Rate

MCL - BAB 104

Romance Series 15856

Sesudah itu, Sufia turun makan di dapur. Terlihat, Puan Zaharah dan Syed sudahpun duduk.

Puan Zaharah:"Fia, mari kita makan. Mesti kamu lapar tu."

Sufia duduk bersama mereka. Puan Zaharah cedokkan Sufia nasi dan lauk istimewa untuk Sufia. Sudah baca doa makan, Puan Zaharah dan Syed mula santap makanan. Namun Sufia segan mahu makan.

Puan Zaharah:"kenapa tak makan nak? Tak sedap ke bonda masak?"
Syed:"tak payahlah malu sangat."
Puan Zaharah:"hmm, makan Fia, jangan malu-malu. Buat aje rumah ni macam rumah kamu sendiri."

Sudah dipujuk oleh Puan Zaharah, Sufia tarik pinggan kemudian dia melahap nasi lauk hidangan istimewa dengan penuh berselera amat rasa lapar bagaikan tidak makan bertahun-tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience