Rate

MCL

Romance Series 15856

Pada malam berikutnya, bapa Sufia, Encik Zaki telah berjaya diberkas oleh pihak polis di tempat persembunyian Encik Zaki. Encik Zaki melarikan diri dan menyembunyikan diri setelah dia pukul anak gadis nya, Sufia. Encik Zaki fikirkan Sufia telah mati ketika dia hentak Sufia dengan kerusi kayu.

Namun kini Sufia masih hidup. Denyutan nadi Sufia masih lagi berlagu. Tetapi, doktor menyatakan bahawa Sufia mengalami amnesia. Darah banyak berkurang makin tak terdaya Sufia. Mujur darah Syed sama dengan Sufia. Jadi, Syed mendermakan darahnya.

Walaupun Sufia bukan darah daging nya, dia tetap anggap Sufia sebagai sebagian keluarganya.

Sufia banyak lupa tentang semua perkara. Tak satu pun dia ingat. Syed cuba pulihkan ingatan Sufia. Sengaja Syed mengaku yang dia suami kepada Sufia bila Sufia bertanya siapa dirinya.

"Hai sayang, tengok ni abang bawa apa. " Syed duduk di sebelah Sufia dengan membawa papan putih kecil dan sebatang marker pen. Syed gigit hujung marker pen untuk membuka penutup.

Tangan halus Sufia diraih. Syed pegangkan Sufia marker pen kemudian dia seperti seorang guru tadika mengajar muridnya cara menulis huruf ABC.

I LOVE YOU = SAYA SAYANG AWAK

Perlahan jemari tangan Syed menggerakkan jemari tangan Sufia menulis satu per satu perkataan itu. Sufia hanya tengok dan ikut Syed dengan pandangan yang kosong. Otak nya kini kosong. Tersenyum Syed sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience