BAB 30

Romance Completed 29336

Dari tadi mataku tidak berkelip memandang satu beg plastik besar penuh pelbagai jenis biskut. Kemudian aku memandang Amirul yang sedang tersengih.

"A.. pa... ni? "

"Macam yang Sayang nampak, biskut. Semalam Sayang nak biskut, kan? Haa.. ni Abang dah beli banyak-banyak. Tinggal Sayang nak pilih aje, " seloroh Amirul.

Aku kembali memandang plastik besar di atas meja makan itu. Lantas aku mengeluh panjang. Padanlah lepas subuh saja terus hilang. Siap suruh aku tidur balik lagi.

"Sayang... tak suka ke? "

Serta-merta aku tersenyum. "Siapa tak suka. Abang ni.. sweet sangat lah... "

"Fuh.. nasib. "

"Thank you tau, "

Amirul tersenyum. Bungkusan biskut Oreo diambil lalu dikoyak sedikit. Sekeping biskut dihulur kepada aku.

"Nah. Baby makan kenyang-kenyang eh? "

Aku tersenyum. "Abang ni.. "

"Sayang nak makan apa? Abang belikan. Jangan yang pelik-pelik sudahlah, "

Aku herot bibir. "Chicken chop? "

Amirul lantas memetik jari. "Chicken chop? Okay, cun! Kita bersiap, gerak sekarang juga. "

"Eh, kedai tak buka lagi lah. Baru pukul 9, "

Amirul kerut dahi. "Oh, ya eh? "

Aku ketawa kecil. "Ada-ada je, "

***

"Wah, wah! Pengantin baru dah sampai! " suara Naem mengusik memenuhi segenap ruang rumah.

"Kamu ni, Naem. Ija sampai dah langkah bendul kahwin dulu. Naem ni sampai sudah tak kahwin. Berapa lama lagi nak tunang? " soal Papa.

Tidak semena-mena wajah ceria Naem bertukar mendung. Sensitif tatkala isu itu dibangkitkan.

"Papa ni.. Naem nak kumpul duit dulu. Biar majlis grand! " Naem mendepakan tangan.

Mama menggelengkan kepalanya. "Ada aje alasannya, "

"Oh, ya. Ija hari ni macam mana? Okay? Ada muntah muntah? " soal Mama prihatin.

Aku tersenyum nipis. "Ada lah juga. Tapi tak teruk sangat, "

Mama mengangguk faham. "Bila nak gerak pergi Cameron? "

Serta-merta aku dan Amirul berpandagan. Kononnya mahu berbulan madu ke Pulau Sipadan, Sabah. Namun dengan keadaan aku yang sekejap okay sekejap tidak, maka dimatikan saja hasrat nan satu itu.

"Tengah hari sikit lah rasanya. " jawab Amirul.

"Tak panas ke? " celah Naem.

Amirul tersenyum nipis lalu menggeleng. "Insha Allah, tak. "

"Eh, Mama dah siap masak tadi. Jom, makan dulu. Dah kenyang apa semua, Amirul dengan Ija gerak lah eh? " pelawa Mama.

Aku tersengih. "Boleh juga. Baby pun lapar ni, "

***

"Sayang okay ke? Nak minyak angin ke apa-apa? Tak nak? "

Aku menggeleng perlahan. Tanganku dari tadi tidak henti mengurut kepala yang berdenyut. Mahu pecah rasanya.

"Ni semua Naem punya pasal lah ni. Dia punya idea cadang suruh pergi honeymoon. Kalau Abang tahu jadi macam ni, kita duduk aje dalam bilik tidur diam-diam. " bebel Amirul.

Aku tersenyum nipis. Sempat aku mengerling sekilas Amirul yang sedang membebel dari ekor mata. Comel saja lagaknya.

"Sayang ni, senyum-senyum pula. Orng tengah risaukan dia, boleh pula dia buat derk aje? "

"Mana ada buat derk. Sayang dengar lah, "

Amirul herot bibir. "Sayang pening kepala lagi? Ke nak singgah RnR? "

Aku menggeleng. "Tak apa. Pening sikit aje. Mungkin sebab jalan ni banyak selekoh agaknya, "

Amirul tersenyum nipis. Selimut yang menutupi tubuhku ditarik ke atas. Tangannya kemudian menurunkan nombor pendingin hawa kereta.

"Sayang tidur dulu. Nanti Abang kejut kalau dah sampai. Okay? "

Aku mengangguk perlahan.

"Sleep tight, "

***

Aniq memincingkan matanya memandang kereta Honda Civic putih di hadapannya. Dia berusaha untuk fokus mengekori kereta itu.

Dia tekad. Dia harus lakukan sesuatu. Jika bukan dia yang memiliki Nuriez, tiada sesiapa pun di muka bumi ini yang boleh memiliki Nuriez.

Sejak pagi tadi lagi dia sudah mula mengekori kereta Amirul. Dia sanggup meminjam kereta sahabatnya semata-mata tidak mahu kelihatan jelas dia mengekori Amirul dan Nuriez.

"Mana kau orang nak pergi ni? "

Hujan yang lebat sedikit sebanyak membataskan penglihatannya. Malah kelibat kereta Honda Civic putih milik Amirul itu juga semakin samar dek hujan.

Sebuah kereta Perodua Myvi biru metalic yang tiba-tiba memotong menyebabkan Aniq gagal mengekori kereta Amirul. Lantas dia memukul stereng kereta dengan penuh rasa marah.

"Tak guna! "

maaflah ye chapter kalini pendek sikit.. takde idea.. hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience