Rate

MCL

Romance Series 15856

"Mana Che Megat? Dia tahu ke tak alamat rumah Fia? " tanya Redz.
"Tahu, berapa tahun Che Megat kerja dgn aku. Tahulah dia. " jawab Syed
"Habis, kau dah contact dia? " tanya Redz lagi.
"Dah, Fia pun aku call tak berjawab. "

Beberapa minit saja lagi majlis akan bermula. Tapi Che Megat masih belum tiba hantar Sufia di sini lagi. Semua agenda telah siap dilaksanakan. Hanya perlu tunggu ketibaan Sufia sahaja.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

#hospital

"Allah haih, aku belum bagi tahu YB lagi. " rungut Che Megat sambil menghubungi Syed.

Belum sempat Syed memanggil salam, Che Megat terus meluru.

"Syed, Fia.. "
"Kenapa dengan Fia? "
"Berdarah, saya bawak dia ke hospital. Sekarang kami ada di hospital. "
"Allahuakbar.. "

Segera Syed mematikan panggilan telefon. Tak sempat Che Megat hendak jelaskan sepenuhnya.

* * * * * *

"Bapanya telah ditangkap pihak polis. Dia malu mahu bertemu dengan angah. "
"Kenapa dia nak malu pula? Bukan dia yang buat jenayah pun." Puan Zahara bersuara.
"Angah bimbang Fia tinggal seorang diri kat rumah dia tu. Tengok, apa yg berlaku pada diri dia. Bapa sendiri sanggup nak cubaan bunuh anak sendiri. " Terang Syed apa yang ter genap dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience