Rate

MCL

Romance Series 15856

Lena betul Zoey tidur bersilang tangan sampaikan dia tidak sedar yang Sufia dan Syed berjaya meloloskan diri mereka berdua. Ada juga terdengar suara Zoey tidur berdengkur kuat. Penat agaknya.

Sufia bantu papah Syed Saddiq sambil matanya liar berawas keadaan sekeliling supaya mereka yang berjaya meloloskan diri tidak dikesan oleh penjahat itu. 

Dalam lambat-laun  Sufia dan juga Syed Saddiq melarikan diri, Sufia dapat merasakan bahawa mereka telah jauh dari rumah kosong itu. Mereka berdua teruskan perjalanan.

------

Pencarian diteruskan oleh kumpulan itu. Dibantu bersama dengan beberapa anggota polis. Zafrul dan Prof Aziz serta beberapa lagi pemuda lelaki lain mengikuti dua orang anggota polis. Manakala yang perempuan diarahkan supaya tinggal di tapak perkhemahan takut-takut nanti Sufia dan Syed pulang ke tapak perkhemahan itu.

------

"Rehat kejap. Penatlah. " Syed Saddiq meminta kepada Sufia supaya mendudukkannya di bawah kerana dirinya terlalu letih. Begitu juga dengan Sufia. Sufia buat seperti yang disuruh. Sufia berdiri sambil matanya liar memerhati keadaan sekeliling. Nafas Sufia dan Syed Saddiq begitu kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience