Rate

MCL

Romance Series 15856

Jari jemari Sufia cuba meleraikan tali ikatan yang diikatkan pada pergelangan tangan Syed dengan berawas sambil matanya liar berawas. Syed fikirkan Sufia mahu memegang tangannya untuk hilangkan ketakutan. Tetapi, sebenarnya dalam fikiran Sufia, dia mahu melepaskan diri dari penjahat itu. Walaupun payah, tetap juga Sufia berusaha demi menyelamatkan diri mereka berdua.

Beberapa saat kemudian, Sufia berhasil meleraikan tali ikatan yang diikatkan pada pergelangan tangan Syed Saddiq. Pergelangan tangan Syed Saddiq bebas dan dengan cepat, Syed Saddiq meletakkan tali ke tepi kemudian dia membuka pita pelekat di bibirnya. Lalu dia bantu Sufia pula meleraikan tali ikatan yang diikat pada pergelangan tangan Sufia. Tidak sampai satu minit, syed berhasil membebaskan tangan Sufia. Sufia yang alpa akan pita pelekat yang ditampal pada bibirnya, Syed yang menyentap pita pelekat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience