Rate

MCL

Romance Series 15856

Hari malam berganti pagi. Sufia dan Syed Saddiq masih lagi tidur dengan lena. Bunyi kicauan burung-burung tidak diendah.

-----

"Cepat lari lah bodo!! " lelaki yang berbadan besar bersama dengan rakannya berlari tak cukup tanah apabila mereka dikejar oleh pihak polis. Kedua penjahat itu sekarang menjadi buruan pihak polis.

Sedar tak sedar, mereka telah berada betul-betul di tengah-tengah hutan.

"Haduh! Rehatlah kejap. " Zoey meminta ingin berehat sebentar kerana penat berlari.

Kepala Zoey diduku oleh Amir yang berbadan besar.
"Kau ingatkan kita ada masa ke nak berehat?! Bahlul! " Tak pasal-pasal kena maki hamun dengan bosnya itu.

Mata Zoey yang memerhati keadaan sekeliling tiba-tiba tertancap pada Sufia dan YB Syed Saddiq sedang nyenyak ketiduran. Zoey juga tidak ketinggalan begitu kenal dengan beliau namun perempuan dengan Syed itu Zoey tidak berapa kenal.

Zoey menepuk bahu Amir berkali-kali memanggil rakannya.

"Ape!! "

"Tu!! Peluang baik weih! "

Amir memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Zoey. Amir tersenyum sinis kerana mereka punya satu cadangan  untuk mengaut keuntungan cara mudah dengan menjadikan Sufia dan YB Syed Saddiq sebagai tebusan untuk mengaut keuntungan.

Mereka pun melangkah laju ke arah Sufia dan Syed Saddiq. Zoey pergi ke arah Sufia manakala Amir pergi ke arah Syed yang tidur bersandar di bawah pokok besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience