

"Saya pergi dulu. Thanks sebab hantar saya, "

Aku membuka pintu kereta Honda Civic putih milik Amirul. Belum sempat kaki kiri mahu menjejak tanah, tiba-tiba tanganku digenggam Amirul. Pantas aku menoleh.

"Ya? "

"Petang nanti aku ambil. Nanti aku mesej, "

Aku mengangguk faham. Amirul masih begitu. Dengan muka 'kering'nya. Tiada perasaan.

Aku melangkah keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta sebelah pemandu. Sempat aku menoleh memandang kereta Amirul yang sudah ke jalan besar.

Ada beberapa perkara yang membuatkan aku hairan dengan Amirul. Satu, asyik saja mood swing tidak kira masa. Cakap sikit sudah melenting semacam taufan dengan kilat sabung-menyabung. Kemudian, tiba-tiba saja prihatin tanpa sebab.

Dua, nada suaranya yang sudah seperti petir. Tidak habis-habis mahu menengking. Kalau tidak menengking berdosa agaknya. Tiga, dia lebih 'suka' mencengkam pergelangan tanganku daripada memanggil namaku. Nama aku yang tidak sedap disebut atau mulutnya penuh emas 24k?

Ah.. kalau disenaraikan pun, mahunya jadi senaskhah novel tebal. Terlalu banyak.

Aku menolak pintu kaca studio fotografi tempat aku bekerja. Masuk-masuk saja sudah disapa bayu lembut pendingin hawa. Aku melangkah ke meja pejabatku.

"Ija! "

Aku menoleh. Terus aku tersenyum lebar. "Eh? Awalnya kau datang. Mimpi apa pula ni? "

Shuda mencebik. "Pandai je nak perli orang. Ni, tadi aku nampak kau keluar dari satu kereta ni. Amirul eh hantar kau? "

Aku menyilang tangan. "Sejak bila Cik Shuhaida ni dah jadi busy body? Hmm? "

"Mana ada busy body. Aku tanya je. Ya lah, risau juga aku tengok kau serumah dengan lelaki yang kau tak pernah kenal. "

"Lelaki tu suami aku. Bukan lelaki yang tak pernah kenal. "

Shuda mengeluh. "Kalau kau dah kata macam tu, aku tak boleh kata apa lah. Aku just harap, semoga dia jaga kau elok-elok. Lebih elok dari Aniq jaga kau. "

Aku tersenyum hambar. Hmm, elok sangat.

***

Aku termenung jauh sambil menongkat dagu. Tanganku pula sibuk mencucuk-cucuk spagetti tanpa sedar.

"Ija? "

Terus aku memandang Muizah dengan kening terangkat. "Ya? "

"Tak elok lah termenung depan rezeki. Kalau kau ada masalah, jangan lah pendam. Cerita dengan aku, "

Aku tersenyum hambar. "Tak ada apa-apa lah. "

Mataku kembali memandang ke arah pasangan yang dari tadi hanya diam menjamah makanan. Aku kenal siapa mereka. Lelaki berkemeja biru pudar itu ialah Amirul. Wanita itu pula wanita sama yang berbual dengan Amirul pada hari pernikahan aku dan dia.

Siapa wanita itu sebenarnya?

"Tengok. Termenung lagi. Tak ada selera lah aku makan kalau kau diam aje asyik termenung. " rajuk Muizah.

"Alaa... jangan lah macam ni. Aku tak sengaja. Aku tak buat lagi. Okay? " pujukku.

Muizah lambat-lambat mengukir senyuman. Dia mengangguk. "Kalau kau ada problem, cerita kat aku. "

"Ya... aku cerita, "

"Ija, "

Haa.. part inilah yang aku paling tidak suka. Mana saja aku pergi, pasti terserempak dengan lelaki ini. Agaknya aku salah satu destinasi dalam aplikasi GPS. Taip saja tekan search terus jumpa. Ceh.

"Awak nak apa lagi? " soalku.

"Ija, kalau awak tak bahagia dengan Amirul, awak boleh bagi tahu saya. Saya boleh tolong awak kalau awak nak bercerai dengan Amirul. "

Terus Muizah duduk tegak dengan wajahnya yang sudah bertukar tegang. "Ya Allah, Aniq! Kau sedar tak kau cakap apa ni? Berdosa tahu tak? "

"Aku sedar, Zah. Sebab aku sedar aku cakap macam ni. Ija, saya tahu awak tak bahagia. Saya akan tolong awak berbaik dengan Papa. Lepas tu awak bercerai then kita kahwin. "

Mataku terbeliak besar. Laju saja tangan kananku menampar pipi Aniq. Sanggup dia mengeluarkan kata-kata seperti itu?

"I... Ija... "

Aniq terkedu. Tangannya menyentuh pipi yang terasa panas. Ini kali kedua dia ditampar oleh gadis itu.

"Saya isteri dia. Selama-lamanya isteri dia kalau Allah dah tentukan dia jodoh saya. "

Aniq sudah tertunduk malu. Bertambah malu bila mana beberapa pelanggan restoran itu memandang ke arah dia dan aku.

Aku mendengus kasar. "Aku tak nak tengok muka kau lagi sampai bila-bila. Pergi! "

***

Aku memandang cawan kopi di tangan bersilih ganti dengan pintu bilik Amirul. Hatiku berbelah bahagi.

"Nak ketuk ke tak? "

Aku mengherot bibir. "Ketuk aje lah, "

Niatku mahu mengetuk pintu bilik tidur Amirul terbantut tatkala daun pintu tiba-tiba terbuka dari dalam. Mataku terbeliak besar. Nyaris saja cawan kopi terlepas dari tangan.

"Kau buat kat sini? " soal Amirul kasar.

"Ko... ko... kopi... "

Aku menghulur cawan berisi kopi itu kepada Amirul. Tidak semena-mena dahi lelaki itu berkerut.

"Apa hal tiba-tiba bagi kopi? "

"Er... saya rasa awak macam ada banyak kerja. Jadi, saya buatkan awak kopi. "

Amirul memusingkan lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Terus aku mengekori langkah masuk ke dalam bilik bersaiz sederhana itu.

"Saya letak sini eh? "

Perlahan-lahan aku meletakkan cawan kopi di satu sudut meja kerja Amirul. Mataku ralit memerhati sekeliling. Begini rupanya bilik Amirul Rauf.

"Dah tak ada apa-apa lagi, keluar. "

"Tapi, saya nak tanya sesuatu. "

"Hmm, "

Aku memandang sekilas Amirul sedang fokus menatap skrin komputer ribanya. Aku menelan air liur.

"Tengah hari tadi, saya nampak awak dengan seorang perempuan. Siapa dia? " soalku.

Amirul terus mendengus kasar. Dia mengangkat wajah memandang tajam ke arahku. Makin galak jantungku mengepam darah seolah aku kini sedang memasuki acara larian maraton.

"Kau boleh tak jangan sibuk hal aku? Aku tak sibuk sibuk pun hal kau, kau pula nak menyibuk? Apa masalah kau ni? "

Aku menundukkan wajah. Kata-kata Amirul membuatkan hatiku rasa terhiris. Rasa terguris. Sakit.

"Saya cuma tanya sebab saya risau. Awak kan suami saya, "

Automatik Amirul bangkit dari kerusi. Wajahnya sudah berubah tegang. Timbul urat di tepi dahinya. Lelaki itu benar-benar marah.

"Kau memang tak ada kerja lain selain nak menyibuk hal orang, kan? Mari sini, biar aku ajar kau cara untuk tak menyibuk hal orang lain. "

Amirul terus menarik tangan ke arah bilik tidurku. Tombol pintu dipulas kasar lalu dia menolak aku ke atas katil. Pintu bilik dikunci rapat.

"Suka sibuk hal orang, kan? Mari sini aku bagi kau 'pengajaran' sikit, "

Aku menggeleng laju. Air mata tidak mampu ditahan dari mengalir. Tidak pernah aku sangka begini rupanya bayang-bayang Amirul.

"Apa geleng geleng?! "

"Jangan... "

"Kau yang minta, kata jangan pula? Mari sini aku ajar kau! "

"Amirul! "

eh eh... teruknya perangai... dah macam kena rasuk! sila lah kecam bergilir-gilir...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience