Rate

MCL

Romance Series 15856

Duit Sufia tinggal sikit. Itupun cukup tampung kos makan minum serta barang dapurnya. Sekiranya dia beri kesemua duit miliknya kepada ayahnya...

"Fia tak ada duit ayah, "

Ayah Sufia, Encik Zaki Azmi menghempas kuih yang sedang dimakannya ke atas simen dengan berang.

"Ah bohong! Bagi aku duit sekarang!! " minta Encik Zaki. Selagi Sufia tak bagi wang kepadanya, dia akan mengamuk.

Encik Zaki membuka tali pinggang yang dipakainya kemudian dia ingin membesit tubuh badan Sufia yang degil dan enggan memberinya wang. Sufia meraung kesakitan saat ayahnya membesitnya dengan menggunakan tali pinggangnya.

Pemandu peribadi YB Syed Saddiq memberhentikan kereta Honda Cr-v di perkarangan rumah Sufia. Kemudian Syed Saddiq turun dari dalam perut kereta Honda Cr-v berwarna hitam. Syed ada membawa sesuatu yang istimewa untuk Sufia. Dia tersenyum melihat sesuatu yang istimewa itu. Lalu, Syed ingin ke dalam.

Namun, bila Syed ingin melangkah masuk ke dalam rumah Sufia yang terbuka pintu, langkahnya terjeda apabila dia terdengar suara Sufia menjerit kesakitan dan bunyi tali pinggang dilibaskan jelas kedengaran. Syed Saddiq syak, yang Sufia dipukul. Dengan cepat Syed mempertahankan diri dan seraya melindungi Sufia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience