Rate

MCL

Romance Series 15856

Sufia dan Syed Saddiq didudukkan kira-kira satu bulatan di bawah lantai konkrit supaya mudah Zoey mahu mengikatkan mereka berdua dengan menggunakan tali. Sebelum itu, pergelangan tangan Sufia dan Syed Saddiq telah diikatkan dengan menggunakan tali berwarna hijau terlebih dahulu sebelum mereka tiba di sini.

Kemudian, bibir Sufia ditampalkan dengan pita pelekat berwarna hitam diikuti dengan Syed Saddiq agar mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kedua penjahat itu tahu Sufia dan Syed sangat berharga dan mampu mengaut keuntungan sekiranya mereka berdua dijadikan sebagai tebusan untuk mengaut keuntungan.

Mata Sufia perhatikan kedua penjahat itu seperti seekor harimau mahu menerkam mangsanya. Pernafasan Sufia tidak teratur dan keluar melalui lubang hidungnya. Habis selekeh rambut panjang Sufia dibuat dua penjahat itu.

Amir mendapat panggilan telefon dari seseorang. Zoey mengawasi Sufia dan Syed.

Panggilan telefon ditamatkan. Amir memerintahkan supaya jaga betul-betul Sufia dan Syed agar mereka tidak terlepa tanpa alpa. Amir beredar dari situ.

Zoey yang harus mengawal ketat Sufia dan Syed nampak gayanya. Lama kelamaan, Zoey tertidur dalam duduk. Sufia berpaling ke arah Zoey yang sudah ketiduran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience