Rate

MCL

Romance Series 15856

Bersuap suap Sufia dan Syed makan. Nampak sweet je. Zara baru perasan dan nampak jelas kemesraan sepasang kekasih itu di depan matanya sendiri. Gembira, sedih, bercampur baur dalam dirinya. Mahu marah? meroyan? memberontak? Tak ada guna lagi kerana hati Syed tetap hanya untuk Sufia meskipun dia berebut. Dia hanya mampu redha dengan ketentuan Allah. Kerna Syed dan Sufia telah lama kenal sejak dari bangku sekolah lagi. Dan sudah masak dengan perangai masing-masing.

Asalkan kau bahagia dengannya Syed. Aku takkan ganggu lagi kebahagiaan kau. Aku akan pergi jauh dari mu. Namun, mampukah aku hidup dengan pengganti dirimu?

************

Gara-gara letih punya pasal, Syed terlelap sampai maghrib nak masuk waktu berbuka puasa. Itu pun, Redz kejutkan dia.

Syed toleh ke belakang, di ruang tamu dimana Sufia sedang duduk termenung di situ.

"Aik? Fia tak berbuka puasa sekali ke bonda? " tanya Syed
"Bonda puas dah ajak dia, tak selera makan katanya." jawab Puan Zahara.
Bila Puan Zahara berkata begitu, Lantas Syed cedok nasi dgn lauk ayam kegemaran Sufia. Dia ingin makan bersama Sufia di ruang tamu.

Redz:"sayang sangat Syed dekat Fia,"
Puan Zahara :"kalau dah jodoh tak ke mana along."

"Alah sayang abang ni, meh kita makan ye." Syed pujuk Sufia seperti pujuk budak kecik yang merajuk.
"Tak mo. Tak selera." Sufia enggan
"Aa aa bukak mulut." Syed tetap nak suapkan Sufia yang berdegil tidak mahu makan.

Serta merta Sufia tersenyum walau masih berduka bila dia bersama dengan Syed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience