Rate

MCL

Romance Series 15856

Syed agak kecewa kerana Sufia tidak memberi jawapan kepada permintaannya kelmarin. Sufia terus masuk kamarnya. Sukar untuk menyatakan hasrat dihati.

9:30pm

"Kenapa awak bawak saya dalam hutan ni? Bukan ke awak kata tadi ada mesyuarat dengan menteri besar nanti? " tanya Sufia yang semakin keliru dengan Syed.

Seingat Sufia, hutan ini pernah menjadi tragedi buruk yang pernah timpa mereka berdua pada bulan Oktober lepas. Kenapa dia datang lagi ke tempat ini? Apakah motifnya?

Katanya tadi, perlu hadiri mesyuarat di dewan Persekutuan Labuan.. Tapi ini bukan tempatnya. Sungguh sangsi. Bijak benar Syed buat helah.

"Tunggu sini jangan pergi mana-mana. " perintah Syed tegas. Tetapi Sufia takut bila harus di tinggalkan sendirian. Sudahlah hanya kepekatan malam yang nampak. Bintang pun sebutir dua di langit bulan juga hanya berbentuk bulan sabit.

Arahan dipatuh kerana Sufia takut dia menimbulkan masalah lain nanti. Beberapa minit kemudian, Sufia menerima isyarat yang menyuruhnya ke suatu tempat. Sebaik kaki Sufia ingin melangkah, Sufia terlihat dia dibawa ke sebuah tempat yang begitu lapang.

Dan apa yang buat Sufia terpesona, tempat tersebut telah terhiasi cantik. Lampu neon belle knox dipasangkan di setiap pokok-pokok bagi menceriakan suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience