Rate

MCL - BAB 46

Romance Series 15856

"Tolong ayah, jangan ambil duit tu." Rayuan Sufia tidak dipeduli sama sekali dan terus Encik Zaki tinggalkan rumah itu setelah dapat apa yang dia inginkan.

Seraya Sufia bangun dan bergegas ke bilik tidurnya. Terlihat tabung miliknya habis wang diambil kesemuanya oleh Encik Zaki yang kehausan wang. Sufia menangis kerana ia tidak dapat beli ubat untuk ibunya itu. Sufia mengambil peti rawatan cemas kemudian dia rawatkan sendiri luka di kepalanya yang berdarah akibat Encik Zaki menolaknya kasar hingga terhantuk pada bucu meja.

Pada malam itu, kesihatan Puan Ainul sangatlah tidak baik. Puan Ainul terbatuk-batuk teruk itu lebih membimbangkan Sufia. Nak belikan ubat untuk ibunya, habis diambil oleh ayahnya Encik Zaki. Dalam fikiran Sufia, dia tekad dengan caranya bagaimana nak dapatkan ubat dengan mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience