Rate

MCL

Romance Series 15856

Redz:"itu mulut Fia kata Syed, hati dia, dalaman dia kita tak tahu. Mungkin hancur. Kau dah lama sahabat dengan Fia, " 
Syed:"aku putus tunang dengan Zara, Fia tak putus-putus bagi aku semangat supaya tak terus tersungkur. Sebenarnya, Aku kagum dapat sahabat macam Fia, susah senang sama-sama lalui walaupun ego aku pada dia menggunung."
Redz:"kau patut bersyukur kerana dapat sahabat macam Fia, kawan senang nak cari, tapi sahabat susah nak jumpa."

Sebenarnya, tanpa mereka sedari, Sufia terdengar perbualan antara Syed dan Redz saat ingin melangkah ke dapur.

"Maaf, saya ganggu kamu berdua. " Sufia ingin beredar dari situ tak mahu ganggu perbualan mereka, Tapi Syed menarik tangan Sufia dan menghentikan langkah Sufia.

Redz meninggalkan ruang dapur supaya membiarkan pasangan figura itu berurusan sesama sendiri.

Sungguh Syed rasa sesal kerana selama ini dia mensiakan peluang yang terbaik dan  Sufia yang masih setia bersama nya sebagai seorang sahabat. Telah terbuka mata hati Syed yang tertutup. Akankah Sufia mahu berikan satu peluang pada Syed?

Terkaku saat dua mata Sufia harus tatap mata Syed. Terkelu lidahnya tak tahu hendak berkata apa-apa.

"Izinkanku mencintai mu Fia, aku tak akan mensiakan mu lagi  jikalau kau berikan aku satu peluang untuk ku menyayangi mu sebagaimana kau menjagaku." akhirnya, terlafaz jua kalimat yang selama ini terpendam dalam hati.

Membeku diri Sufia saat ia telah mentafsir setiap ayat yang terungkap oleh Syed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience