Rate

MCL - BAB 98

Romance Series 15856

Sudah beberapa hari Sufia tidak ke sekolah. Sehinggakan cikgu cikgu di sekolahnya menanyakan dimana dan kenapa Sufia tidak hadir ke sekolah. Cikgu Arman bertanyakan kepada Syed kalau-kalau Syed tahu kenapa.

Cikgu Arman:"tapi saya tengok, kamu berdua macam rapat je. Sebab tu saya tanya kamu."
Syed:"hisyy, mana ada cikgu, Aishah yang paling rapat dengan Fia."
Cikgu Arman:"agaknya, lepas yang cikgu Yanti tegur dia pasal tak bayar yuran tu, tak datang sekolah. Cikgu faham dia orang susah, anak yatim."
Syed:"tak apa cikgu, nanti saya cuba pergi rumah dia. Tanya dia kenapa tak datang sekolah."

Sufia tidak hadir ke sekolah bersebab. Dia mahu cari wang untuk bayar yuran persekolahan. Dia pernah teringat dimana pesan arwah ibunya, jangan tidak ke sekolah dan malas untuk mencari ilmu. Ilmu adalah penyuluh hidup. Sufia mengutip tin kosong di tepi jalan, di dalam tong sampah, dan warung-warung yang tidak pakai tin kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience