Rate

MCL - KAMULAH YANG KUTUNGGU

Romance Series 15856

Dia duduk di balkoni bilik tidurnya, menikmati keindahan malam. Dalam itu, fikiran Syed mulai ligat berputar kenangan masa lalu, tersenyum dia sendiri. Gambar dalam kamera Canon ditenungnya. Gambar Sufia yang diambilnya senyap senyap ketika dahulu sewaktu dia harus jadi jurugambar untuk majlis acara sukan tahunan SMK Damai Perdana. Masih segar di ingatan. Seputar sejenak masa lalu.

Flashback on

Rajin betul Syed, entah apa yang dimimpikan oleh Syed hendak bangun awal pagi. Apa yang lebih pelik, Syed menyediakan sandwich telur istimewa.

Puan Zaharah :"Hai, pelik bonda tengok anak teruna bonda sorang ni."
Syed:(sambil laju letak telur scrambler egg atas permukaan roti, kemudian di sapukan dengan mayonis besertakan sos cili, tidak lupa juga tomato yang dihiris bersama dengan timun) "pelik apa nya bonda."
Puan Zaharah :"iyelah, selalunya malas nak bawak bekal.. "
Syed:(selesai menyediakan sandwich kemudian dimasukkan ke dalam bekas makanan, dihiasi begitu cantik biar nampak istimewa) "nak jimat duit bonda, ok lah, alang pergi dulu."

Sebelum Syed pergi ke sekolah, Syed singgah sebentar ke rumah Sufia. Setibanya Syed di rumah Sufia, hanya sunyi sepi. Mungkin gadis itu masih lagi tidur.

Syed meletakkan bekal makanan di atas anak tangga rumah Sufia kemudian berangkat ke sekolah.

Sufia tidak mahu tidak hadir ke sekolah lama-lama. Hari ini, dia perlu pergi ke sekolah. Banyak pelajaran yang ketinggalan. Ketika Sufia ingin memakai kasut sekolah, Sufia ternampak beg hadiah diletakkan di sebelahnya. Sufia pelik, milik siapakah hadiah ini? Masakan pula aku punya? Getus hati Sufia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience