Rate

MCL - BAB 94

Romance Series 15856

seraya Sufia tolak Meisha hingga terlentang dan tarik rambut Meisha. Kemudian Sufia pukul Meisha tanpa disedari.

rakan-rakan Meisha bukan nak merenggangkan pergaduhan Sufia dan Meisha, malah mereka berapikan keadaan lagi.

Zaid dan Syed nampak seperti kecoh di tempat yang Syed nampak.

"apahalnya tu bro?" Tanya Zaid pada Syed. mereka pun panik sikit takut-takut terjadi perkara yang tidak diingini. Kedengaran seperti kecoh.

bergegas Syed berlari ke arah sekumpulan pelajar berkumpul dan bersorak menonton sesuatu yang hangat. Ternyata Sufia dan Meisha bergelut bergaduh tarik rambut. Syed menyusuri pelajar yang berkumpul kemudian dia dan Zaid renggangkan Sufia dan Meisha.

"stopp!! aku kata stopp!!"

Meisha dengar kata Syed, namun Sufia tidak mendengar malah mahu pukul Meisha lagi. Tak semena-mena Sufia dilempang oleh Syed akibat tidak mahu dengar kata. Serta merta Sufia berhenti dan terkaku.

sudahlah sakit hati Sufia terima, sekarang, pedih di pipinya pula akibat dilempang oleh Syed.

"apahalnya bergaduh kamu berdua ni? aku tak nak masuk campur urusan korang, biar cikgu Anuar yang settle kan korang."

seraya Sufia lari tinggalkan tempat itu. dia menuju ke belakang blok bangunan yang sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience