Rate

MCL

Romance Series 15856

Sehinggakan Syed Saddiq tersipu sipu malu apabila bondanya sering ceritakan tentang dirinya pada PA nya itu. Bonda YB Syed Saddiq berasa senang dengan Sufia kerana gadis itu sopan santun dan menghormati orang tua.

"Untung ibu kamu Sufia, sejuk perut arwah Puan Ainul mengandungkan kamu. Susah nak jumpa orang macam kamu tengah zaman sekarang ni. Paling-paling adapun, satu dalam seribu." kata bonda Zaharah kepada Sufia apabila dia melihat perilaku Sufia begitu sopan dan santun. Juga  menghormati orang tua. Pendapat beliau, Sufia adalah calon yang layak dibuat menantu.

Sufia tersipu-sipu malu kerana bonda Zaharah memuji-muji nya terlebih.

"Mana ada bonda, biasa-biasa aje. " Sufia merendah diri, tidak riak malah sekali.

Datin Zaharah tahu Sufia adalah orang yang bukan senang. Bonda Zaharah kenal dengan pak usu Sufia adalah kerana pak usu Badrul dan YB Syed Saddiq sahabat terapat sejak dari bangku sekolah rendah.

"Walaupun kamu bukan orang yang kaya dan berharta, biar sifat kamu ni berharga. Bonda memang respect dengan kamu." sudut pandangan bonda Zaharah tidak seperti segolongan orang lain. Dia lebih suka sekiranya menantunya nanti mempunyai sifat yang disenangi. Jangankan hendak wanita yang kaya dan berharta, namun dari segi kehormatan kurang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience