Rate

MCL

Romance Series 15856

Entah kenapa, Syed yang sedang sibuk di hadapan komputer riba terdetik di hati Syed di dalam bilik pejabatnya untuk pergi ke rumah Sufia. Syed meminta kepada pemandu peribadinya supaya hantarkan dia ke rumah Sufia. Lagipun, hari ini dia tidak begitu sibuk. Dia nekad untuk pergi ke rumah Sufia.

"Ayah? " Sufia bersyukur kerana ayahnya sudah bebas dari penjara.

"Kenapa terkejut? Inikan rumah aku jugak?! " Ayah Sufia yang terlihat bungkusan plastik yang ada kuih di dalamnya seraya duduk di sofa ruang tamu untuk makan kuih yang Sufia beli tadi di warung pak samad.
Lelaki tua itu lapar nampaknya. Dia makan hampir kesemua jenis aneka kuih Sufia. Sufia fikirkan dia mahu makan kuih itu.

Sufia bancuhkan secawan air teh o panas untuk ayahnya yang sedang makan. Walaupun ayahnya kadangkala sering memarahinya, Sufia tetap hormat kepada ayahnya.
Sufia berasa pelik kerana ayahnya pulang ke rumah. Ayah jarang sangat ada di rumah kerana ayah tidur di rumah kawannya.

"Aku datang ni, ada sebab. " kata ayahnya sambil mengunyah kuih lapis.

"Sebab apa ayah? " tanya Sufia takut kepada ayahnya.

"Aku nak duit! Bagi aku sekarang!! " ayahnya menggesa Sufia supaya menyerahkannya wang milik Sufia.

Duit Sufia tinggal sikit. Itupun cukup tampung kos makan minum serta barang dapurnya. Sekiranya dia beri kesemua duit miliknya kepada ayahnya...

"Fia tak ada duit ayah, "

Ayah Sufia, Encik Zaki Azmi menghempas kuih yang sedang dimakannya ke atas simen dengan berang.

"Ah bohong! Bagi aku duit sekarang!! " minta Encik Zaki. Selagi Sufia tak bagi wang kepadanya, dia akan mengamuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience