Rate

MCL

Romance Series 15856

Usai majlis tahlil arwah bapanya, Sufia menunaikan solat Isyak dan selepas itu, dia baca Al-Quran supaya arwah ibu dan bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sudah habis baca ayat suci Al-Quran, Sufia berbaring di atas lantai dengan bertelekung sambil dakap erat Al-Quran di dadanya. Sufia jadikan Al-Quran sebagai penenang hati yang kesedihan. Tidak lama kemudian, Sufia terlelap.

"Alang, pergi panggil Fia makan. Dari siang tadi sampai sekarang tak makan lagi. Gastrik karang." Puan Zaharah menyuruh Syed panggil Sufia turun makan.

"Baik bonda, alang panggil Fia kejap."

Syed pergi ke bilik tidur Sufia. Sebaik dia kuak pintu bilik tidur Sufia, terlihat Sufia tidur dalam keadaan bertelekung sambil berpeluk Al-Quran. Sejuk mata Syed memandang gadis itu, tersenyum melihat bakal isterinya.

Syed menghampiri sisi Sufia, dia bertinggung kemudian kejutkan Sufia yang terlena.

"Sayang... Bangun sayang..." Tiga kali Syed kejut Sufia, baru Sufia terjaga dan buka kelopak matanya.

Dalam mata Sufia yang mamai, dia terpandang Syed di sisinya. Sufia pun tidak sedar bilakah masa dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience