Rate

MCL - BAB 38

Romance Series 15856

"apa pegang-pegang tangan aku ni?!! Lepaslah!!" Sufia tidak suka dan tidak selesa apabila lelaki bukan mahramnya memegang-megangnya tangannya sesuka hati.

"kalau kau bukak mulut pasal apa yang kau nampak ni, siap kau." Syed mengugut Sufia dan tangan Syed tidak terlepas cengkaman selagi Sufia tidak ikut apa katanya.

"ketua pengawas konon tapi hisap rokok kat sekolah. Bukan main lagi tadi tegur kesalahan aku. Kau lagi hantu!" kata Sufia selamba sahaja.

Kalau diikutkan hati Syed yang panas dengan kata-kata Sufia, tak semena-mena Sufia dilempang oleh Syed. Sifat kesabaran masih ada. Tanpa disedari sekumpulan pelajar lelaki tersebut, Aishah Atilia nampak gelagat mereka mengancam Sufia. Segera Aishah pergi memberitahu cikgu displin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience