BAB AKHIR

Romance Completed 29336

Aku melipat kain sejadah. Kemudian aku duduk di birai katil. Amirul yang sedang mengerekot tidur atas lantai beralaskan tikar mengkuang aku tenung lama.

Lantas aku menapak ke arahnya lalu duduk melutut di sebelah Amirul yang lena. Aku menundukkan sedikit kepala. Tanganku naik mengelus wajahnya.

Mustahil jika aku tidak rindukan dia. Tipu jika aku bencikan dia. Selama dua bulan ini, hati aku terlalu sarat menanggung rindu. Terlalu sarat menahan sakit.

"Itu bermakna maaf dalam hati kamu tu dah berubah menjadi dendam, Ija. "

"Perkahwinan ni masih
muda, Ija. Masih terlalu awal untuk ditamatkan. Kamu tak kasihan ke pada anak kamu? Sanggup kamu biar dia membesar tanpa kasih seorang bapa? "

Benar kata Nek Maryam. Kemaafan buat Amirul dalam hatiku sudah berubah menjadi dendam. Dendam pada suami sendiri setelah apa yang Amirul telah lakukan pada aku.

"Cinta awak tu buat saya menderita, Amirul Rauf. "

Tangan Amirul aku raih lalu aku cium lembut. Seraya itu air mataku mulai mengalir.

"Eh.. Sayang? Kenapa ni? "

"Abang... Nuriez minta ampun. Nuriez minta ampun, "

Amirul mengubah posisi. Dia duduk bersila menghadap aku.

"Abang yang patut minta maaf dekat Sayang. Abang dah banyak buat salah dekat Sayang dan baby, "

Aku menggeleng. "Nuriez yang berdosa dengan Abang. Nuriez biar Abang dekat luar panas hujan, Nuriez cakap macam-macam dekat Abang, Nuriez tak bagi Abang tidur sekatil, Nuriez biar Abang tidur atas lantai. Nuriez minta ampun... "

Amirul lantas memelukku erat. Ubun-ubun kepalaku dikucup lembut.

"Abang yang kena minta ampun dekat Sayang. Abang banyak salah dekat Sayang. Sayang tak salah, "

***

Aku melangkah keluar dari bilik diikuti Amirul yang mengekori di belakang. Masuk saja ke ruang dapur, mataku tertancap pada figura Nek Maryam sedang menyusun juadah sarapan.

"Muizah mana, nek? "

"Ada dalam bilik. "

Nek Maryam terjeda seketika. Dia mengerutkan dahi memandang aku dan Amirul. Kemudian dia menuding jari ke dahinya sambil menjongket sebelah kening.

"Hah? " aku tercengang. Sejak bila pula Nek Maryam guna body language?

"Kerut di dahi kamu sepanjang hari semalam. Mana perginya? " perli Nek Maryam.

Aku tersenyum kelat. "Tak elok kalau muka masam aje setiap masa, "

Nek Maryam turut tersenyum. "Hmm.. bagus lah kalau kamu berdua dah berbaik. "

Aku tersenyum nipis. Amirul di belakang aku kerling sekilas.

"Haa... Mari lah sarapan. Tunggu si Muizah tu sampai esok kita tak makan gamaknya, " seloroh Nek Maryam.

"Wah... mee goreng! "

***

"Dua bulan Ija dekat sini. Bila Ija tiba-tiba nak balik macam ni, sunyi pula nenek rasa. " keluh Nek Maryam.

Aku tersenyum nipis. "Alaa... nenek jangan risau. Nanti Ija ada masa, Ija melawat nenek. Ija bawa cicit nenek sekali. " selorohku.

Nek Maryam ketawa kecil. "Amboi... pandainya dia bergurau. "

"Nek, " Amirul menghulur tangan untuk bersalaman.

"Jaga diri elok-elok ya? Ingat, kalau ada apa-apa hal berbincanglah. Berjauhan satu sama lain bukan penyelesaian, " pesan Nek Maryam.

"Baik, nek. Kami ingat, "

Aku membuka pintu kereta lantas masuk. Hatiku rasa sebak. Manakan tidak, dua bulan aku di sini menemani siang malam Nek Maryam. Kini, aku harus pulang ke Kuala Lumpur bersama Amirul.

"Bye, nek! "

***

SETAHUN KEMUDIAN.

"Alaa... manjanya dia ni. Meh sini saya suapkan. "

Kek diambil sedikit mengunakan garpu sebelum dia menyuap masuk ke dalam mulut Shuda. Gadis yang anggun berbusana baju Kurung itu tersenyum suka.

"Awak pula, "

Garpu di tangan Ezwan bertukar tangan. Sepotong kecil kek diambil lalu disuap masuk ke dalam mulut.

"Eh, eh. Mengada ngada suap bagai, "

Ezwan dan Shuda menoleh. Masing-masing mencebik melihat Amirul yang sedang mendukung bayi.

"Ni bini aku, aku punya suka lah nak mengada sampai petala langit ke tujuh pun. " Ezwan mendengus geram.

Setahun sudah berlalu. Macam-macam juga sudah berlaku. Shuda dan Ezwan akhirnya berkahwin hari ini setelah puas setahun bergaduh, bergurau dan mengenali hati masing-masing.

Awal tahun lepas pula Muizah dan Naem selamat disatukan dalam majlis yang cukup haru. Manakan tidak, lima kali Naem tersalah sebut nama Muizah. Itulah.. siapa suruh nama complicated sangat; Farhanajatul Muizah. Naem pun satu, bongkak konon tak mahu practice.

Tentang Aniq dan Wardah.. Alhamdulillah.. Minggu lepas mereka sudah sah sebagai suami isteri. Inilah orang katakan, masing-masing punya kisah masing-masing. Pengalaman yang berharga ini telah menjadi pengajaran bagiku dalam mendewasakan diri ini.

"Ha.. Tengok tu, Ibu dah balik. Nana jangan nangis lagi eh? " pujuk Amirul.

Aku tersenyum melihat Amirul yang kalut sedang menenangkan anak kami yang dari tadi asyik menangis. Lantas tugas mendukung Nurien Raihanah bertukar.

"Laa.. kenapa muka ketat ni? " soalku.

Amirul menjuih bibir pada Shuda dan Ezwan yang sibuk suap-menyuap. Aku ketawa kecil.

"Oh.. ni kes nak suap juga lah ni? " tekaku.

Pipiku Amirul cuit lembut. "Pandai, "

"Sayang pun dah lapar ni. Jom lah duduk dekat meja Abang duduk tu, "

Amirul mengangguk. Aku mengekori langkag Amirul menuju ke arah Naem. Dari jauh sudah nampak wajah resah Naem. Mana tidaknya, Muizah sedang sarat hamil. Suami siapa saja yang tak cemas.

"Elok-elok lah... "

Muizah menepis tangan Naem. "Saya punya tangan ni masih function lah. Boleh suap sendiri, "

"Tapi... "

Aku menggelengkan perlahan memandang Naem. Akhirnya Naem akur, membiarkan saja Muizah menyuap makanan sendiri. Naem pun satu hal. Macam lah Muizah tiada kaki tangan.

"Eh, Ija. Lamanya hilang, " tegur Muizah.

"Pergi tandas tadi, "

Muizah mengangguk perlahan. Tiba-tiba dahinya berkerut. Tangannya mencengkam kuat lengan abangku.

"Na.. Na.. "

"Eh, kenapa ni? " Naem cemas.

"Baby... " Nafas Muizah mulai tidak teratur.

Sekelip mata saja suasana majlis persandingan Shuda dan Ezwan bertukar kalut. Sampaikan Shuda dan Ezwan terkocoh-kocoh ke arah kami dengan masing-masing memegang sudu.

"Kenapa ni? "

"Hospital! " jerit Muizah.

"Hah? " Naem tercengang.

Pantas aku menampar bahu Naem. "Eh, cepat lah. Hospital! "

"Haa.. Hotel! Eh, klinik! Eh, hospital! " kalut Naem.

Aku menahan ketawa melihat abangku mendukung Muizah lalu berlari keluar dari dewan. Aku mengerling Amirul.

"Kecoh betul Abang tu, "

"Sama lah macam Sayang pun, "

Aku mencebik. "Mana ada. Abang apa tahu? Masa tu Sayang panik gila bila baju semua habis basah. Abang pula dah macam tarzan kalutnya, " ungkitku.

"Amboi... Abang tarzan ya? "

Aku tersenyum. "Kalau Abang tarzan, biar Sayang jadi Jane. Okay? "

"Boleh Sayang... Ehh, jom. Pergi hospital. Jangan Abang Naem tu pengsan sudah lah, " seloroh Amirul.

Aku ketawa kecil. Pipi Nurien Raihanah dalam dakapanku aku kucup lembut. Raihanah ketawa suka. Alahai.. comelnya anak aku ni... sama macam Abah dia.

"Wah... Tak lama lagi Nana ada sepupu lah, "

Amirul mengangguk setuju. Tiba-tiba dia mengherot bibir. "Tapi.. sepupu aje ke? Adik baru tak ada? " giatnya.

Laju saja tanganku mencubit bahu Amirul. "Gatal eh! "

"Aduh... gurau aje lah! " getus Amirul. Bibirnya sudah muncung sedepa sambil tangan menggosok bahu.

Aku mengerling Amirul. Lantas aku mengemam bibir. "Tapi... lepas dua tiga bulan nanti, boleh kut. "

Amirul tersenyum lebar. "Serious?! "

"Of course. Dua ke tiga ke, Sayang tak kisah. "

"Uish... kalau Abang nak satu team bola dengan 5 pemain simpanan? "

"Eh, ngada ngada pula! "

"Bukan selalu, "

Aku tersenyum. "Nana besar nanti kena jadi good girl tau? Jangan nakal-nakal macam Abah ni, "

"Eleh... Nana jangan jadi degil macam Ibu tau? Asyik nak menang aje kerjanya, "

"Eh, tiba-tiba. " aku dan Amirul sama-sama ketawa.

Amirul merangkul pinggangku. Seperti kebiasaan, kepala aku lentokkan ke bahunya. Lantas kami melangkah beriringan. Seolah hanya kami bertiga saja di sini. Ya Allah, moga bahagia ini kekal sampai syurga.
Sesunguhnya, cinta itu miracle. Salah satu antara berjuta kebesaran Allah swt. Betapa Allah Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan perasaan yang namanya cinta. Satu perasaan yang sukar ditafsirkan hanya dengan kata-kata. Hanya mampu dirasa dengan hati yang tulus dan ikhlas.

Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku seorang Amirul Rauf sebagai suami yang mampu membimbing aku ke syurga, anak secomel Raihanah, abang yang sangat melindungi seperti Naem, sepasang ibu bapa sehebat Mama dan Papa.

Tak lupa juga sepasang ibu bapa mentua sebaik Umi dan Ayah, sahabat sesetia Muizah, Shuda dan Nina, nenek sebaik-baik pemberi tunjuk ajar seperti Nek Maryam dan kenangan seindah Aniq dan Wardah. Segalanya kenangan yang yang cukup bermakna. Cukup mengajar aku bahawa hidup ini takkan ada maknanya jika seseorang manusia itu tidak diduga.

Kerana itu adalah MIRACLE CINTA. Lambang kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan apa-apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.'
[ Surah al-Baqarah : ayat 286 ]

TAMAT.

yeayyyy maka tamatlah cerita Miracle Cinta ini setelah puas kita menempuh liku-liku. cehhh... hahahaha. layankan sangat malas aisya tu.. kejap timbul kejap tenggelam.. anyway, aisya nak say a lot of thanks kepada semua yang rajin baca/comment kat cerita ni. Your supports really make my day.. : ) aisya suka sangat baca comments semua. asyik gelak sorang2... kelakar... kesian juga aniq asyik kena kecam, amirul pun sama... hahahha... tapi ni sekadar cerita.. don't take it seriously... apa apa pun... thanks sebab support aisya.. **a big love for you** #staysafe #stayathome #tata!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience