Rate

MCL

Romance Series 15856

Kerana pun, Syed Saddiq begitu kenal dan agak rapat dengan arwah ibu Sufia sewaktu dia masih di bangku sekolah suatu masa dahulu.

Sesudah itu, Sufia membersihkan pusara arwah ibunya yang berteraburan dengan dedaun kering diatasnya supaya pusara arwah ibunya itu kelihatan kemas. Dibantu oleh Syed. Berlinangan air mata Sufia. Tidak mampu dibendung lagi. Merah muka Sufia yang putih gebu menangis mengenangkan betapa rindunya pada arwah ibunya.

Syed Saddiq melihat Sufia menangis. Lalu berkata
"Tak elok menangis depan kubur arwah ibu awak. Ada baiknya kalau awak tak menangis. Ya, saya faham perasaan awak. Saya juga pernah kehilangan orang yang cukup saya sayang. " Syed Saddiq memberitahu kepada Sufia yang dia sungguh memahami apa perasaan yang dirasai Sufia ketika ini. Lembut suara Syed Saddiq berkata kepada Sufia.

Pipi Sufia dibasahi dengan air matanya yang berlinangan. Syed mengerling jam di tangannya menunjukkan pukul tujuh. Hari sudahpun mahu senja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience