Rate

MLC - BAB 6

Romance Series 15856

Habis saja waktu sekolah sesi pagi pada pukul satu tengahhari, Sufia terus balik ke rumahnya. Tiba saja Sufia di rumah, terus Sufia masuk ke dalam rumah dan duduk di atas kerusi di ruang tamu itu. Fikirannya terganggu dengan situasi di sekolah tadi. Dia berasa serba salah kerna ia tidak sengaja memusnahkan kamera Canon milik ketua pengawas tersebut. Dia memutuskan dengan nekad bahawa dia nak ganti semula kamera Canon ketua pengawas itu dengan menggunakan wang simpanan miliknya. Lepas Sufia bersihkan diri, tanpa berfikir banyak lagi Sufia menaiki basikal menuju ke bank.

Sufia pergi ke bank dengan menunggang basikalnya. Setelah Sufia kuncikan basikalnya, terus Sufia masuk ke dalam bank dan keluarkan sejumlah wang melalui mesin ATM. Kini, wang simpanan Sufia hanya tinggal sepuluh ringgit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience