Rate

MCL - BAB 77

Romance Series 15856

Kalau ada arwah ibunya sekarang, pastinya kepala Sufia diurut oleh ibunya dan disapukan minyak angin. Sungguh merindui orang yang telah tiada di samping kita amat memedihkan. Sufia teringatkan peristiwa manis saat bersama dengan ibunya.

Syed yang sedang menelaah buku rujukan Sejarah terpandang Sufia yang duduk di hadapannya seperti tidak boleh fokus kepada tugasan dan dia juga Nampak Sufia berkerut dahi dan asyik pegang kepalanya. Seraya Syed merampas sehelai kertas yang Sufia sedang tulis. Mata Syed memanas kerana Sufia hanya baru buat satu perenggan sedangkan hari ini cikgu Nadzmi mahu mengutip semula tugasan yang diberikan dan Nadia, Fikri dan juga dirinya hampir mahu selesai tugasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience