Rate

MCL

Romance Series 15856

Dari gaya Syed Saddiq bercakap membuatkan Sufia, terasa seperti dirinya disekolahkan. Gadis itu pendam saja rasa sakitnya hati itu.

Syed Saddiq keluarkan makanan yang  merupakan roti krim perisa jagung di dalam begnya yang sengaja dibawa untuk situasi kecemasan kemudian dia makan roti tersebut.

Sufia perhatikan saja tingkahlaku Syed dengan segenap rasa kecewa. Dulu Sufia tak kisah sekiranya bosnya memarahinya kerana ia begitu puja dengan Syed Saddiq. Namun sekarang, baru Sufia tahu sifat sebenar Syed Saddiq ketika mereka dalam situasi begini. Dia tidak boleh tak kisah lagi.

Sufia berganjak dari Syed dan duduk jarak jauh sedikit dari Syed Saddiq. Kemudian dia simpan semula kotak rawatan kecemasan di dalam beg galas kemudian dia mengeluarkan sekeping gambar di dalam begnya lalu dia tatap gambar kenangan manis bersama keluarganya. Dia mula berasa rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience