Rate

MCL - BAB 45

Romance Series 15856

"Bagi aku duit!!! Kalau tak aku bunuh kau!" Encik Zaki paksa-paksa Sufia. Rambut panjang Sufia disentap Encik Zaki tanpa ada belas kasihan.

"Sakit ayah. Itu duit untuk beli ubat ibu. Janganlah ambil duit tu." Rayu Sufia.

Encik Zaki menolak Sufia ke tepi hingga dahi kepala Sufia terhantuk bucu meja menyebabkan dahi kepala Sufia berdarah. Encik Zaki terus masuk ke dalam bilik tidur Sufia dan menggeledah almari pakaian Sufia. Dengan tidak peduli, Encik Zaki dapat saja wang yang disimpan di dalam tabung Sufia. Diambil kesemuanya duit simpanan Sufia. Dalam kepala Sufia yang sakit itu, Sufia gagahkan jua dirinya kemudian dia menahan kaki ayahnya yang mahu keluar dari rumah itu setelah dapatkan wang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience