Rate

MCL

Romance Series 15856

Tergopoh-gapah Zoey bangun dan melihat apa yang Amir lihat tadi. Dia juga terkejut bagaimana pula boleh mereka melepaskan diri.

"Bodo!! Pergi cari mereka sekarang!!."

Zoey mencebik bibir kerana dirinya asyik dimaki hamun oleh bosnya dan buat apa yang disuruh.  Beginilah jika jadi kuli batak. Silap sikit je dimaki hamun.

---------

Agak jauh juga Zafrul, Prof Aziz serta beberapa orang pemuda dan juga anggota polis mencari kelibat Sufia dan Syed. Mereka tidak berputus asa untuk mencari kehilangan Syed dan Sufia. Benda seumpama ini tidak boleh dibuat main kerana Syed Saddiq adalah seorang ahli parlimen. Berita ini tidak mahu dihebahkan di laman sosial ataupun berita TV kerana pihak polis boleh jejak kehilangan mereka berdua.

Hingga akhirnya, Sufia dan juga Syed Saddiq berjaya ditemui dalam keadaan lemah.

"Alhamdulillah. YB. " Prof Aziz dan beberapa pemuda lain bersyukur kerana mereka telah berjaya menemukan Sufia dan YB Syed Saddiq.  Kemudian semua orang mendapatkan mereka berdua.

Puan Zahara dan Redz juga amat bersyukur kerana Syed telah ditemukan dalam keadaan Selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience