Rate

MCL

Romance Series 15856

Sungguh merobek hati Sufia apabila dia mendapat panggilan telefon dari balai polis yang menyatakan bahawa ayah nya, Encik Zaki telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beliau di dalam jeal.

Syed sanggup tinggalkan kerjanya apabila dia juga mendapat berita tersebut dari bondanya sewaktu dia sedang bekerja.

Suasana pilu menyelubungi rumah Sufia. Bergema bacaan surah yassin di ruang tamu. Sekujur tubuh yang telah dikafankan terbaring tenang. Bergenang air mata Sufia meratapi pemergian Encik Zaki.

Puan Zahara memeluk dan menenangkan Sufia supaya gadis itu tidak asyik menangis tapi tak berhasil. Syed baru tiba di rumah Sufia bersama dengan Che Megat bersalaman dengan orang yang datang ke rumah Sufia. Orang-orang lelaki duduk di luar dan yang perempuan hanya duduk di dalam.

Sungguh kasihan Syed melihat Sufia yang duduk sayu bagai bunga layu di sisi sekujur tubuh. Teresak-esak Sufia menangis sambil ditenangkan oleh bondanya, Puan Zahara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience