Rate

MCL - BAB 93

Romance Series 15856

"hahaha.... dasar anak banduan, budak cacat, miskin. bau busuk. kau tu macam sampah tau tak betina?! hahaha." budak kelas lain yang iri hati dengan Sufia menghina Sufia hingga terluka hatinya. Sufia hanya mampu bertahan dan pendam perasaan sakitnya hati.

Syed nampak ramai pelajar berkumpul di kawasan larangan berkumpul. Segera dia menghampiri sekumpulan pelajar perempuan. Terlihat juga Sufia ada di situ.

"mesti atuk dan nenek kau tak pandai didik ayah kau kan? sebab tulah ayah kau kena jeal! huhuhu kesiannya."

sekali

dua kali

dan kali ini... Sufia tak tahan mendengar Meisha, budak gedik kononnya ratu cantik kelas Satria mengejek dan menghinanya. Yang paling Sufia tak boleh terima, Meisha menjatuhkan maruah ibu dan bapanya.

seraya Sufia tolak Meisha hingga terlentang dan tarik rambut Meisha. Kemudian Sufia pukul Meisha tanpa disedari.

rakan-rakan Meisha bukan nak merenggangkan pergaduhan Sufia dan Meisha, malah mereka berapikan keadaan lagi.

punca Meisha ejek-mengejek dan menjatuhkan maruah arwah ibunya dan ayahnya membuat Sufia panas hati. tidak boleh didiamkan. Sufia tidak peduli orang hina dirinya, tapi ibu bapanya sama sekali cukup dia pantang.

Zaid dan Syed nampak seperti kecoh di tempat yang Syed nampak, hujung koridor berhadapan dengan bilik PBS.

"apahalnya tu bro?" Tanya Zaid pada Syed. mereka pun panik sikit takut-takut terjadi perkara yang tidak diingini. Kedengaran seperti kecoh.

bergegas Syed berlari ke arah sekumpulan pelajar berkumpul dan bersorak menonton sesuatu yang hangat. Ternyata Sufia dan Meisha bergelut bergaduh tarik rambut. Syed menyusuri pelajar yang berkumpul kemudian dia dan Zaid renggangkan Sufia dan Meisha.

"stopp!! aku kata stopp!!"

Meisha dengar kata Syed, namun Sufia tidak mendengar malah mahu pukul Meisha lagi. Tak semena-mena Sufia dilempang oleh Syed akibat tidak mahu dengar kata. Serta merta Sufia berhenti dan terkaku.

sudahlah sakit hati Sufia terima, sekarang, pedih di pipinya pula akibat dilempang oleh Syed.

"apahalnya bergaduh kamu berdua ni? aku tak nak masuk campur urusan korang, biar cikgu Anuar yang settle kan korang."

seraya Sufia lari tinggalkan tempat itu bersama dengan dengan titisan airmata. dia menuju ke belakang blok bangunan yang sunyi.

"pengecut!" sempat Meisha jerit pada Sufia sebelum Sufia tinggalkan bangunan blok B.

sepuluh setengah, waktu semua pelajar berehat. Sufia yang sedang lapar teringin sangat mahu makan mee goreng di kantin. Nasib baik tidak perlu beratur panjang kerana orang tidak terlalu ramai.

Bila Sufia capai sepinggan mee goreng, makcik kantin itu tidak mahu terima wang dua ringgit yang Sufia hulurkan padanya.

"maaf, acik tak terima duit haram. tak berkat apa yang makcik jual nanti." satu sekolah tahu yang ayah Sufia, Encik Zaki dipenjarakan kerana mengedar dadah. Dan makcik kantin itu syak Sufia peroleh duit daripada duit bapanya dengan cara yang haram. Padahal itu hasil Sufia mengutip tin di tepi jalan. Berita itu tersebar di TV dan internet.

"tapi saya nak makan apa? saya gastrik lah makcik kalau tak makan." Sufia bersuara walaupun hatinya berkali-kali tergores sampaikan terluka.

"peduli apa aku, kau bukan anak aku nak ambil peduli. Dah, pergi dari sini."

kalau orang sudah tak ikhlas nak terima duitnya, Sufia pun tak beli mee goreng yang teringin sangat nak makan dari tadi. Sebenarnya, Sufia tidak perasan, Syed perhatikan dari tadi dari tiang. Sungguh banyak dugaan yang gadis itu lalui namun Sufia tabah.

Sufia pergi menyorok di belakang bangunan. Dia menangis sepuasnya di situ. Jika Aishah ada sekarang, pasti dirinya dipujuk. Aishah terpaksa cuti kerana ada hal kecemasan.

Syed mengekori Sufia juga sampai ke tempat Sufia menyorok. Dia terdengar suara Sufia menangis tersengguk-sengguk.

"nah, saya bagi dengan ikhlas. Kebetulan saya ada bawa lebih. makanlah," Syed menghulurkan bekal makanan yang dibawa pada Sufia. Bila difikirkan, kasihan pula lihat gadis itu. Mahu beli dengan wang sendiri pun, orang tidak mahu terima.

Sufia toleh sikit pada Syed yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Sufia enggan menerima kerana terasa seperti pengemis meminta-minta.

kedua mata Syed harus pandang kedua mata Sufia yang merah dibasahi airmata membasahi pipi. Sufia bangun dari duduknya.

"tak apa, terima kasih." Sufia ucapkan terima kasih kepada Syed yang sudi bantunya dalam kesusahan. Tapi Sufia tetap enggan menerima Syed yang bagi bekalan makanan.

"banyak dugaan yang Fia lalui. Oh Tuhan, hentikan dugaan yang mendatang pada Fia. Aku tak sanggup nak lihat sendiri Fia harungi dugaanmu." doa Syed dalam hatinya.

Balik dari sekolah, Sufia mengamuk sendiri. Di dalam biliknya, Sufia keluarkan buku-buku di dalam begnya kemudian dia lemparkan ke lantai. Sudah puas mencampak semua barang yang dia nampak, Sufia duduk bersama airmata yang sangat sedih.

kemudian, Sufia ambil telefon pintar Samsung pemberian sahabat baiknya, Aishah lalu dia update status apa yang dia rasakan sekarang.

"aku nak mati! aku nak bunuh diri! aku tinggal sorang, so, tak ada siapa yang halang. selamat tinggal semua, aku dah tak tahan mendengar cemuhan orang." kemudian, Sufia post Dan beberapa saat, yang pertama view status Sufia adalah Aishah.

Aishah di rumahnya, terkejut melihat status Sufia. segera Aishah balas status Sufia.

"Allahuakbar, Fia. Kenapa cakap macam tu, berdosa tau tempah maut. tarik balik kata-kata kau tadi."

"aku sedih, hati aku pedih. sakit."

badan Sufia terasa amat lemah saat ini kerana dari tadi langsung tak makan. Rasa mahu demam juga ada sebab Sufia rasa seram sejuk sekarang. Dengan badannya yang lemah tak berdaya, Sufia baring di ruang tamu.

*********

Aishah terburu-buru nak pergi ke rumah Sufia selepas Aishah baca status Sufia. Ketika itu, Aishah bertembung dengan Syed yang menunggang motosikal kebetulan lalu di lorong sama dengan Aishah.

"oit, terburu-buru je ni. nak pergi mana?" tanya Syed nampak Aishah tergesa-gesa nak pergi ke satu tempat.

"Fia, aku risaukan dia. dia update status nak bunuh diri." Jelas Aishah.

Syed dapat agak Sufia ingin bunuh diri kerana pergaduhan antara Sufia dan Meisha di sekolah tadi.

Aishah tunjuk pada Syed status yang Sufia update dekat whatsapp.

"sejak bila Fia ada henfon?" tanya Syed

"aku bagi henfon lama aku kat dia. sebab aku beli fon baru hari tu. Ehh, aku nak pi rumah Fia ni."

"aku nak ikut." Syed mahu ikut Aishah yang mahu ke rumah Sufia.

*******

#rumahSufia

Sufia memicit-micit perutnya yang amat sakit. Pedih menyucuk dan pastinya diserang gastrik. Sufia hanya mampu berdoa dan mulutnya berzikir sebagai penawar sakit.

tidak lama kemudian, Syed dan Aishah tiba di rumah Sufia. Aishah panggil salam berkali-kali tapi tidak bersahut. Tapi pintu rumah Sufia terbuka. Sufia dengar suara Aishah panggil salam namun dirinya tidak terdaya hendak bangun menahan sakit.

"Fia, kenapa ni?" Aishah duduk dekat dengan Sufia. Syed hanya berdiri.

"s-sakit perut. gastrik." jawab Sufia payah. Syed agak mesti Sufia tidak makan lagi.

"kita pergi klinik, ambil ubat." kata Syed. Dia

Aishah masuk dalam rumah Sufia, terlihat Sufia terbaring di atas sofa ruang tamu kelihatan sepertinya tahan sakit.

sudah ambil ubat di klinik, Syed bawa Sufia dan Aishah makan di restoran yang berdekatan dengan klinik.

#restoran

"order lah apa korang nak makan, aku belanja." Syed offer nak belanja Sufia dan Aishah makan. Sufia tidak beri reaksi apa-apa tapi Aishah seronok betul.

"really? wah! baik pulak encik pengawas kita kali ni."

"perli aku ke?"

"eh, tak. gurau je."

"order lah."

mereka lihat menu yang tertera di buku menu. yang nampak mee goreng terus order mee goreng walaupun pada mulanya dia segan nak order setelah Aishah pujuknya.

"alah, dah orang nak belanja kita, terima jelah. bukan selalu pun kan."

setelah makanan yang diorder sampai, mereka menikmati hidangan makanan begitu berselera. seronok Syed lihat Sufia dapat makan.

Aishah:"Fia, kenapa kau cakap macam tu? nak bunuh diri. berdosa tau sengaja tempah maut. aku sebenarnya lepas kau update status nk bunuh diri tu datang rumah kau risau kau."
Syed:(selamba menyampuk)"Fia dengan Misha gaduh tadi kat sekolah."
Aishah:"hah? gaduh? perempuan tu nak apa lagi? tak habis-habis lagi nak cari pasal."
Sufia:(sedut air oren terlebih dahulu)"aku runsing, orang asyik cemuh. aku tak kisah orang hina aku, tapi aku tak suka orang jatuhkan maruah ibu dengan ayah aku. kau pun, mesti marah kalau orang jatuhkan maruah ibu dengan ayah kau."
Aishah:"cik Fia, biarlah apa orang nak kata. Kau buat pekak telinga je. kalau kau buat macam tu, lama-lama nanti depa letih la nak ganggu kau lagi."

Sufia terasa nak buang air kecil.

"nak pergi toilet kejap. emergency.. hehehe."
"okay."

sebaik Sufia pergi tandas, Syed lekas-lekas minta nombor telefon Sufia pada Aishah.

Syed:"bagi aku nombor telefon Fia,"
Aishah:"buat apa? Fia tak suka simpan nombor telefon lelaki."
Syed:"alah, aku nak ajak dia tengok wayang. cerita bagus baru keluar kat panggung."
Aishah:"bro, Fia Tu susah nak ajak keluar, kena pujuk sikit. dia bukan suka pergi tempat macam tu, lagi-lagi nak tengok wayang... aku bawa dia pergi mall hari tu pun, nak tak nak aje."
Syed:"pandailah aku pujuk Fia nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience